Wednesday, May 18, 2016

Road to Wedding

Bismillah.

Assalamualaikum and hai.

Today is my last working day before my wedding. and alhamdulillah, so far dipermudahkan dengan bantuan family dan orang terdekat. lega sikit rasa hati.

By the way, berita gembira alhamdulillah mak da dibenarkan discharged hari ni. syukur alhamdulillah. terima kasih Allah sebab mendengar dan memakbulkan doa aku. semoga mak terus sihat dan gembira dan berselera makan. aamiiinnn.

Kalau sebelum ni kerja aku audit orang, hari ni aku diaudit oleh pihak DRB Hicom. alhamdulillah everything's going smoothly.

Perihal kawen, semua berjalan dengan lancar setakat ini. and u know what, aku da pegi fitting baju lagi skali semalam. my dress quite simple but i love it. tak sabar nak pakai. semalam deal dengan kak nurul, katanya hari ni nak setup pelamin. malam ni. sempatla aku sampai rumah. in sha Allah.

Aku tak sabar nak balik. selamatkanlah perjalanan pulang aku ke kampung pada petang ini ya Allah.

Wish me the best for my wedding and marriage guys! 




p/s: anak buah sponsor krepek bawang oi. haha

Tuesday, May 17, 2016

Geram Kat Bos.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Tau tak cemane perasaaan geram kat bos sendiri? and I feel it now.

Semua benda tak kena.

Benda kecik pon nak besar besarkan.

Manyampah.





p/s : Tak sabar nak gate pass petang ni. tak yah pandang muka dia lagi. tak sabar nak cuti oi.

Monday, May 16, 2016

Dugaan Kahwin

Bismillah.

Assalamualaikum and hai.

Isnin sudah. siyesly aku tak sabar nak cuti. nak kerja pon da takde hati. dalam otak ni tak muat nak masok da benda nak pikir. macam macam benda jadi. terbaru, mak being warded lagi. ya Allah besarnya dugaan Mu ya Allah. hati aku menanges semahunya.

Majlis aku lagi berapa hari je. lagi 4 hari. imagine camne perasaan aku nak fikirkan macam macam. soal majlis, soal duit, soal homestay rombongan plus soal mak lagi. ya Allah berikanlah aku kekuatan ya Allah agar dapat aku tempuh segala dugaan Mu ini dengan setabahnya.

Masok hari ni, genap 4 hari mak masok ward. sejak jumaat tengah malam. kali ni mak sesak nafas. awalnya doktor klinik kerajaan ceneh ni saspek mak sakit jantung. macam luruh jantung aku saat aku tahu berita ni. pagi tu aku nanges semahunya. rasa macam dugaan bertimpa timpa. aku sangat tak boleh bayangkan majlis aku tanpa mak. macam mana hari bahagia aku tanpa mak. ya Allah jauhkanlah.

Jumaat hari tu aku emergency. pagi tu aku shoot balik ke ceneh. sampai umah lebih kurang 10 pagi, rumah sunyi gila takde sape sape. dee je ada, tu pon tak sempat sangat nak bercakap. dia cerita serba sedikit cemane mak boleh sesak nafas dan dimasukkan ke ward. ayah tunggu mak di hospital. aku terus bergegas ke hospital. pikir balik sian ayah, da makan ke belum la. alahai. sedihnya hati.

Sampai di hospital, mak nanges lagi tengok aku. kesian kat aku katanya. saat tu aku pon hampir nak menanges, tapi aku tahankan je. tak boleh nanges depan mak, kang lama plak drama. aku kuatkan hati, pujuk mak. aku teman mak kejap, suh ayah p makan dulu. ayah pon nampak penat sangat. mak siyesly nampak lesu, pucat. doktor da sahkan mak kekurangan darah merah, sel darah putih je banyak. so bila darah merah kurang, oksigen pon tak cukup, sebab tu mak sesak nafas. doktor akan masokkan darah dalam badan mak. mungkin dalam 2-3 bags, depends on mak punya keadaan.

