Sunday, September 8, 2013

Selamat pengantin baru.

Comel tak kawan aku kawen? COmel kan kan? Sorry meknah pinjam gambar. heehe




Assalamualaikum and hai.



Ok hari ni tajuk penting kita adalah soal kawen. Eh ko pehal, diam diam da lama tak update tup tup cakap soal kawen. Da la tak cukup umur lagi. Haha


Bukan la. Kalo ikot umur, kawan kawan yang seangkatan umur ngan aku sekarang ni da beranak pinak da. Aku je still tak puas ngan zaman bujang aku ni. Tapi kalo nak ikot hati memang geletak (atau bahasa comel dia adalah tak sabar) da nak kawen. Tapi mak aku belom lepas green light lagi. So terpaksa la bersabar dulu. Lagipon aku nak keje nak kumpul duit banyak banyak dulu. Capai apa yang aku nak, beli dan miliki apa saja yang pernah aku impikan dulu. Yang penting merasa pegang duit sendiri dulu.


Lepas raya ni je, berpuluh puluh jemputan kawen aku dapat kat umah tu. Termasuk la kawan kawan aku dan orang kampung. Tu baru kawen, belom cakap yang bertunang. Perghhh berderet. Tup tup tengok duk uplod gambar tunang kat fb, giler ko tak jeles. Harusla jeles beb. Tapi aku sabar dulu. Hehe.


Kawan kawan takyah cakapla. Kawan kat matrik, kawan sekolah, kawan universiti apatah lagi kawan sekampung. Sume da selamat bergelar suami dan isteri pada pasangan masing masing. Yang terbaru kawan matrik aku kat kelantan, sadis rasanya tak boleh pegi. Kalo ikotkan hati memang nak sangat pergi tapi mak sah sah tak lepas aku nak drive sorang sorang pegi kelantan sana. Dua malam lepas, jiran sebelah umah aku da selamat diijabkabul. Alhamdulillah aku tumpang happy untuk dia. Banyak betul dugaan dorang sebelom kawen akhirnya bersatu jugak. Aku doakan semoga kekal sehingga akhir hayat. InsyaAllah. 


Tu soal kawen. Ni nak masok soal yang da hampir hampir beranak ni. Tunggu masa je nak melahirkan. Adoi aku ni kawen pon belom dorang da nak ada anak sendiri. Kalo tak silap 2 orang kawan aku sedang menunggu hari je. Hehe aku pulak yang eksaited. InsyaAllah semoga semuanya selamat selamat je ye korang. Aci tak korang plan beranak sama sama esok? Esok kan 9hb9. Ehem.




Ok bye!



p/s: Nape ye ngan tarikh 9hb9 tu? Ehem. Tak paham paham lagi. Aishh.

Sunday, June 23, 2013

Jerebu ke jelebu?


Bismilah.



Assalamualaikum and hai.


Aiyok. terasa malas nak bercerita soal hati. sebab hati sekarang tarak sedih sedih. senyum aja.;p


Isu hangat sekarang, jelebu. Eh jerebu. Aku bukanlah pakar alam sekitar mahupun pakar kaji cuaca. Bagi aku, soal alam sekeliling yang berlaku sekarang semua menunjukkan kekuasaan Allah Taala. Hanya Dia berhak menukar yang buruk jadi yang baik, dan baik jadi buruk.


So dearsss, take care of yourself. Pakai mask tu. Takpe la nampak macam perompak kejap pon daripada kita sakit kesan dari pencemaran ni. Makcik dan pakcik tu, jap je tolong stopkan dulu bakar bakar sampah keliling umah tu. Kita tolong orang, insyaAllah akan datang baiknya untuk kita. 


Adik kakak yang comel, abang abang yang ensem, jangan kerap sangat kuar rumah. Kasi limit itu jalan jalan ya. Bukannya apa, nanti kalo sakit siapa yang susah? 


