Tuesday, June 28, 2016

Aku takde kuasa.



Memang aku berdendam.

Tengokla. benda yang ko buat ni, satu hari kena kat ko balik.

Sampai mati aku ingat.

Aku benciiiiiiii!

Seminggu Sebelum Raya

Assalamualaikum and hai.

Salam 23 Ramadan 1437H. kejap gila masa. ari ni masok ari ke 23 kita umat Islam berpuasa. pejam celik pejam celik minggu depan da raya. rasa macam tak sangka pon ada. macam kejap sangat masa berlalu. canggih sangat ke jam zaman sekarang ek, sekarang ni pon da hampir masuk jam 10. kul 10 rehat. haha tu je nak cakap.

Entry di kala otak di rumah hanya jasad di opis. mood nak beraya je ada ni. bagus betol aku tengok teammate aku, semangat nak kerja ada lagi.

Tiba tiba teringat borang cuti aku. aku apply cuti 1hb7. kalo kira prorate cuti aku, bulan 7 ni still ada 2 ari. yela, ritu masa kawen aku abeskan prorate sampai june je, so balance untuk july kalo ikotkan ada lagi 2 hari. tapi aku tak paham nape haji cakap cuti aku da takde. entah la, rasa macam nak kenyek kenyek je. nak lepas geram huhu. tak kira ar, aku tetap nak cuti jumaat ni. aku da kira kot prorate aku. eeeiii, geram weh.

Ntah la. rasanya dari tahun lepas haji asyik tak puas hati dengan cuti aku. macam tahun lepas, aku selalu outstation. so dia anggap aku jarang ada kat opis, so nak tambah cuti lagi. masalahnya bukan aku cuti, aku outstation. eii betol betol wat aku stress. sebab kawan kawan yang lain rilek je amek cuti. takde la dia nak ungkit ungkit. ntah pape. sakit pulak hati kita.

Eh by the way, korangnya preparation raya ok? aku so far ade 2 pasang baju raya. plannya nak lagi. haha tamak. in sha Allah kalo sempat nak cari masa balik kelantan nanti. tapi kan, akhir2 ramadan ni kan, makin letih lak puasa. ke aku je yang rasa camni? korang ok ke puasa? kalo kira awal awal puasa dulu aku rilek je. tak rasa letih sangat pon puasa. tapi akhir ramadan ni macam makin kuat pulak cabaran dan dugaan hahaa.

Ok. minggu ni minggu kutip segala kuih kuih raya yang dah diorder. kalo siang hari ni, meleleh leleh air liur terliurkan kuih raya. cuba kalo malam hari, tengok je pon da rasa kenyang. memang tak mampu walaupon setakat nak amek rasa.


Jumaat ni aku nak cuti jugak. tak kira. misi balik ke kelantan. and harap harap tak jem. rindu mr. hubby. drive la rasanya. kete family hubby nak guna.


pinjam gamba kuih raya orang haha






Selamat hari raya.


Wednesday, June 15, 2016

Cerita Spa di Pamper Me Spa

Bismillah.

Assalamualaikum and hai.

Bila ingat ingat balik, rupanya banyak pending items yang aku lupa nak update. banyak story yang aku janji nak gtau kat sini, aku lupa. haha maapkan patik. antaranya pasal spa pengantin tu, tips kurus by coach nana and last one pasal kahwin. haha nanti patik cite one by one ye. ni pon curik curik masa kat opis je. report tak siap lagi ni oi.

Aku start dengan spa pengantin la. so alkisahnya 14 May adalah tarikh yang sepatotnya aku pergi ke spa tu. and guess what, one day before, mak aku admitted to hospital kemaman. T.T. mulanya aku ingat nak cancel da booking tu, tapi aku tak sampai hati. sebab orang spa tu beria ria wasap aku nak confirm appointment. segan lak nak cancel. last last aku pergi jugak. sabtu tu aku mintak tolong ayah jagakan mak di hospital. terasa teruknya.:(

Pamper Me Spa ni terletak di bangunan kwsp di Pekan, sebelah area Taman Mentiga,iaitu area umah sewa aku. so aku sampai kat spa around 10.30 gitu. janji kul9 sebenarnya, tapi sebab aku pergi dari hospital kemaman, so jauh sangat, bertolak da awal, tapi sampai lambat jugak.

Camni la lebih kurang deco dia. aku suka deco kat situ, rasa nice je.


So untuk pengantin, aku amek pakej Diamond iaitu RM266 per person. antara perkhidmatan yang dorang bagi
  1. Lulur full body
  2. Mandi susu
  3. Urutan Aromatherapy
  4. Clinique facial (aku upgrade hair spa)
  5. Foot soak
  6. Hair wash
Oleh sebab ni first time aku pergi spa, so aku tak tau sangat camne procedure dia. aku highlight cket untuk korang korang yang spesies sama macam aku tak pernah p spa ni ye, tapi bagi sesape yang da biasa, layankan ajela hehe. so sebelum start rawatan tu, aku dibawa ke bilik persalinan untuk tukar pakaian. semua perlu ditanggal dan ditukar kepada pakaian yang disediakan. termasukla pakaian dalam.

