Sunday, June 23, 2013

Jerebu ke jelebu?


Bismilah.



Assalamualaikum and hai.


Aiyok. terasa malas nak bercerita soal hati. sebab hati sekarang tarak sedih sedih. senyum aja.;p


Isu hangat sekarang, jelebu. Eh jerebu. Aku bukanlah pakar alam sekitar mahupun pakar kaji cuaca. Bagi aku, soal alam sekeliling yang berlaku sekarang semua menunjukkan kekuasaan Allah Taala. Hanya Dia berhak menukar yang buruk jadi yang baik, dan baik jadi buruk.


So dearsss, take care of yourself. Pakai mask tu. Takpe la nampak macam perompak kejap pon daripada kita sakit kesan dari pencemaran ni. Makcik dan pakcik tu, jap je tolong stopkan dulu bakar bakar sampah keliling umah tu. Kita tolong orang, insyaAllah akan datang baiknya untuk kita. 


Adik kakak yang comel, abang abang yang ensem, jangan kerap sangat kuar rumah. Kasi limit itu jalan jalan ya. Bukannya apa, nanti kalo sakit siapa yang susah? 


Last but not least, di samping kita ambik langkah berjaga jaga, kita kurangkan aktiviti luar, kita jugak kena berdoa pada Yang Esa semoga diturunkan hujan yang membawa seribu rahmat untuk makhlukNya di muka bumi ini. InsyaAllah.




Photo: haze...
Jerebu di tempat keje sementara aku. Tempat korang cemane?   





Thursday, June 20, 2013

Pada ketika itu.



Sambungan dari entry lepas.



Tu kesilapan pertama dia kantoi dengan aku. And still, aku percayakan dia sebab terlalu sayang. Tapi lumrah aku manusia, rasa sangsi tu takkan lari. Sampai ofis, aku kuatkan hati hantar msg bertanyakan soalan yang sama. Dan bagai diduga, dia still jawab dengan jawapan yang sama. Aku tak puas hati.


Dua tiga kali aku tanya soalan yang sama dan aku jugak dapat jawapan yang sama. Tapi last sekali dia berani jujur, akhirnya dia mengaku memang msg tu bukan untuk aku. Dan dia silap hantar. Time tu rasa macam kena sambar petir, serius aku rasa macam orang bodoh sebab terlalu setia dan akhirnya dipermainkan. Peristiwa tu buat aku terfikir. Kami jauh, dia boleh buat apa pun yang dia nak. Aku setia tapi dia curang. Kalau ikotkan hati jahat, nak je aku buat perkara yang sama. Tapi aku takla sekejam tu. Dia beria minta aku maafkan dia dan nafikan yang dia ada perasaan kat perempuan tu. Katanya just a friend. Sebab dia sunyi. Baiknya aku, aku maafkan dia.


Dan hubungan kitorang berjalan macam biasa. And still aku takleh nak ubah tabiat suka tido awal. Konon penat sangat. Tapi sebenarnya kerja aku masa tu memang penat. Bukan penat fizikal, tapi emosi dan mental. Susah nak cakap perihal kerja aku masa tu. Aku stress sorang sorang sebab takde siapa pun sudi dengar apa yang aku lalui di ofis. Even si S. Yes, setiap malam dia kol aku. Tapi just untuk story dia punya masalah. Aku macam biasa dengar dan dengar. Jauh sekali nak menyampuk, sebab aku tau sangat perangai dia, tak suka kalau aku bagi komen komen. Dia nak aku dengar je. So untuk elak dari gaduh, aku dengar and dengar sampai ke akhir. Abes cerita dia letak fon. Allah je tahu apa yang aku rasa masa tu.


Sampai la awal bulan 12. Masok bulan ni da hampir 5bulan aku masuk keje. Perkara sama aku lalui setiap hari. Sebagai perempuan, normal aku ingin disayangi dan dimanjai. Bercinta mestila nak dengar kata kata romantik. Tak selalu pun atleast nak jugak sekali sekala. Tapi langsung takde. 