Keadaan tangan mak compare dengan tapak tangan aku. T.T


Sampai semalam, ahad, da 3 bags doktor masokkan darah dalam badan mak. mak nampak bermaya sikit. muka dan tangan pon takdela pucat sangat. da kembali merah merah. alhamdulillah. selera makan pon boleh tahan. lebih la sikit compare dengan sebelom ni.

Petang semalam, doktor datang lagi. sebelum tu doktor ada mintak najis mak untuk dikaji sama ada berdarah ataupon tidak. doktor datang dan bagitahu, dorang dapati najis mak sedikit berdarah. actually takde la darah darah merah, cuma kaler gelap kehitaman dan doktor saspek tu darah. akibatnya, doktor nak masukkan kamera untuk check usus mak. mak nanges lagi. dia tak nak. dia takot tak dapat balik untuk wedding aku. aku apatah lagi, hati dalam ni macam kena carik, nak nanges pon seolah olah da takde air mata. bila ditanya bila target untuk buat operation tu, doktor tak pasti. dorng cuma perlukan kebenaran dari patient. mak tanya aku, aku serba salah. tengok muka mak, kalo ikotkan hati, nak je aku nanges masa tu. 

Akhirnya decide untuk buat jugak. tapi bukan dalam masa terdekat. dan alhamdulillah, mak takde masalah lain selain dari tu. doktor cuma perlu buat pengesahan melalui kamera tu. katanya nak kenal pasti sama ada betol betol usus ada luka ataupon tak. keputusannya mak akan buat jugak, tapi lepas wedding aku. kitorang decide untuk bincang dulu satu family untuk tarikh bila nak buat tu. dan doktor bagi mak discharged hari ni. aku sedikit lega. mak pon da nampak sihat.

Semoga semuanya dipermudah dan mak kembali sihat seperti biasa. ya Allah Kau permudahkanlah segalanya, jangan la Kau sulitkan.


p/s : aku kena pegi refitting baju kawen, semalam tak sempat sebab berkejar nak ke hospital lagi. penatnyaaaaa. :(

Thursday, May 12, 2016

Kisah Diet Aku

Bismillah.

Assalamualaikum and hai.

Badan lemah. kurang sihat aku hari ni. da telan 2biji paracetamol 650mg. tapi macam takde perubahan sangat. hidung berair, sejuk semacam duk dalam aircond. selalu ok je. lagi nak aircond sejuk ada la. hari ni masok surau pun tak bukak aircond ngan kipas. tak sedap badan betol betol ni.

March 2015, aku start berdiet. cerita hari ni macam mana gigihnya aku nak kurangkan berat badan. kisahnya bermula bila mana aku tengok akak satu ofis kurus dengan jayanya. selidik selidik rupanya dia amalkan diet atkins. she lost for almost 20kgs i think. tak sure correct kgs dia lost, tak ingat da. but the thing is dia berjaya hilangkan berat sebanyak tu dengan atkins. aku jeles.

So start dari tu, aku nekad nak kurus jugak. aku google diet atkins segala bagai. memang banyak betol pantang larang yang kena ikot. paling kena elak adalah nasi. kebetulan sebelum aku start atkins tu, there is another akak yang da start dulu atkins ni. and she lost her weights as well. badan makin kurus dan memang ketara nampak perubahan dia. aku try jugak tanya tanya, dia bagi aku menu diet atkins untuk aku cuba. memang aku semangat gila. tengok keberkesanan kat dua orang akak tu buat aku lagi semangat. berat aku masa tu around 74kgs.


So aku pon mula la beratkins. memang stress betol, banyak benda kena pantang. nasi memang tak sentuh. buah pun tak boleh. satu hari aku google lagi pasal diet atkins ni. melalui pencarian aku, banyak keburukan pulak diet atkins ni. yes, you reduce weights. tapi yang reduce tu adalah your muscle, not your fat. pastu pada masa sama, ramai kawan kawan nasihatkan kata diet atkins ni tak elok. aku konfius. lama kelamaan aku longgarkan pantang aku. aku makan tapi kurangkan nasi dan tak terlalu ikot pantang atkins. tapi memang, keputusan diet aku memang tak memuaskan la. for over 6 months, aku hilang 6kgs je.