Aku dibawa ke bilik lulur. baring je, and dorang sapu skrub lulur ke seluruh tubuh. masa ni geli sebab tak pernah ada orang sentuh sampai camtu skali haha. lebih kurang setengah jam jugak, sampai aku hampir tertido. then dibawa ke tab mandi untuk mandi susu.

Mandi susu ni best, rasa lembut je badan. ditemani cahaya lilin dan lagu romantik. ishh kalo la da kawen masa tu. hahahhaa. dorang biarkan aku sendiri dengan mandian susu tu sampai kecut jari iols. mandi susu ni untuk putihkan kulit, katanya la. lepas tu terus putih. takyah pakai quputeh da. haha. dalam 20minit lepas tu, sorang kakak datang, pimpin aku keluar dari tab dan bawak ke bilik mandi. darah manis katanya, kena jaga jaga. so dia pimpin betol betol. haha rasa macam puteri lak.

Mandi cucikan susu tadi sebelum aku dibawa ke bilik urutan aromatheraphy. yang ni baring sampai tertido. serius aku tertido. dia urut seluruh badan. waktu tu aku kesejukan, sebab baru pas mandi n baring dalam aircond. tu yang sampai tertido tu. urutan ni paling lama. aku rasa dalam sejam lebih jugak. ehh lupa nak gtau, adik aku pon amek diamond pakej, tapi sequence rawatan dia ubah sikit, tak sama la. adik aku start dengan hair spa dulu.

Lepas urut, sedar tak sedar da pukul 2 lebih. gile, perut aku kruk kruk. kakak tu bawak aku makan dulu. btw dorang ada sediakan makanan, kuih muih dan air milo. sebab lapar sangat, aku telan je. tapi tak abesla, sebab manis. cukup untuk alaskan perut.

Lepas makan, continue untuk hair spa. yang ni pon lama. dia cuci, then kepala dia biar dalam oven bulat tu. haha aku taktau pebenda nama dia. berasap asap. then baru cuci balik, keringkan dan sikat. serius rambut lembut gila. rasa nak g lagi je.

Last skali footsoak and manicure. yang ni kejap je. tapi masa tu da hampir pukul 4. dalam kepala aku pikir, tak zohor lagi. korang pikir sendiri la brape lama nak abes semua treatment tu. dekat 6 jam oi. memang penat nak tunggu abes. pelik sebab adik aku abes dulu treatment, dan dia tunggu aku for almost one hour. sian dia.

Aku tak pasti korang dapat gambaran ke tak tentang treatment yang aku amek ni. sebabnya aku tak boleh nak amek gamba sngat dalam tu. enset pon disimpan dalam loker elok elok. nak bergambar memang tak la.

Keseluruhannya, bagi aku treatment kat sini aku bagi 3.5bintang la. hair spa paling aku suka. cumanya terlalu lama sampaikan aku boring. tapi yelakan da banyak treatment, memangla lama. pasni kalo datang pon maybe da tak amek pakej. aku nak hair spa je.haha

Untuk korang yang tinggal dekat dekat area pekan ni and berminat nak cuba servis Pamper Me Spa ni boleh whatsapp owner dia +6014-8169000 ataupon direct ke spa dorang yang terletak sebaris dengan KWSP and secret recipe Peramu Jaya, Pekan.

Maaf kalo post ni tak membantu sangat. aku just cerita pengalaman. and kalo korang ada better spa to promote here, please do so. hehe kot kot boleh try jugak.;p

Selamat berspa!

Tuesday, June 14, 2016

Hari Bahagia

Assalamualaikum and hai.

It has been more than a week I changed to 'Puan' title.

Alhamdulillah, majlis aku dan pasangan telah selamat berlangsung. Syukur sangat dipermudahkan segalanya walaupon macam macam masalah menimpa. aku malas nak citer kisah kisah sedih tu hari ni. bia aku simpan dulu.

Tarikh keramat 20 Mei 2016 aku selamat diijabkabulkan dengan pasangan Muhammad Qamarul Badruddin bin Kamarudin. seorang guru sekolah agama, 3 tahun lebih berusia dari aku. 21 Mei 2016 majlis berlangsung dengan baik.

Dan tanggal 4 June 2016, 2 hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan, orang bachok selamat menyambut aku datang terlebih dahulu. hehe. majlis bertandang sebelah lelaki.


Sekadarnya untuk entry ni, citer panjang menyusul nanti. part sedih, kami pjj.:(


I is feeling tuyusss! ahaha

Thanks b. I love you!

Part ni lawak. cincin xmuat haha. rupanya cincin dia nak sarung jari kelingking. aku g sarung jari manis. memang xmuat la. hahhaa

Berkerut kerut muka dengar tok imam cakap. pasal lama sangat. naik kebas kaki kaki. hahaa



Semoga aku menjadi isteri solehah untuk suami tercinta. aamiiinnn.




p/s : kawen tu best! ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...