Tuesday, May 10, 2016

Kisah mereka bertiga.

Bismillah.

Assalamualaikum dan hai.

Tergerak hati nak baca semua post post lama aku. terutama pasal si S. hehe. cerita lama. kami masing masing da bawak haluan sendiri. aku sendiri tak pasti cemane kehidupan S sekarang. semoga dia bahagia dengan pilihan hati dia, A.

By the way, S da kawen. and of course bukanla dengan aku. dengan pencabar aku. haha. kalo tak silap aku, end of May kitorang break. and dorang kawen 2-3 bulan lepas tu. S putuskan untuk pilih A instead of aku. even hubungan 5 tahun yang kitorang bina tu langsung tak ada ape ape makna bagi dia. semudah tu dia putuskan semuanya. and aku akui, awalnya aku macam orang gila. menanges mintak S kembali pada aku. bagi ayat ayat tacing dan merayu rayu. haha bodoh betol rasa. maklumla, da sayang kan. tapi alhamdulillah, aku sangattt bersyukur sebab S tinggalkan aku, aku berkenalan dengan orang yang baru, aku gelarkan N.

And you know what, N adalah kawan kepada S. and agak rapat. awal perkenalan dengan N, N seorang yang sangat sweet. ingat balik cara N nak berkawan tu.

N : Boleh tak kalo saya nak kenal awak dengan lebih rapat? Saya nak lap air mata awak. Awak sudi ke?

Aku : Saya tak ready lagi.

N : Takpe. kita boleh try dulu dan kalo awak tak selesa, kita kawan je.

And guess what, kitorang couple. aku terima walaupon pada masa tu, no feeling at all kat si N ni. tapi sebab aku nak lupakan S, aku terima N. and our relationship goal masa tu memang ke arah nak berkahwin.

Dalam lebih kurang 3 bulan aku dengan N, S datang. waktu tu S da bertunang dengan A. pujuk aku untuk kembali pada dia, S kata dia sanggup putus tunang dengan A. pernah skali aku hampir goyah, akui masa tu aku still tak boleh nak lupakan S, aku hampir setuju dengan cadangan dia. paling haru dia pernah cakap nak jadikan aku isteri no.2. haha ape punya pikiran tak tau.

Tapi akhirnya S tetap kawen dengan A. and aku continue relationship aku dengan N. tapi dengan N pon aku berendam air mata. N macam acuh tak acuh. kejap ada kejap hilang. cari aku masa dia perlukan aku dan masa dia sunyi. dan tiba tiba dia akan kembali senyap ikot suka hati dia. aku masa tu macam orang bodoh. 

Aku pujuk N dengan macam macam cara supaya N kembali seperti biasa. satu perangai N yang aku pelik, dia tak nak kenalkan aku dengan family dia. and bila aku jemput dia datang ke rumah jumpa dengan family aku, dia macam refuse. tolak sekerasnya. aku buntu. N seolah olah nak mainkan aku. sampaila suatu masa N senyap seribu bahasa selama sebulan. aku whatsapp, kol, mesej, pm fb langsung tak dibalas. aku da naik gila. sampai aku sanggup turun KL semata mata nak pegi jumpa dia. and last, tak jumpa atas alasan dia takde di KL waktu tu.

Lastly aku buat keputusan untuk putuskan hubungan aku dengan N. kitorang bertahan for almost 1 year. tak sampai. tak aku nafikan N banyak bantu aku sepanjang perhubungan kami. 


Dan sekarang May 2016, aku dan N akan berkahwin. tapi dengan orang lain. N dengan pilihan keluarga, dan aku? hehe nanti aku cerita.

Dear N, saya doakan awak bahagia sentiasa dengan perkahwinan awak. jaga isteri sebaiknya. saya nekad lupakan segala kenangan lama dan setia kepada tunang tersayang saya. terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya, dan jaga diri. =)

Dear S, selamat pengantin baru (walaupon da hampir dua tahun). Semoga mahligai terbina berkekalan ke syurga Allah. Have a happy marriage ever and ever.

And to both, terima kasih kerana pernah menyayangi diri ini. Saya halalkan kasih sayang saya sebelum ni. dan kini segala kasih dan cinta saya hanya untuk bakal imam saya yang saya cintai. in sha Allah. doakan juga perkahwinan kami sampai ke syurga Allah dan mendapat keberkatan dariNya. in sha Allah.




p/s: seronok rupanya perasaan menghitung hari ni. doakan majlis kami berjalan lancar. Aaamiinnn. layan dulu gamba tunang ari tu. 17 October 2015.:P







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...