Awal bulan 12, aku terlalu serabut dengan kerja. Dengan keadaan bos yang terlalu menekan aku untuk bagi the best performance, aku selalu menangis seorang diri. Biasanya time mandi la. Time ni air mata jatuh sama ngan air paip, so orang tak perasan sangat. Bukan aku tak cuba, tapi expectation yang terlalu tinggi dari bos buat aku macam orang gila. Tapi aku cuba sehabis baik aku untuk impresskan bos aku. Kata bos, ada peningkatan tapi dia nak lebih lagi. 


Awal bulan 12 ni la aku buat satu keputusan drastik yang hampir mengubah hidup aku keseluruhannya. Memikirkan hidup aku seolah olah macam tak betul, dengan keadaan mempunyai seorang bos yang terlalu menekan, aku tak dapat nak lalui kehidupan dengan betul. Aku dengan S pula terasa amat amat jauh sehinggakan aku rasakan hidup aku kosong tanpa siapa siapa. Yang ada hanya la kawan kawan di sekeliling aku yang masing masing mempunyai ceritera hidup tersendiri. Sesekali aku teringin untuk bercerita soal hati, tapi aku taknak menyusahkan orang lain dengan masalah yang aku hadapi. 


Keputusan untuk berpisah dengan S sebenarnya buat aku gila. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk meminta hubungan ini diputuskan aku pun tak tahu. Seorang kawan aku pada masa tu, aku gelarkan A yang banyak nasihatkan aku pada masa itu. Nekadnya aku buat keputusan yang akhirnya A anggap memang semua tu datangnya dari hati aku sendiri. Dia bantu aku untuk kuatkan semangat dan berterus terang dengan S. 


Nekadnya aku, malam tu aku seolah olah terlalu kuat sehingga tiada siapa dapat halang aku dari buat keputusan tu. Same goes to the 2nd night. Tapi masuk malam ketiga, aku macam orang gila. Menangis bagai nak rak bila aku fikirkan takkan ada sesiapa lagi yang akan sayangkan aku macam dia selepas tu. Aku kol adik bongsu aku, ceritakan semuanya. Dia hanya mendengar tanpa sebarang respon. Lepas lega, aku terus tidur. Bangun pagi esoknya dengan mata membengkak aku ke ofis macam biasa. Well mata aku cepat surut bengkaknya, so orang tak perasan yang aku banyak habiskan air mata aku malam tu.


Start dari hari perpisahan tu, S selalu hubungi aku. Pujuk aku untuk kembali bersamanya macam dulu. Dan aku akui sangat, masa tu la aku dengar banyak sangat kata kata romantik yang lahir dari bibir S. Betapa dia sayangkan aku dan terlalu merasakan kehilangan aku. Pada awalnya hati aku terlalu keras. Apa yang aku fikir, S sudah pernah hancurkan kepercayaan aku kat dia. Dia pernah curang di belakang aku. Takkan semudah tu aku nak maafkan dia. Egonya aku.


Perkara tu berlarutan lama. S hubungi telefon aku dan facebook aku. Dan sebenarnya selepas malam tu, S unfriend aku dari friendlistnya di facebook. Masa tu aku yang nekad ni hanya tersenyum memikirkan sifat kebudak-budakan S yang sanggup unfriend aku di facebook. Aku cuba nafikan perasaan sedih aku sendiri, sedangkan hati aku sangat memberontak kesedihan bila aku tahu S seolah olah buang aku dari hidupnya. 


Selepas malam tu, aku pergi kerja macam biasa. Aku anggap seolah olah aku seorang manusia yang baru. Tanpa ada masalah. Tapi aku tak dapat nafikan, setiap perkara yang aku lakukan, aku ingat S. Mana mana aku pergi aku ingat S. Ya Allah, aku lemah dengan perasaan aku sendiri.





Bersambung...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...