Last but not least, di samping kita ambik langkah berjaga jaga, kita kurangkan aktiviti luar, kita jugak kena berdoa pada Yang Esa semoga diturunkan hujan yang membawa seribu rahmat untuk makhlukNya di muka bumi ini. InsyaAllah.




Photo: haze...
Jerebu di tempat keje sementara aku. Tempat korang cemane?   





Thursday, June 20, 2013

Pada ketika itu.



Sambungan dari entry lepas.



Tu kesilapan pertama dia kantoi dengan aku. And still, aku percayakan dia sebab terlalu sayang. Tapi lumrah aku manusia, rasa sangsi tu takkan lari. Sampai ofis, aku kuatkan hati hantar msg bertanyakan soalan yang sama. Dan bagai diduga, dia still jawab dengan jawapan yang sama. Aku tak puas hati.


Dua tiga kali aku tanya soalan yang sama dan aku jugak dapat jawapan yang sama. Tapi last sekali dia berani jujur, akhirnya dia mengaku memang msg tu bukan untuk aku. Dan dia silap hantar. Time tu rasa macam kena sambar petir, serius aku rasa macam orang bodoh sebab terlalu setia dan akhirnya dipermainkan. Peristiwa tu buat aku terfikir. Kami jauh, dia boleh buat apa pun yang dia nak. Aku setia tapi dia curang. Kalau ikotkan hati jahat, nak je aku buat perkara yang sama. Tapi aku takla sekejam tu. Dia beria minta aku maafkan dia dan nafikan yang dia ada perasaan kat perempuan tu. Katanya just a friend. Sebab dia sunyi. Baiknya aku, aku maafkan dia.


Dan hubungan kitorang berjalan macam biasa. And still aku takleh nak ubah tabiat suka tido awal. Konon penat sangat. Tapi sebenarnya kerja aku masa tu memang penat. Bukan penat fizikal, tapi emosi dan mental. Susah nak cakap perihal kerja aku masa tu. Aku stress sorang sorang sebab takde siapa pun sudi dengar apa yang aku lalui di ofis. Even si S. Yes, setiap malam dia kol aku. Tapi just untuk story dia punya masalah. Aku macam biasa dengar dan dengar. Jauh sekali nak menyampuk, sebab aku tau sangat perangai dia, tak suka kalau aku bagi komen komen. Dia nak aku dengar je. So untuk elak dari gaduh, aku dengar and dengar sampai ke akhir. Abes cerita dia letak fon. Allah je tahu apa yang aku rasa masa tu.


Sampai la awal bulan 12. Masok bulan ni da hampir 5bulan aku masuk keje. Perkara sama aku lalui setiap hari. Sebagai perempuan, normal aku ingin disayangi dan dimanjai. Bercinta mestila nak dengar kata kata romantik. Tak selalu pun atleast nak jugak sekali sekala. Tapi langsung takde. 


Awal bulan 12, aku terlalu serabut dengan kerja. Dengan keadaan bos yang terlalu menekan aku untuk bagi the best performance, aku selalu menangis seorang diri. Biasanya time mandi la. Time ni air mata jatuh sama ngan air paip, so orang tak perasan sangat. Bukan aku tak cuba, tapi expectation yang terlalu tinggi dari bos buat aku macam orang gila. Tapi aku cuba sehabis baik aku untuk impresskan bos aku. Kata bos, ada peningkatan tapi dia nak lebih lagi. 


Awal bulan 12 ni la aku buat satu keputusan drastik yang hampir mengubah hidup aku keseluruhannya. Memikirkan hidup aku seolah olah macam tak betul, dengan keadaan mempunyai seorang bos yang terlalu menekan, aku tak dapat nak lalui kehidupan dengan betul. Aku dengan S pula terasa amat amat jauh sehinggakan aku rasakan hidup aku kosong tanpa siapa siapa. Yang ada hanya la kawan kawan di sekeliling aku yang masing masing mempunyai ceritera hidup tersendiri. Sesekali aku teringin untuk bercerita soal hati, tapi aku taknak menyusahkan orang lain dengan masalah yang aku hadapi. 