Badan ada nampak sedikit susut, tapi memang sikit sungguhla. tak affect mana pn. tapi syukur alhamdulillah, atleast ade jugak penurunan. kebetulan pulak masa aku buat atkins tu, masa tu bulan puasa. memang turun betol la berat aku. raya taun lepas berat aku jadi 68-69kgs. happy jugak masa tu. kawan kawan sekolah tegur kurus sikit.

Lepas raya aku tak brapa continue atkins. nasi aku skip kadang kadang, tapi makanan lain aku main capai je. akibatnya january 2016, berat aku naik sikit. ada member ofis tegur nampak aku membulat sikit. bila timbang berat aku da hampir 70kgs semula. stress tak stress.


Then satu hari aku nampak iklan kat fb, dari coach nana. aku nekad beranikan diri whatsapp coach nana ni. actually she is a coach for weight loss challenge. 2 hari lepas aku whatsapp tu baru dia balas. rupanya coach nana ni adalah pengguna Herbalife. so dia invite aku untuk sertai program dia. ada 2 program waktu tu, 21 days Shake Challenge ngan Weight Loss Challenge. so nak tak nak, kalau aku nak dia coaching aku, aku kena consume Herbalife ni. actually dulu aku pernah consume Herbalife ni, tapi tak menjadi. masa tu diet sendiri, takde coach coach bagai. so aturan makan pon tak betol la. patotla berat tak turun turun hahaha.

Aku tau sangat yang Herbalife ni produk dia mahal mahal. pikir banyak kali gak la aku waktu tu. nak join ke x. masa ni aku da bertunang, so aku tanya pendapat tunang aku, dia tak kisah. dia tak halang kalo aku nak join. satu soalan dia, ada duit tak? haha love that question very much.

So nak dijadikan cerita, aku join Weight Loss Challenge ni. and for your info, WLC ni perlukan aku consume produk ni and takes time for 1 month. so, harga penyertaan dia memang sah sah la lagi mahal dari 21 days Shake Challenge tu. kata coach, amek yang sebulan ni boleh turun berat lagi banyak. mudah terpengaruh aku pon joinla. nak kurus punya pasal kan.



17February 2016 bermula la episod Herbalife aku. memang aku ikot betol dan alhamdulillah bleh istiqamah. paling best aku boleh makan nasi. haha dan diwajibkan makan nasi. coach buat satu group, and ahli group ni sangat la supportive. ape je persoalan pasal diet ni, boleh tanya situ. memang best la. and guess what, sebulan aku join aku lost 3.6kgs! what a suprise. and aku rasa happy gile gile. disebabkan tu, aku join lagi for 2nd month. masa ni memang berbelah bagi sebabnya duit banyak nak pakai untuk kawen. abam tunang suh aku diet sendiri je, tapi aku masih tak yakin masa tu. so aku pon join for the 2nd month.

2nd month aku banyak stress. actually nak diet ni, korang jangan stress, tidur kene cukup. jangan kurang tido, jangan stress. in sha Allah turun. because of that, 2nd month aku tak turun banyak. sekilo lebih je. tapi aku bersyukur. lepas tu aku tak join da, sebab duit banyak nak pakai untuk kawen. aku stop. sekarang aku diet sendiri. follow nasihat coach, control kalori intake, air cukup and tak stress. alhamdulillah berat makin turun.

By the way frens, next entry nanti aku kongsi beberapa tips yang coach bagi and share. kita share ilmu ok. sama sama untuk kesihatan kita. kurus bukan untuk cantik je, yang penting sihat.


Ok see you next entry! muah.


p/s: 3jam nak siap satu entry. haha banyak sambilan.

