Sunday, August 12, 2012

Jam, raya dan bus.


Assalamualaikum and hai.





Tinggal 10 malam terakhir ramadan, rasa macam kejap sangat masa tu jalan. aku tak pasti dia jalan or berlari. sebab terlalu laju. sape eh yang cipta jam? makin canggih makin laju je aku tengok. tak menyempat nyempat je jalan. ishh.


Sekarang ni hidup aku da lain. kalo dulu aku berseronok tunggu hari raya kat umah, siap sempat create kuih raya baru ciptaan sendiri, tapi tahun ni lain macam je. shari sebelom raya bakal sampai umah. sayu tak sayu. mujor bukan hari raya. baju raya sempat beli sepasang je. tu pon pakai duit mak. tak sempat nak beli baju raya pakai duit sendiri tahun ni. terasa terkilan jugak. ingatkan tahun ni raya aku bermakna sikit ngan baju raya hasil dari gaji first aku. tapi nampaknya tak sempat. 


So raya kali ni, aku terpaksa aim orang lagi nak cekau duit raya. aku muda lagi ok. takde gaji lagi. so kiranya boleh duk dalam kategori orang yang berhak terima duit raya lagi. haha.


Raya tahun ni insyaAllah suma ade kat umah. abang, angah n family dia, dee, teh, aku, kak and adek ti. sume cukup termasok mak dan ayah. so ayah and teh adalah mangsa yang aku aim untuk duit raya tahun ni. kehkehkeh. angah takleh aim sangat, sebab kedekut. haha. ops, raya tahun ni skali lagi angah sarat pregnant anak kedua. kalo dua taun lepas putri, kali ni lak insyaAllah boboy lak. semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna, insyaAllah.


Well, tahun ni raya first aku raya bukan lagi sebagai sorang student. bukan lagi calang calang budak kecik. ye aku da besar. da layak cakap soal kawen mawen. da cukup umor sangat da. cuma aku belom bersedia dari pelbagai segi. even dari segi zahir dan jugak batin. takot sebenarnya nak menempuh alam yang baru camtu, sebab tu aku rasa diri ni still tak ready lagi. cakap cakap boleh la, nak lalui tu belom kot.


So raya kali ni aku harap akan jadi raya yang terbest. teringat masa kecik dulu dulu kalo time raya. waaa. kalo tak abes semua umah aku p kat kawasan kampung aku tu, selagi tu aku tak balik. kejenye nak kumpul duit raya je. bila p umah macik macik yang bagi duit raya cket, punya la mengumpat belakang. padahal sebelom tu bukan main salam mintak maaf bagai. haha. kenangan kenangan.


Aku tak sabar nak balik raya. yeay!






p/s: balik jumaat ni naik extra bus. semoga semuanya selamat je. insyaAllah.:)


Episod Bbraun 3: Segan lagi.


Assalamualaikum and hai.




Sejak semalam aku duk klik klik dashboard blogger ni, then kua untrusted connection. hoho. waddee..semalam punya idea nak updet entry da hilang sekali dengan tido aku yang lama pagi ni. tapi still ade rasa nak updet, sebabnya aku sronok tengok great chapter aku betambah. haha. ko ado?


Seingat aku, alkisah semalam tu aku nak update pasal bbraun punya citer. memang tau ade certain certain orang rimas ngan citer ni. tapi ade aku kisah? rimas tak rimas ko da pon baca entry aku weh. sedar la.


Ok. ni alkisah hari pertama aku di bbraun r&d department. nak kata eksaited tu, bole tahan la. tapi takde la 6pagi aku da trtonjol kat depan gate tu. aku sampai around 745 camtu. then kami disambut oleh jesi, r&d admin. then she adjusted kitorang punya pc and meja. aku dapat kunci laci. alhamdulillah, team aku datang tolong set up aku punya pc tu. dorang willing to help, even aku malay. and yes, dalam team aku tu, aku sorang je pempuan malay. ade sorang laki malay, around awal 30an la. ade 2chinese laki, sorang amoi and sorang lagi chinese laki merangkap manager, called as sunny. pergh, mula mula aku dengar name sunny tu kan, pe yang aku pikir, die mesti ceria secerianya. and yes, that is a truth. haha


So, hari first takde ape sangat aku buat. eng hin banyak datang kat meja aku, introduce kat aku product product bbraun. so far so good la. eng hin sorang yang bole bergurau and siyesly quite funny. dia yang paling banyak bercakap ngan aku hari tu. sebab sunny on leave hari tu, so aku tak tau nak buat ape. laki chinese yang duk kat sebelah meja aku tu name dia kooi sim. and yang kelakanye, dia sorang yang agak pemalu, even dia gtau aku name dia, aku tak ingat. haha. terok tol perangai aku kan. then, meja kat belakang aku tu name dia hwa loon, sebelah dia amoi tu name ai mei. eng hin duk sebelah sane, dekat ngan kooi sim. nampak tak gambaran meja meja kami tu? nampak? nampak? haa, tak nampak? pikir sendiri la. malas aku nak explen.


Then kami juga diperkenalkan ngan lotus note application. lotus note ni banyak function jugak la. ade emel, ade buletin board. and i think most of the companies pakai lotus note ni la. senang mudah dan cepat. eceh, pomot lak. hahaa


Kami jugak dibawak jalan jalan keliling department. masok lab, tengok tengok pantry. and paling penting,dorang bawak kami tengok toilet. uish penting toilet tu. kang nak buang mane kalo tak tau tempat? betol tak?


