Wednesday, June 15, 2016

Cerita Spa di Pamper Me Spa

Bismillah.

Assalamualaikum and hai.

Bila ingat ingat balik, rupanya banyak pending items yang aku lupa nak update. banyak story yang aku janji nak gtau kat sini, aku lupa. haha maapkan patik. antaranya pasal spa pengantin tu, tips kurus by coach nana and last one pasal kahwin. haha nanti patik cite one by one ye. ni pon curik curik masa kat opis je. report tak siap lagi ni oi.

Aku start dengan spa pengantin la. so alkisahnya 14 May adalah tarikh yang sepatotnya aku pergi ke spa tu. and guess what, one day before, mak aku admitted to hospital kemaman. T.T. mulanya aku ingat nak cancel da booking tu, tapi aku tak sampai hati. sebab orang spa tu beria ria wasap aku nak confirm appointment. segan lak nak cancel. last last aku pergi jugak. sabtu tu aku mintak tolong ayah jagakan mak di hospital. terasa teruknya.:(

Pamper Me Spa ni terletak di bangunan kwsp di Pekan, sebelah area Taman Mentiga,iaitu area umah sewa aku. so aku sampai kat spa around 10.30 gitu. janji kul9 sebenarnya, tapi sebab aku pergi dari hospital kemaman, so jauh sangat, bertolak da awal, tapi sampai lambat jugak.

Camni la lebih kurang deco dia. aku suka deco kat situ, rasa nice je.


So untuk pengantin, aku amek pakej Diamond iaitu RM266 per person. antara perkhidmatan yang dorang bagi
  1. Lulur full body
  2. Mandi susu
  3. Urutan Aromatherapy
  4. Clinique facial (aku upgrade hair spa)
  5. Foot soak
  6. Hair wash
Oleh sebab ni first time aku pergi spa, so aku tak tau sangat camne procedure dia. aku highlight cket untuk korang korang yang spesies sama macam aku tak pernah p spa ni ye, tapi bagi sesape yang da biasa, layankan ajela hehe. so sebelum start rawatan tu, aku dibawa ke bilik persalinan untuk tukar pakaian. semua perlu ditanggal dan ditukar kepada pakaian yang disediakan. termasukla pakaian dalam.

Aku dibawa ke bilik lulur. baring je, and dorang sapu skrub lulur ke seluruh tubuh. masa ni geli sebab tak pernah ada orang sentuh sampai camtu skali haha. lebih kurang setengah jam jugak, sampai aku hampir tertido. then dibawa ke tab mandi untuk mandi susu.

Mandi susu ni best, rasa lembut je badan. ditemani cahaya lilin dan lagu romantik. ishh kalo la da kawen masa tu. hahahhaa. dorang biarkan aku sendiri dengan mandian susu tu sampai kecut jari iols. mandi susu ni untuk putihkan kulit, katanya la. lepas tu terus putih. takyah pakai quputeh da. haha. dalam 20minit lepas tu, sorang kakak datang, pimpin aku keluar dari tab dan bawak ke bilik mandi. darah manis katanya, kena jaga jaga. so dia pimpin betol betol. haha rasa macam puteri lak.

Mandi cucikan susu tadi sebelum aku dibawa ke bilik urutan aromatheraphy. yang ni baring sampai tertido. serius aku tertido. dia urut seluruh badan. waktu tu aku kesejukan, sebab baru pas mandi n baring dalam aircond. tu yang sampai tertido tu. urutan ni paling lama. aku rasa dalam sejam lebih jugak. ehh lupa nak gtau, adik aku pon amek diamond pakej, tapi sequence rawatan dia ubah sikit, tak sama la. adik aku start dengan hair spa dulu.

Lepas urut, sedar tak sedar da pukul 2 lebih. gile, perut aku kruk kruk. kakak tu bawak aku makan dulu. btw dorang ada sediakan makanan, kuih muih dan air milo. sebab lapar sangat, aku telan je. tapi tak abesla, sebab manis. cukup untuk alaskan perut.

Lepas makan, continue untuk hair spa. yang ni pon lama. dia cuci, then kepala dia biar dalam oven bulat tu. haha aku taktau pebenda nama dia. berasap asap. then baru cuci balik, keringkan dan sikat. serius rambut lembut gila. rasa nak g lagi je.

Last skali footsoak and manicure. yang ni kejap je. tapi masa tu da hampir pukul 4. dalam kepala aku pikir, tak zohor lagi. korang pikir sendiri la brape lama nak abes semua treatment tu. dekat 6 jam oi. memang penat nak tunggu abes. pelik sebab adik aku abes dulu treatment, dan dia tunggu aku for almost one hour. sian dia.

Aku tak pasti korang dapat gambaran ke tak tentang treatment yang aku amek ni. sebabnya aku tak boleh nak amek gamba sngat dalam tu. enset pon disimpan dalam loker elok elok. nak bergambar memang tak la.

Keseluruhannya, bagi aku treatment kat sini aku bagi 3.5bintang la. hair spa paling aku suka. cumanya terlalu lama sampaikan aku boring. tapi yelakan da banyak treatment, memangla lama. pasni kalo datang pon maybe da tak amek pakej. aku nak hair spa je.haha

Untuk korang yang tinggal dekat dekat area pekan ni and berminat nak cuba servis Pamper Me Spa ni boleh whatsapp owner dia +6014-8169000 ataupon direct ke spa dorang yang terletak sebaris dengan KWSP and secret recipe Peramu Jaya, Pekan.

Maaf kalo post ni tak membantu sangat. aku just cerita pengalaman. and kalo korang ada better spa to promote here, please do so. hehe kot kot boleh try jugak.;p

Selamat berspa!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...