Wednesday, May 11, 2016

Rawatan Spa untuk Bakal Pengantin

Bismillah.

Assalamualaikum dan hai.

Entry di kala menguap lebih 5kali selepas lunch hour. semua orang macam ni or aku je? pas makan ngantuk. tadi hampir terlelap, nasib baik loceng bunyi kul 2 habes rehat time. kalo tak memang harus la sekali lelap.

Pastu diusik oleh Bos Khalil, " aii jaa, nervous nampak nak kawen. takot ke?" haha aku mampu gelak je. Fiq pn join sekaki. nanti masa akad nak cakap tak sah banyak kali. eleh macam la ko saksi aku. hahaha gelak jahat. geng geng ofis ni takleh layan sangat. makin dilayan makin menjadi jadi lak usikan dorang. bukannya tak pernah kena dengan dorang ni. siap cakap nak bagi hadiah jam loceng la ape la. haha.

Tengokla pas kawen nanti. makin haru nak layan usikan dorang. aku da boleh bayang kena macam macam nanti. haha sabo jela.


Al kisah aku nak cerita pasal pakej spa untuk bakal pengantin. tak tahu macam mana tergerak hati aku nak pergi spa ni. padahal seumur hidup mana pernah jejak spa. pernah skali ikot adik aku nak buat facial treatment, tu pun aku duk kat luar. ni kali ni pergi spa, da la amek pakej skali.


Awalnya aku fikir mungkin tak sempat aku nak pergi manjakan diri ni. tiba tiba kawan serumah suggest pergi satu spa ni, dekat sangat dengan rumah sewa kitorang. aku then buat buat whatsapp tanya akak spa ni, then dia bagi satu flyer pakej spa untuk bakal pengantin. Eh by the way nama spa ni Pamper Me Spa.




Ok ni la antara pakej pakej untuk bakal pengantin. kata akak ni bukan bakal pengantin pun boleh amek pakej ni. sebab tu la adik aku pon nak cuba. 


Aku belom pergi lagi. appointment kitorang this upcoming 14 May. nanti aku cerita feeling after the treatment okay. heee. emm ce teka aku pilih pakej mana? hehe. nak jadi isteri yang terbaik punya pasal. hahahahahha. gelak gatal.



p/s: aku doakan treatment ni abes cepat. sebab katanya amek masa dalam 5 jam jugak. ari yang sama aku nak g fitting baju. :D

Simple Checklist Kahwin

Bismillah.

Assalamualaikum and hai.


Hari ni 11hb May 2016. normal counting about 9days more. hoho hati rasa macam macam. sekarang tubuh badan ni seram seram sejuk. hidung berair. janganla demam. banyak benda tak setel lagi ni. da selamat telan 2 biji panadol. harap harap lega sampai ke petang.

To make it short, matlamat entry ni nak listkan perkara penting untuk majlis nanti dan risau kalo kalo ade yang pending. ni untuk checklist sendiri. bagi aku, masing masing ade pilihan sendiri nak pastikan majlis korang sempurna dan berjalan lancar seperti yang korang plan. da abes usaha, leave it to Allah swt. tawakal.