So aktiviti first day and first week kat r&d, kitorang banyak dibawa berjalan sume. kenal kenal ngn employee situ. best la. dorang ramah. banyak cakap. most of them la. tak sume jugak. 


And ape yang paling aku nampak kat bbraun kan, especially r&d department la, most of them are chinese. ramai giler dowh. melayu bape kerat je. motip? ntah aku tak tau.


Panjangnya entry sampai sapu lantai. so bye.





p/s: 2minggu aku kat bbraun, so far so good. alhamduliiah, aku still cuba nak adapt ngan environment sini. and aku rasa, aku almost ke arah tu. insyaAllah.:)




Sunday, August 5, 2012

Boros tu aku.



Assalamualaikum and hai.




Satu sifat buruk aku. i love shopping. huhu. and now aku baru balik dari kompleks bukit jambul. kononnya nak p shopping baju raya, tapi hanya mampu memandang segala macam jenis baju raya yang bermanik manik yang giler shining. sebabnya purse tak cukup tebal.


Actually. aim aku bukanla nak beli baju raya sangat. even keinginan tu memang ade, tapi aku still sedar yang kepingan not not dalam purse takla sebanyak mana. so aku just aim nak carik baju nak pakai pergi kerja. sebabnya banyak baju aku yang tak muat masok bag ari tu. so kesimpulannya tertinggal kat umah. 


Cari dan cari, ok fine baju baju tu harga dia cukup buat aku tak makan for a few days. then carik lagi. kami jumpa sebuah kedai amoi yang harga dia ok ok je. standed harga kat kangar la. so oleh sebab darurat, aku terpaksa spend around rm50 untuk beli 2lai baju kemeja kotak kotak. sesekali terfikir soal duit yang tak berapa nak ada, aku sedih hulurkan duit tu.


Bila aku gtau mypakcik yang aku da beli 2lai baju, da spend rm50, dia marah. huhu. katanya aku ni sorang yang boros. entahla. sesekali aku terasa dengan sikap dia yang selalu tak berapa menyokong keputusan aku. sedih sebab seringkali ape yang aku buat, tak kena di matanya. emm dia slalu cakap aku sorang yang boros. aku admit aku bukanla sorang yang berjimat cermat, tapi aku jugak bukannla sorang yang boros sangat. aku beli baju tu, sebab aku betol betol takde baju yang sesuai untuk pergi kerja.


Dia ingatkan aku agar berjimat cermat. maybe bagi dia aku bukan sorang yang tau manage duit. aku tau ape yang dia cakap tu ade benarnya, cuma mungkin ayat ayat dia buat aku rasa sikit tersinggung. atau aku yang terlalu sensitif? entahla. aku pon tak tau.


Aku sedih type entry ni. nape tiap kali pon keputusan aku dia takkan setuju?huhu.

 




p/s: maybe bakal tak berapa merasa gaji first, sebab nak bayar banyak hutang. huhu

Friday, August 3, 2012

Episod Bbraun 2: First day


Assalamualaikum and hai.



Ye, sekian waktu aku tinggalkan dunia alam maya. tinggal fesbuk tinggal blog. 


1hb August. first day aku menjejakkan kaki ke Bbraun Medical Industries Sdn Bhd kat penang. aku bersyukur disebabkan perkenalan aku dengan syahirah, kami tinggal bersama. and sya pon tak kisah aku tumpang ketenye ke tempat kerja. alhamdulillah ya Allah. Kau permudahkan urusanku.


Aku ngan sya masok pukul9. sebab malam sebelum tu kitorang got a message dari Mr. Rudy who is the program manager gtau yang program stat kul 9. and we got the temporary pass from the guard before entering b5 building.


Aktiviti untuk first day tu agak boring. we have to dengar some taklimat daripada bbraun. firstly kami diperkenalkan dengan asal usul bbraun. kalo tak silap aku, miss trainer is miss teresa. she welcomed us nicely. seronok nampak dia bersungguh cakap yang kami ni bertuah sebab dapat masok bbraun. she congrated us for many many times. hehe. aku pon ikot eksaited.


Sesi hari tu followed by a few other trainers. sume duk citer pasal disiplin sume. and yes, quite sleepy. hehe. so sesi first day tu berakhir dengan baik. sebab aku tak tido. hehe


Yang paling best, hari pertama aku masok bbraun, r&d bbraun department jemput aku ngan sya ke majlis berbuka pose kat evergreen laurel hotel kat penang. sehari sebelom masok keje, kitorang dapat kol dari jessi yang jemput kitorang ke hotel tu.






Kami sampai awal kat sana. masok je hotel tu, kami disambut ceria oleh warga r&d bbraun. believe me. dorang memang ohsem. best sangat. aku ngan sya diperkenalkan sorang demi sorang. segan tu takyah cakap la. tapi buat muka tak malu je. senyum tak lekang. sampai lenguh pipi yang comel ni. haha. pastu amek amek gambar sume. dorang layan kami macam da lama kenal. syokk giler.



Aku amek makanan banyak. tapi sayang, perut tak cukup besar nak isi sume makanan tu. and sya, she got to finish everything. hehe. bagos betol ko sya. aku tak larat nak makan lagi. 


Tu la citer hari pertama aku di bbraun. and nex week, aku bakal diattach ke department r&d. maknakata aku bakal keje sebagai seorang trainee engineer di r&d bbraun. wish me luck.





p/s: kene ingat banyak nama orang kat r&d tu. asyik tertukar je.huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...