Monday, May 16, 2016

Dugaan Kahwin

Bismillah.

Assalamualaikum and hai.

Isnin sudah. siyesly aku tak sabar nak cuti. nak kerja pon da takde hati. dalam otak ni tak muat nak masok da benda nak pikir. macam macam benda jadi. terbaru, mak being warded lagi. ya Allah besarnya dugaan Mu ya Allah. hati aku menanges semahunya.

Majlis aku lagi berapa hari je. lagi 4 hari. imagine camne perasaan aku nak fikirkan macam macam. soal majlis, soal duit, soal homestay rombongan plus soal mak lagi. ya Allah berikanlah aku kekuatan ya Allah agar dapat aku tempuh segala dugaan Mu ini dengan setabahnya.

Masok hari ni, genap 4 hari mak masok ward. sejak jumaat tengah malam. kali ni mak sesak nafas. awalnya doktor klinik kerajaan ceneh ni saspek mak sakit jantung. macam luruh jantung aku saat aku tahu berita ni. pagi tu aku nanges semahunya. rasa macam dugaan bertimpa timpa. aku sangat tak boleh bayangkan majlis aku tanpa mak. macam mana hari bahagia aku tanpa mak. ya Allah jauhkanlah.

Jumaat hari tu aku emergency. pagi tu aku shoot balik ke ceneh. sampai umah lebih kurang 10 pagi, rumah sunyi gila takde sape sape. dee je ada, tu pon tak sempat sangat nak bercakap. dia cerita serba sedikit cemane mak boleh sesak nafas dan dimasukkan ke ward. ayah tunggu mak di hospital. aku terus bergegas ke hospital. pikir balik sian ayah, da makan ke belum la. alahai. sedihnya hati.

Sampai di hospital, mak nanges lagi tengok aku. kesian kat aku katanya. saat tu aku pon hampir nak menanges, tapi aku tahankan je. tak boleh nanges depan mak, kang lama plak drama. aku kuatkan hati, pujuk mak. aku teman mak kejap, suh ayah p makan dulu. ayah pon nampak penat sangat. mak siyesly nampak lesu, pucat. doktor da sahkan mak kekurangan darah merah, sel darah putih je banyak. so bila darah merah kurang, oksigen pon tak cukup, sebab tu mak sesak nafas. doktor akan masokkan darah dalam badan mak. mungkin dalam 2-3 bags, depends on mak punya keadaan.

Keadaan tangan mak compare dengan tapak tangan aku. T.T


Sampai semalam, ahad, da 3 bags doktor masokkan darah dalam badan mak. mak nampak bermaya sikit. muka dan tangan pon takdela pucat sangat. da kembali merah merah. alhamdulillah. selera makan pon boleh tahan. lebih la sikit compare dengan sebelom ni.

Petang semalam, doktor datang lagi. sebelum tu doktor ada mintak najis mak untuk dikaji sama ada berdarah ataupon tidak. doktor datang dan bagitahu, dorang dapati najis mak sedikit berdarah. actually takde la darah darah merah, cuma kaler gelap kehitaman dan doktor saspek tu darah. akibatnya, doktor nak masukkan kamera untuk check usus mak. mak nanges lagi. dia tak nak. dia takot tak dapat balik untuk wedding aku. aku apatah lagi, hati dalam ni macam kena carik, nak nanges pon seolah olah da takde air mata. bila ditanya bila target untuk buat operation tu, doktor tak pasti. dorng cuma perlukan kebenaran dari patient. mak tanya aku, aku serba salah. tengok muka mak, kalo ikotkan hati, nak je aku nanges masa tu. 

Akhirnya decide untuk buat jugak. tapi bukan dalam masa terdekat. dan alhamdulillah, mak takde masalah lain selain dari tu. doktor cuma perlu buat pengesahan melalui kamera tu. katanya nak kenal pasti sama ada betol betol usus ada luka ataupon tak. keputusannya mak akan buat jugak, tapi lepas wedding aku. kitorang decide untuk bincang dulu satu family untuk tarikh bila nak buat tu. dan doktor bagi mak discharged hari ni. aku sedikit lega. mak pon da nampak sihat.

Semoga semuanya dipermudah dan mak kembali sihat seperti biasa. ya Allah Kau permudahkanlah segalanya, jangan la Kau sulitkan.


p/s : aku kena pegi refitting baju kawen, semalam tak sempat sebab berkejar nak ke hospital lagi. penatnyaaaaa. :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...