Keputusan untuk berpisah dengan S sebenarnya buat aku gila. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk meminta hubungan ini diputuskan aku pun tak tahu. Seorang kawan aku pada masa tu, aku gelarkan A yang banyak nasihatkan aku pada masa itu. Nekadnya aku buat keputusan yang akhirnya A anggap memang semua tu datangnya dari hati aku sendiri. Dia bantu aku untuk kuatkan semangat dan berterus terang dengan S. 


Nekadnya aku, malam tu aku seolah olah terlalu kuat sehingga tiada siapa dapat halang aku dari buat keputusan tu. Same goes to the 2nd night. Tapi masuk malam ketiga, aku macam orang gila. Menangis bagai nak rak bila aku fikirkan takkan ada sesiapa lagi yang akan sayangkan aku macam dia selepas tu. Aku kol adik bongsu aku, ceritakan semuanya. Dia hanya mendengar tanpa sebarang respon. Lepas lega, aku terus tidur. Bangun pagi esoknya dengan mata membengkak aku ke ofis macam biasa. Well mata aku cepat surut bengkaknya, so orang tak perasan yang aku banyak habiskan air mata aku malam tu.


Start dari hari perpisahan tu, S selalu hubungi aku. Pujuk aku untuk kembali bersamanya macam dulu. Dan aku akui sangat, masa tu la aku dengar banyak sangat kata kata romantik yang lahir dari bibir S. Betapa dia sayangkan aku dan terlalu merasakan kehilangan aku. Pada awalnya hati aku terlalu keras. Apa yang aku fikir, S sudah pernah hancurkan kepercayaan aku kat dia. Dia pernah curang di belakang aku. Takkan semudah tu aku nak maafkan dia. Egonya aku.


Perkara tu berlarutan lama. S hubungi telefon aku dan facebook aku. Dan sebenarnya selepas malam tu, S unfriend aku dari friendlistnya di facebook. Masa tu aku yang nekad ni hanya tersenyum memikirkan sifat kebudak-budakan S yang sanggup unfriend aku di facebook. Aku cuba nafikan perasaan sedih aku sendiri, sedangkan hati aku sangat memberontak kesedihan bila aku tahu S seolah olah buang aku dari hidupnya. 


Selepas malam tu, aku pergi kerja macam biasa. Aku anggap seolah olah aku seorang manusia yang baru. Tanpa ada masalah. Tapi aku tak dapat nafikan, setiap perkara yang aku lakukan, aku ingat S. Mana mana aku pergi aku ingat S. Ya Allah, aku lemah dengan perasaan aku sendiri.





Bersambung...........

Saturday, May 25, 2013

Hanya Aku Cinta Kau Seorang

 

Jatuh air mata tengok sms dia.


***


Mengimbau kembali kenangan itu.

***

Waktu tu aku di tahun pertama semester kedua pengajian aku di Unimap,Perlis. Aku berkenalan dengan seorang senior tahun tiga yang pada masa tu tengah menjalani latihan praktikal. Perkenalan kami hanya di laman sosial tanpa bersua muka. Aku langsung tak kenal dia, dan dia, wallahualam aku tak tahu sama ada dia kenal aku ataupn tidak. Biar la aku gelarkan dia S.


Perkenalan yang hanya berunsurkn pergaduhan. Manis sangat. S adalah seseorang yang anti akan universitinya sendiri. Dan aku bersungguh sungguh pertahankan university aku. Semuanya bersebab. Seriously.


Selama satu semester kami berkenalan tanpa mengenal paras rupa. Aku ngaku masa tu hati aku sudah terpaut. Yela, tengah single dan muda. Jiwa memberontak semacam la. Tapi aku tak luah. Serius aku malu. Aku just tunggu dia luah. Kot kot la dia ada perasaan yang sama kat aku. So masa berlalu. Kami hanya contact melalui laman sosial, Tagged. Profile picture panda gedik gedik tu menarik perhatian aku. Suka tengok. Comel je.