  • Kursus kahwin - DONE
  • Ujian HIV - DONE
  • Borang nikah - DONE
  • Gubahan mas kawen - DONE (Aku buat sesimple boleh. aku tak minat bab bab nk lipat duit jadi bunga ke ape. sebab nampak buruk bila bukak nanti. so aku prefer nak letak dalam album cantik cantik. pastu buh riben ngan bunga sikit, pastu buh atas par). DONE!
  • Tok kadi - DONE (Haji Harun) Bayaran RM113.00 by pengantin lelaki
  • Pakej pelamin + baju nikah + baju sanding + hiasan makan beradab + backdrop bilik tidur + baju bertandang (Semuanya satu pakej - ANDAMAN ASMAIE) 
  • Photographer - DONE
  • Deejay - DONE
  • Kek pengantin - DONE
  • Hantaran (7 berbalas 9 dulang) - DONE
  • Kad kahwin - DONE
  • Doorgift + goodies - Hak ni aku stress cket. tempat yang aku tempah untuk vip punya goodies tu tak siap siap. macam macam alasan. actually ni tempat yang sama yang aku book untuk kad kawen aku. kedai melayu, niat nak tolong sesama kita. tapi entahla susah nak cakap. mmm
  • Kasut sanding - ni BELOM. ( Ni sebab kasut yang ade kat bridal tu terlalu tinggi, and aku tak brape confident nak pakai. haha. lagipon bakal suami alahai "tinggi" sangat. krikkk kkrik )
  • Makanan tetamu - Parents setelkan. Aku just suggest a few types of dishes yang aku rasa nak makan. haha
  • Makanan beradab - haaa yang ni BELOM. aku tak sure nak book kat mana. majlis lagi 2 minggu ni. adoiiii.
  • Pengapit - pengapit aku ofcourse my lovely friend Sue. sue da cop awal awal nak jadi pengapit. nak amek berkat katanya. hehe. so untuk pengapit aku da declare dua2 kene pakai kaler grey. tak kisahla corak camne pon. aku fleksibel hehe.
  • Baju family - Sama jugak dengan pengapit, aku declare family pakai baju grey. untuk yang perempuan, aku belanja kain pasang, dan upah jahit semua sendiri sendiri. tapi untuk yang laki, maaf ye, korang cari sendiri baju tau. except untuk ayah. nak p cari baju melayu grey satu. harap harap sempat. in sha Allah.
Aku da merasai kestressan ni. semoga semuanya dipermudah. in sha Allah.



p/s : stress pada masa yang sama nervous, happy dan tak sabar. hahahaha :D

Tuesday, May 10, 2016

Kisah mereka bertiga.

Bismillah.

Assalamualaikum dan hai.

Tergerak hati nak baca semua post post lama aku. terutama pasal si S. hehe. cerita lama. kami masing masing da bawak haluan sendiri. aku sendiri tak pasti cemane kehidupan S sekarang. semoga dia bahagia dengan pilihan hati dia, A.

By the way, S da kawen. and of course bukanla dengan aku. dengan pencabar aku. haha. kalo tak silap aku, end of May kitorang break. and dorang kawen 2-3 bulan lepas tu. S putuskan untuk pilih A instead of aku. even hubungan 5 tahun yang kitorang bina tu langsung tak ada ape ape makna bagi dia. semudah tu dia putuskan semuanya. and aku akui, awalnya aku macam orang gila. menanges mintak S kembali pada aku. bagi ayat ayat tacing dan merayu rayu. haha bodoh betol rasa. maklumla, da sayang kan. tapi alhamdulillah, aku sangattt bersyukur sebab S tinggalkan aku, aku berkenalan dengan orang yang baru, aku gelarkan N.

And you know what, N adalah kawan kepada S. and agak rapat. awal perkenalan dengan N, N seorang yang sangat sweet. ingat balik cara N nak berkawan tu.

N : Boleh tak kalo saya nak kenal awak dengan lebih rapat? Saya nak lap air mata awak. Awak sudi ke?

Aku : Saya tak ready lagi.

N : Takpe. kita boleh try dulu dan kalo awak tak selesa, kita kawan je.

And guess what, kitorang couple. aku terima walaupon pada masa tu, no feeling at all kat si N ni. tapi sebab aku nak lupakan S, aku terima N. and our relationship goal masa tu memang ke arah nak berkahwin.

Dalam lebih kurang 3 bulan aku dengan N, S datang. waktu tu S da bertunang dengan A. pujuk aku untuk kembali pada dia, S kata dia sanggup putus tunang dengan A. pernah skali aku hampir goyah, akui masa tu aku still tak boleh nak lupakan S, aku hampir setuju dengan cadangan dia. paling haru dia pernah cakap nak jadikan aku isteri no.2. haha ape punya pikiran tak tau.

