Wednesday, May 11, 2016

Rawatan Spa untuk Bakal Pengantin

Bismillah.

Assalamualaikum dan hai.

Entry di kala menguap lebih 5kali selepas lunch hour. semua orang macam ni or aku je? pas makan ngantuk. tadi hampir terlelap, nasib baik loceng bunyi kul 2 habes rehat time. kalo tak memang harus la sekali lelap.

Pastu diusik oleh Bos Khalil, " aii jaa, nervous nampak nak kawen. takot ke?" haha aku mampu gelak je. Fiq pn join sekaki. nanti masa akad nak cakap tak sah banyak kali. eleh macam la ko saksi aku. hahaha gelak jahat. geng geng ofis ni takleh layan sangat. makin dilayan makin menjadi jadi lak usikan dorang. bukannya tak pernah kena dengan dorang ni. siap cakap nak bagi hadiah jam loceng la ape la. haha.

Tengokla pas kawen nanti. makin haru nak layan usikan dorang. aku da boleh bayang kena macam macam nanti. haha sabo jela.


Al kisah aku nak cerita pasal pakej spa untuk bakal pengantin. tak tahu macam mana tergerak hati aku nak pergi spa ni. padahal seumur hidup mana pernah jejak spa. pernah skali ikot adik aku nak buat facial treatment, tu pun aku duk kat luar. ni kali ni pergi spa, da la amek pakej skali.


Awalnya aku fikir mungkin tak sempat aku nak pergi manjakan diri ni. tiba tiba kawan serumah suggest pergi satu spa ni, dekat sangat dengan rumah sewa kitorang. aku then buat buat whatsapp tanya akak spa ni, then dia bagi satu flyer pakej spa untuk bakal pengantin. Eh by the way nama spa ni Pamper Me Spa.




Ok ni la antara pakej pakej untuk bakal pengantin. kata akak ni bukan bakal pengantin pun boleh amek pakej ni. sebab tu la adik aku pon nak cuba. 


Aku belom pergi lagi. appointment kitorang this upcoming 14 May. nanti aku cerita feeling after the treatment okay. heee. emm ce teka aku pilih pakej mana? hehe. nak jadi isteri yang terbaik punya pasal. hahahahahha. gelak gatal.



p/s: aku doakan treatment ni abes cepat. sebab katanya amek masa dalam 5 jam jugak. ari yang sama aku nak g fitting baju. :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...