Sampai la masok next sem. S da abes praktikal, masok tahun 4. Time ni dia da super senior la. And aku pon da jadik senior, walaupon baru masok 2nd year. hehe


Selepas contact agak lama melalui Tagged, kami pindah pakai Skype plak. Masa ni tak tau nak cakap camne. Duk chatiing sampai kul 1 kul 2. Perghh orang cakap tahap angau giler. Tapi still masing masing tak luah. Konon time tu teman tapi mesra la. Sampai la satu hari dia tuka profile picture Skype dia ngan gamba sorang pempuan. Dengan perasaan ntah pape, aku tanya whether tu gamba awek dia ke bukan. And dia cakap yes. Masa tu aku down. Nak marah tak boleh, kitorang kawan je. And time tu jugak aku sedar aku je yang over, perasan terlebih. 


Hampir sebulan camtu, kami plan nak jumpa. Yela even duk satu kolej je pon, kitorang tak pernah kenal. Sumpah aku bukanla jenis pempuan yang senang senang nak jumpa ngan laki. Tapi ngan dia, jadi terberani pulak. Kami jumpa pagi sabtu kalo tak silap aku, hari cuti. Jumpa di student mall, aku terdiam abes tengok dia. Dia pulak macam nak taknak je tengok aku. Dan masa tu aku tersedar lagi, aku je yang terover perasan.


Jumpa kali pertama tu, aku ingat dia takkan contact aku sampai bila bila. Ntah la masa tu aku bukan seorang yang yakin pada diri sendiri. Aku tau orang lelaki mesti pandang rupa paras semata mata, even nak berkawan je pon. Pastu aku give up, aku diam je. Tapi tak sangka, dia still contact aku kat Skype. Nak dijadikan cerita kami bertukar no fon. Masa tu aku ingat lagi, dia bagi no fon dia guna huruf. Contohnya kalo huruf G adalah untuk no 4. Aku da dapat tangkap awalnya, tapi aku buat buat tak paham. Terus dia taknak bagi lagi no fon. 


Tu la antara bibit bibit perkenalan aku dan dia. Episod lepas tu aku tak rasa nak bercerita. Aku terlalu banyak berendam air mata. Macam macam yang jadi buat aku setabah tabah manusia. Result aku semester tu jatuh mendadak dengan keadaan aku yang sangat tak stabil. Aku biarkan mak ayah salahkan aku sebab aku tak study betol betol.


***


Tu cerita 3,4 tahun yang lepas. Sekarang aku bukan lagi fiza yang naif tu. Aku cuba jadi seorang yang sangat tabah dalam apa jua keadaan yang aku lalui.


Masuk alam pekerjaan, aku ditakdirkan bergaji lebih sikit dari dia. Masa tu dia selalu rendah diri. Tapi sebab terlalu sayangkan dia, setiap kali aku rendahkan level aku dari dia. Yes, aku pandang tinggi kat dia. Even gajinya kecil, tidak seberapa, dia merupakan seorang yang tau serba serbi. Aku banyak belaja darinya. Start dari perkara yang kecil remeh temeh, sampaila perkara yang aku tak tau langsung. And still, dia rasa rendah diri dengan diri dia.


Lebih kurang 2bulan aku bekerja, keadaan aku masa tu buat aku tak dapat nak online setiap masa. Sebaliknya pekerjaan dia memerlukan dia sentiasa online dan berada di hadapan komputer. Keadaan tu buat kami jauh. Aku sedaya upaya cari jalan untuk online demi dia. Sehingga la aku buat keputusan beli smartfon semata mata untuk sentiasa online bersama dia. Awalnya kami ok. Lama kelamaan aku terpaksa subscribe mobile internet dari celcom yang mahal. Dengan keadaan aku yang baru kerja, aku subcsribe kadang kadang je. Bukannya setiap hari. Keadaan tu buat dia makin jauh dari aku. Lagi pula aku yang baru mula bekerja tidak dapat nak biasakan diri tido lewat temankan dia. Seringkali aku tumbang kepada mata yang berat. And kesannya, kami gaduh.