Tapi akhirnya S tetap kawen dengan A. and aku continue relationship aku dengan N. tapi dengan N pon aku berendam air mata. N macam acuh tak acuh. kejap ada kejap hilang. cari aku masa dia perlukan aku dan masa dia sunyi. dan tiba tiba dia akan kembali senyap ikot suka hati dia. aku masa tu macam orang bodoh. 

Aku pujuk N dengan macam macam cara supaya N kembali seperti biasa. satu perangai N yang aku pelik, dia tak nak kenalkan aku dengan family dia. and bila aku jemput dia datang ke rumah jumpa dengan family aku, dia macam refuse. tolak sekerasnya. aku buntu. N seolah olah nak mainkan aku. sampaila suatu masa N senyap seribu bahasa selama sebulan. aku whatsapp, kol, mesej, pm fb langsung tak dibalas. aku da naik gila. sampai aku sanggup turun KL semata mata nak pegi jumpa dia. and last, tak jumpa atas alasan dia takde di KL waktu tu.

Lastly aku buat keputusan untuk putuskan hubungan aku dengan N. kitorang bertahan for almost 1 year. tak sampai. tak aku nafikan N banyak bantu aku sepanjang perhubungan kami. 


Dan sekarang May 2016, aku dan N akan berkahwin. tapi dengan orang lain. N dengan pilihan keluarga, dan aku? hehe nanti aku cerita.

Dear N, saya doakan awak bahagia sentiasa dengan perkahwinan awak. jaga isteri sebaiknya. saya nekad lupakan segala kenangan lama dan setia kepada tunang tersayang saya. terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya, dan jaga diri. =)

Dear S, selamat pengantin baru (walaupon da hampir dua tahun). Semoga mahligai terbina berkekalan ke syurga Allah. Have a happy marriage ever and ever.

And to both, terima kasih kerana pernah menyayangi diri ini. Saya halalkan kasih sayang saya sebelum ni. dan kini segala kasih dan cinta saya hanya untuk bakal imam saya yang saya cintai. in sha Allah. doakan juga perkahwinan kami sampai ke syurga Allah dan mendapat keberkatan dariNya. in sha Allah.




p/s: seronok rupanya perasaan menghitung hari ni. doakan majlis kami berjalan lancar. Aaamiinnn. layan dulu gamba tunang ari tu. 17 October 2015.:P







Anak Sedara Sebelum Anak Sendiri


Bismillah.


Assalamualaikum dan hai.

Sesi ice breaking. Ini kakak Putri. Anak sulong angah merangkap cucu sulong mak dan ayah. Kakak umur 6 tahun. Seorang yang sangat comel dan ceria. Petah berkata kata dan pandai. Kakak sangat pandai mengambil hati dan seorang yang sangat pembersih dan sukakan kecantikan. Yang paling penting, kakak suka pink. Sama macam cicik. Kakak pon suka frozen. Fasih nyanyi lagu frozen kalah cicik. Haha skema giler karangan.





Ni plak adiknya kakak Putri. Ahmad Al- Fareez. Sangat rapat dengan cicik. Seorang yang sangat la ganas tapi ada masanya manjaaaa sangat. Permainan dia takyah cakap la. Orang yang tak kuat semangat sangat tak dinasihatkan main dengan dia ni. Ganas betol. Boleh dikategorikan hyper active kid. Sampai mama dia pun kurus duk layan perangai adik Fareez sorang ni. Tapi adik fareez comel, cicik sayangggg adik Fareez. Sejak sejak nak jadi abang ni, adik Fareez sangat la behave. Hehe.




Arissa anak teh. Anak sulong teh. Belom lagi kedengaran yang Arissa akan dapat adik. Coming soon kot. Arissa ni macam adik Fareez versi perempuan. Ganas jugak mainan tapi ganas versi perempuan la. Haha. Arissa rambut pendek, tak panjang panjang. Puas da mama Arissa duk sapu lendir daun lidah buaya tapi rambut maintain camtu. Arissa mulutnya sangat la pandai. Kadang kadang jadi cikgu, kadang kadang jadi doktor. Faveret dia lagu Didi and Friends. Haha. Siap joget lagi. Sangatlaaaa comel. Eishhh semua ank buah cicik sangat comel. Tu belom anak cicik lagi. Ehhh?



