Tuesday, November 13, 2012

Entry lepas hajat



Assalamualaikum dan hai. 


Penatnya duk memberus lantai blog ni. abes berkulat da. kulat da lebih 2meter tingginya ni. huh. berpeluh. nasib baik tak mandi lagi. Rindunya nak berblogging macam dulu. abes satu citer, satu citer aku update. tapi sekarang bukan macam dulu. bodben aku pon da lama terminate. bukak laptop kalo time ade keje penting sangat je. malas giler sejak keje ni. 


Banyak benda sangat aku nak citer dalam ni. sampaikan tak tau nak stat dari mane. oke kita go through satu satu. 


Pasal keje. pejam celik pejam tak celik celik, da 4 bulan aku masok keje. maksudnya da 4 bulan aku tinggalkan alam study aku. rindunya takyah nak cakapla beb. rindu nak buat esaimen, rindu nak tiru lab report. hoho. masa masa. 


Pastu pasal aku sendiri. so far dalam 5 orang yang aku kenal and sebaya ngan aku da selamat diijabkabulkan. alhamdulillah. tumpang bahagia aku untuk dorang. tapi aku nak jugak. sabar sabar. sekarang still dalam money colllection phase. lagipon kalo takde aral, aku nak sebiji kete hasil dari duit aku keje. sebelom aku ade famili sendiri. kete tu bukan kehendak lagi da. satu keperluan penting da sekarang. yes, boleh car pool. tapi orang punya kan, payah jugak. 


Pastu pasal famili. kitorang punya big famili da bertambah lagi sorang. eh bukan aku kawen. akak aku delivered sorang lagi baby comel. ade anak buah baru la aku. adik kepada aisyah putri. tapi kali ni boboy lak. nama diberi ahmad al-fareez bin ahmad arrazi. eceh, name stail stail arab gitu. jeles? tiru la. takpe. 


Last skali pasal hidup. alhamdulillah so far sekarang aku bersyukur dengan apa yang aku ada. atleast aku boleh beli ape pon dengan hasil duit gaji aku sendiri. aku boleh belanja mak ayah, adik adik aku. aku boleh kumpul duit sendiri. and the most important is, aku boleh bagi mak ayah rasa duit hasil aku keje. even bulan bulan takde la sampai seribu aku kasik kat dorang, tapi atleast aku gembira dapat balas balik jasa dorang. even memang tak boleh nak samakan duit ngan susah payah dorang besarkan aku sampai sekarang, tapi aku gembira. 


Wahh. da panjang da. yeayy. haha




Bye bye. see u next entry.:)



p/s: motip gamba? teringat bunga banyak banyak yang dapat masa konvo ari tu. thanks.;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...