Keadaan tu brlarutan lama. Tapi masing masing still cuba nak pertahankan hubungan cinta yang lama kami bina. Sampai la satu pagi, aku terima satu sms dari dia. Yang jelas sms tu bukan untuk aku. Masa tu serta merta air mata aku jatuh, rupanya dia curang di belakang aku. ya Allah, tabahkan hatiku. Hanya tu yang mampu aku buat masa tu. Terus aku minta penjelasan dari dia, dia still mengelak dengan mengatakan dia tersilap type sms dalam keadaan dia mamai. Sebab terlalu sayang, aku percayakan dia. Walaupun dalam hati Allah je yang tahu ape yang aku rasa.




Bersambung.......

Friday, February 8, 2013

Until the end.


Assalamualaikum and hai.



Thanks a lots guys.






For this 

Adorable.

Lovely.

Cute.

Winsome.


GIFT and PRESENTS.



All the beautiful words from all of you will I remember until my last breath. thank you so much.


I like this very much. Thanks frens.













Please forgive all my wrongs. I will remember and miss all of you.



Love ya.




p/s: It is not easy for me friends. Nice to meet and know all of you. Take care.

Thursday, February 7, 2013

Episod duka.





Assalamualaikum and hai.

Pelik kan aku post entry di kala waktu ofis? huhu. payah nak cakap. tapi tu la hakikatnya.


Baru baru ni aku terima satu berita yang sedih sangat. sedih sampaikan aku terasa mahu menyalahkan semua orang di atas musibah yang aku terima. sakitnya hanya Allah swt yang tahu. lemahnya iman aku sehinggakan aku hampir menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.


Berita mengejutkan tu biarla aku rahsiakan dari pengetahuan korang. aku tak sanggup sebenarnya nak bercerita tentang berita buruk tu lagi. cukupla hampir seminggu aku berduka lara. 


Pada masa tu aku pikir seolah olah dunia aku da berakhir. lemahnya aku. segala duka duka aku telan sendiri. sebenarnya hati teringin sangat berkongsi, tapi aku tak tahu siapa yang benar benar jujur turut berkongsi kesedihan aku. bukanla aku nak bersangka buruk dengan orang di sekeliling aku, tapi tu lumrah.


Hari ni khamis. genap seminggu dari peristiwa buruk tu. tapi sekarang aku rasa kuat. aku tahu Allah sentiasa di sisi aku.






p/s: sedang gigih untuk mencari sesuatu yang baru dalam hidup. ya Allah, permudahkanlah.

Tuesday, January 22, 2013

Terengganu mesti menang.



Assalamualaikum and hai.


Entry aku tulis di kala mata tengah mengadap perlawanan bola sepak antara Pahang ngan Terengganu. yes, aku sokong dua dua. tapi pahang da selalu menang, apa kata kali ni kasik can kat ganu menang plak, tak gitu geng?haha.


Tapi siyesly. aku tak berapa nak semangat sangat. sebab ganu slalu kalah. so aku takmo diri sendiri sedih. so aku tak letak harapan tinggi la untuk ganu menang malam ni. so sekarang mata aku da beralih ke lappy veteran ni. brape banyak so la.


Sebut pasal sukan. aku bukanlah dalam kategori orang yang kuat bersukan. jauh skali nak jadi atlit. kalo diingat balik, dulu masa skolah rendah, sume sukan aku join. stat dari bola jaring, hoki, badminton. tengok gaya boleh kurus kan. tapi......


