Tuesday, May 10, 2016

Anak Sedara Sebelum Anak Sendiri


Bismillah.


Assalamualaikum dan hai.

Sesi ice breaking. Ini kakak Putri. Anak sulong angah merangkap cucu sulong mak dan ayah. Kakak umur 6 tahun. Seorang yang sangat comel dan ceria. Petah berkata kata dan pandai. Kakak sangat pandai mengambil hati dan seorang yang sangat pembersih dan sukakan kecantikan. Yang paling penting, kakak suka pink. Sama macam cicik. Kakak pon suka frozen. Fasih nyanyi lagu frozen kalah cicik. Haha skema giler karangan.





Ni plak adiknya kakak Putri. Ahmad Al- Fareez. Sangat rapat dengan cicik. Seorang yang sangat la ganas tapi ada masanya manjaaaa sangat. Permainan dia takyah cakap la. Orang yang tak kuat semangat sangat tak dinasihatkan main dengan dia ni. Ganas betol. Boleh dikategorikan hyper active kid. Sampai mama dia pun kurus duk layan perangai adik Fareez sorang ni. Tapi adik fareez comel, cicik sayangggg adik Fareez. Sejak sejak nak jadi abang ni, adik Fareez sangat la behave. Hehe.




Arissa anak teh. Anak sulong teh. Belom lagi kedengaran yang Arissa akan dapat adik. Coming soon kot. Arissa ni macam adik Fareez versi perempuan. Ganas jugak mainan tapi ganas versi perempuan la. Haha. Arissa rambut pendek, tak panjang panjang. Puas da mama Arissa duk sapu lendir daun lidah buaya tapi rambut maintain camtu. Arissa mulutnya sangat la pandai. Kadang kadang jadi cikgu, kadang kadang jadi doktor. Faveret dia lagu Didi and Friends. Haha. Siap joget lagi. Sangatlaaaa comel. Eishhh semua ank buah cicik sangat comel. Tu belom anak cicik lagi. Ehhh?



Another one boboy is Syahiran. Syahiran ni masa baby punya la gelap gambar. Once da makin besau ni, makin terserlah lak kecerahan dia. Tapi laki ni lagi gelap lagi sweet. Tak gitu? Haha. Syahiran is the most gebuest. His pipi tu sangat la menguji tahap kegeraman aku. Haha. Maaf kalo tiap kali pipi dia tu jadik sasaran aku. Geram sampai rasa nak gigit. Adoi teruknya cicik awak ni sayang.





The last one is Annur. Annur baby lagi. Annur anak dee. Memang dee tu kurang cerah, tapi Annur ni seriyes bertentangan kaler dengan ayah dia. Huahuahua. Sampai ade yang cakap Annur ni lagi sesuai jadik anak aku. Haha so korang paham paham sendiri la. Eh by the way, Annur ni sangat la comel. Bulu mata lentik kalah oi bulu mata Che Ta. Ni lentik semula jadi lagi. Sorry Cheta, you lose to a baby. Haha. Tak caya boleh tengok sendiri ni ha.






Sekarang ni baru 5 orang anak sedara. Bakal keluar dari perut sorang lagi. Anak angah. My own child coming soon. Haha. Kata nak kawen kan. Huahua.



Ehh cerita nak kawen belom cerita. Sabar sabar. Hee see you soon. Bye!
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...