Another one boboy is Syahiran. Syahiran ni masa baby punya la gelap gambar. Once da makin besau ni, makin terserlah lak kecerahan dia. Tapi laki ni lagi gelap lagi sweet. Tak gitu? Haha. Syahiran is the most gebuest. His pipi tu sangat la menguji tahap kegeraman aku. Haha. Maaf kalo tiap kali pipi dia tu jadik sasaran aku. Geram sampai rasa nak gigit. Adoi teruknya cicik awak ni sayang.





The last one is Annur. Annur baby lagi. Annur anak dee. Memang dee tu kurang cerah, tapi Annur ni seriyes bertentangan kaler dengan ayah dia. Huahuahua. Sampai ade yang cakap Annur ni lagi sesuai jadik anak aku. Haha so korang paham paham sendiri la. Eh by the way, Annur ni sangat la comel. Bulu mata lentik kalah oi bulu mata Che Ta. Ni lentik semula jadi lagi. Sorry Cheta, you lose to a baby. Haha. Tak caya boleh tengok sendiri ni ha.






Sekarang ni baru 5 orang anak sedara. Bakal keluar dari perut sorang lagi. Anak angah. My own child coming soon. Haha. Kata nak kawen kan. Huahua.



Ehh cerita nak kawen belom cerita. Sabar sabar. Hee see you soon. Bye!
 

Monday, May 9, 2016

Selepas 2 Tahun


Bismillah.


Assalamualaikum duhai warga blog yang budiman.



Haha I'm back after almost 2 years. Tak tahu la apa yang menarik aku untuk coret something kat sini hari ni. Rasa terpanggil je. Ada ke yang rindu nak dengar aku mengarut? Haha macam takde je. Dua tahun hilang takde yang cari pon. T.T

Owh by the way, how are you guys? Seriously rindu nak update blog. Nasib aku baik je persatuan blogger tak remove blog aku ni. Haha ada persatuan ke? (wondering jap). Kalau tak menanges la sebab sayang kalo hilang post post lama kat sini. Blog ni da macam diary aku da.

Emm back to my life, hidup aku sekarang alhamdulillah bertambah baik dan teratur. Kalo last 2 years aku ada share dengan semua pasal one of my best friend yang nak kawen tu kat SINI, kali ni episod dia lebih kurang. Tapi pengantinnya tu aku. Haha believe it or not? Aku pon tak. Cia cia cia.


Lebih kurang 10 hari lagi episod puan bermula. So far semua preparation still on the track. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya walaupon terlalu banyak benda aku lakukan sendiri disebabkan keadaan kesihatan mak aku sangat tidak mengizinkan beliau untuk buat kerja berat. Actually guys, banyak benda sangat aku nak share, rasanya sampai tak menang jari nak tulis kat sini. Nanti la aku citer satu satu.

Dari segi hantaran, DIY, doorgift ada yang aku buat sendiri dengan bantuan adik adik, dan untuk VIP punya pulak aku tempah je. Serious banyak makan duit la kawen ni tapi bila pikir it is like a reward for myself dan untuk kebahagiaan aku, selepas bermacam episod duka cinta aku, aku semakin semangat nak kawen. Haha boleh camtu?


And who is the groom? Just wait for the day. And in sha Allah, ada kesempatan nanti aku share dengan all beautiful readers kat sini. 


Orang kata kalau da jodoh, tak ke mana. Lari la ke planet mana skali pun, Allah da tetapkan he is the one and the best for me, alhamdulillah terima kasih Allah. And I really believe that only You knows who is the best for me. 




Terasa nak share pulak cerita pasal kahwin aku ni. Wait for the next entry ya!

I miss you Beautiful Life!muah.



Jumpa lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...