Yes memang aku join semua sukan tu. tapi yang sedihnya hanya peringkat skolah. tak pernah aku wakil skolah pergi main kat skolah skolah lain macam orang lain. sadis kn? aktif tapi tak berapa berkaliber. huahuahua. tapi kenangan tu beb. ko hado??


Masok skolah menengah aku still fiza yang sama. berat sikit kalo bab sukan. makin berat kalo nak compare ngan masa skolah rendah. memang ade significant different yang besar la. tapi aku aktif tang lain. nasyid, pantun, hafazan. sume aku join. time skolah menengah time kumpul sijil berdozen dozen. paling hebat aku wakil skolah dalam pertandingan pantun. uishh ingat senang ke nak berpantun? kena betol lenggok dia tau. kalo tak takkan boleh jadi pemantun terbaik. haha. gelak bangga.


Aku tak aktif bersukan, tapi aku minat tengok orang main. sokong sampai sakit tekak duk jerit. yes tu la aku. cuma tak pernah sampai stadium je.


Akhir kata. majulah sukan untuk negara. satu murid satu sukan da cukup. jangan satu murid 10sukan. nanti terabai pelajaran adik adik. eceh. nasihat kakak yang comel kepada adik adik sekalian. haha. 




cute la plak logo ni.



p/s: kul 10 time aku tido. so mesti tak dapat tengok abes perlawanan ni. sok kasi tau aku ye resultnya. :D

Sunday, January 20, 2013

Jalan jalan sebab nak makan.


Assalamualaikum and hai. good morning!



Fuh giler r. kul 1 fiza tak tido lagi. memang pelik bin ajaib la.


Tadi makan kenyang sangat sampai nak tido pon takleh. aiya. sakit perut.


Korang pernah makan kat kedai kapitan tak? yes, seriously aku baru tau pasal kapitan ni once aku ade kat penang. ganu takde kot kedai camni. mamak bese bese tu bersepahla.


So tadi kitorang p makan kat kapitan. yes, harga dia quite mahal. datang jarang jarang tu boleh la. kalo tiap hari hancur rabak jugak poket habaq hang. haha


Nak jadikan citer, tadi aku try beriyani chicken milani. da nama pon kapitan, harusla nama pon ala ala mamak . eh bukan itali ke. ntah. and yes, aku memang anti kedai mamak. tapi kapitan ni aku cuba la. yela kawan aku addicted kot ngan kapitan. so nak taknak aku cuba atasi poblem fobia aku tu. 


Tapi sorry to say. kalo makan hari hari tu muntah jugak rasanya. sebab tu aku cakap kalo sekali sekale tu boleh la.


Haa. kalo korang nak tau, kapitan ni yang glamour nye, orang kata dia punya main product ialah beriyani ayam ngan beriyani ayam milani. tu yang main la. kalo korang p tengok menunye, macam macam lagi yang ade. so sape sape yang plan nak datang penang ni, for sure korang kena try makan kat kapitan ni. haa. lagi satu info. lokasi dia ade kat Queensbay, Tanjung ngan Perda. pilih yang mane satu nak ye.


haa. yang ni beriyani ayam. ayam dia serius besar gedabak habaq hang.





ni plak beriyani ayam milani. kuah dia pekat sikit. makan banyak banyak ade sikit muak. aku la. korang aku tak tau. btw gamba aku cilok dari mr. harrizam. sape tah. aku tak kenal. google je td. haha


Lagi satu kalo korang nak makan kat sini. prepare perut kosong ye. jangan datang ngan perut yang full or half. nanti konfem tak abes. so please. nanti jangan cakap aku tak remind awal awal.



So korang. nanti datang penang jangan lupa singgah tau. pastu citer la kat blog korang. pastu tag la nama aku. eh blog boleh tag eh? huahuahua.




p/s: kenyang sampai tersandar wa cakap sama lu.:D





Saturday, January 19, 2013

Sabtu untuk cuti.



Assalamualaikum and hai.


