Wednesday, May 11, 2016

Simple Checklist Kahwin

Bismillah.

Assalamualaikum and hai.


Hari ni 11hb May 2016. normal counting about 9days more. hoho hati rasa macam macam. sekarang tubuh badan ni seram seram sejuk. hidung berair. janganla demam. banyak benda tak setel lagi ni. da selamat telan 2 biji panadol. harap harap lega sampai ke petang.

To make it short, matlamat entry ni nak listkan perkara penting untuk majlis nanti dan risau kalo kalo ade yang pending. ni untuk checklist sendiri. bagi aku, masing masing ade pilihan sendiri nak pastikan majlis korang sempurna dan berjalan lancar seperti yang korang plan. da abes usaha, leave it to Allah swt. tawakal.

  • Kursus kahwin - DONE
  • Ujian HIV - DONE
  • Borang nikah - DONE
  • Gubahan mas kawen - DONE (Aku buat sesimple boleh. aku tak minat bab bab nk lipat duit jadi bunga ke ape. sebab nampak buruk bila bukak nanti. so aku prefer nak letak dalam album cantik cantik. pastu buh riben ngan bunga sikit, pastu buh atas par). DONE!
  • Tok kadi - DONE (Haji Harun) Bayaran RM113.00 by pengantin lelaki
  • Pakej pelamin + baju nikah + baju sanding + hiasan makan beradab + backdrop bilik tidur + baju bertandang (Semuanya satu pakej - ANDAMAN ASMAIE) 
  • Photographer - DONE
  • Deejay - DONE
  • Kek pengantin - DONE
  • Hantaran (7 berbalas 9 dulang) - DONE
  • Kad kahwin - DONE
  • Doorgift + goodies - Hak ni aku stress cket. tempat yang aku tempah untuk vip punya goodies tu tak siap siap. macam macam alasan. actually ni tempat yang sama yang aku book untuk kad kawen aku. kedai melayu, niat nak tolong sesama kita. tapi entahla susah nak cakap. mmm
  • Kasut sanding - ni BELOM. ( Ni sebab kasut yang ade kat bridal tu terlalu tinggi, and aku tak brape confident nak pakai. haha. lagipon bakal suami alahai "tinggi" sangat. krikkk kkrik )
  • Makanan tetamu - Parents setelkan. Aku just suggest a few types of dishes yang aku rasa nak makan. haha
  • Makanan beradab - haaa yang ni BELOM. aku tak sure nak book kat mana. majlis lagi 2 minggu ni. adoiiii.
  • Pengapit - pengapit aku ofcourse my lovely friend Sue. sue da cop awal awal nak jadi pengapit. nak amek berkat katanya. hehe. so untuk pengapit aku da declare dua2 kene pakai kaler grey. tak kisahla corak camne pon. aku fleksibel hehe.
  • Baju family - Sama jugak dengan pengapit, aku declare family pakai baju grey. untuk yang perempuan, aku belanja kain pasang, dan upah jahit semua sendiri sendiri. tapi untuk yang laki, maaf ye, korang cari sendiri baju tau. except untuk ayah. nak p cari baju melayu grey satu. harap harap sempat. in sha Allah.
Aku da merasai kestressan ni. semoga semuanya dipermudah. in sha Allah.



p/s : stress pada masa yang sama nervous, happy dan tak sabar. hahahaha :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...