Haa. kan da cakap. aku bakal bergiat aktif dalam dunia blog lagi. cewahh perasan ko jah, jangan bajet retis sangat kot. biarla..ade aku kisah? huahuahua.


Well. bese la hari cuti. sabtu ok. cutiiii. ke korang keje? kepada yang keje tu, sori la no. tapi cek salute tabik spring la kat korang, berkaliber giler. keje leklok no. balik keje rehat leklok. jangan nak marah marah pulak sebab penat. orang kat rumah tak bersalah.hehe


Ok. so berbalik pada niat asal. nak citer pasal hari sabtu. cemane nak isikan hari sabtu? fine. korang yang ade gewe gewe bolehla kuar berdating. mereka mereka yang ade tibi, bolehla duk ngadap tibi sampai petang sampai malam. then orang yang ade transport bolehla kuar round round satu dunia abeskan minyak, abeskan duit, abeskan masa. pastu orang yang loser giler duk atas katil sampai malam, tido. 


And aku? yes, semua point di atas takde kena mengena langsung ngan aku. gewe takde, tibi ade tapi limited channel, transport takde, katil ade tapi kena panjat. so ape yang aku buat nak abeskan hari cuti? yes, online. pandai, 2markah.


First, aku online fesbuk. tengok status status menarik pasal life fesbuker, fenomena listen yang tak abes abes, and latest punya version, fenomena jozan menang maharaja lawak mega. haa lagi satu fenomena bola sepak tanah air. penyokong terengganu yang frust giler giler sebab performance terengganu ngan t-team yang ntah pape. so tu sume update untuk pagi dan petang hari ni. malam lain citer.


Second. aku update blog. yes yes yes. suka sebab boleh citer macam macam. nak citer kat orang takde yang nak dengar, blog la jadik mangsa. tapi aku tak start lagi karang problem life aku ni. ni baru starting orang kata. hehehe


Third, masak megi. aiya. lupa lak nak amek gambo. haa. sekarang ape je buat kena amek gambo. sebabnya nak update dalam blog. hahaha. boleh camtu? mestila boleh.


Hah. google jela.


sikit pon tak same ngan megi aku masak tadi. aku punya lagi menarik.


So, cukup tiga point. kalo dalam karangan PMR rasanya da ok camtu. ade pendahuluan, isi 3point and penutup. ok bereh boh. siap entry kedua untuk hari ni. hahaha.


p/s: sakit perut makan megi. pedas sangat kot. tapi kan, kenapa cili tu pedas ye? anyone?

Rindu blog.



Bismillahirahmanirrahimm..

Assalamualaikum.


Wohoho. lama giler tak menaip di laman blogger ni. lama giler wooo. seingat aku awal awal aku masok keje dulu je eksaited aku update bagai citer dalam dunia keje.pastu bila brodben aku terminate, mimpi jela nak update. ade la aku try update pakai fon, tp payah. kecik.


Pasni nak active balik la blog ni. ecece. rindu nak update tu takyah cakap la. macam macam nak citer. start dari part sedih dalam hidup aku sampai la part hepy senyum senyum kambing. ntah nape kambing. aku pon cikplak ayat orang. dulu ade la jugak terfikir awat dorang guna pakai binatang kambing. ntah, susah nak cakap.


So camne life korang? yela. orang kata jangan bajet sorang sorang camni la. tanya jugak kabar audiens. tak gitu? haha.


Banyak benda nak citer. tapi nanti la. satu satu ye. awal awal kena ade mukaddimah. entry ni konon mukaddimah la. nex entry akan ade la tunjuk muka pasni. insyaAllah.


So apa kata sebagai permulaan layan dulu gamba ni ok. bia tenang sikit hati yang gundah gulana tu. cewahh. haha


Sebenarnya rindu perlis. huhu





Babai korang. c u.


p/s: takleh nak ikot lagi loghat utara. kalo ikotkan da berzaman duk area utara ni. kedah perlis penang semua sudah kujajah. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...