Tuesday, July 31, 2012

Episod Bbraun 1: Silap info.


Assalamualaikum dan hai.



Panas betol hari ni. ohh alangkah heavennya kalo bole pekena air batu campur or ais kacang ni. fuh. nikmat melampau kot. ish2. ni salah satu kes tak sedar diri di bulan puasa.

Suasana baru di penang. bersama kawan baru dan rumah baru. sebut pasal rumah ni, ada yang cakap rumah ni best. ibaratnya ikan duyung bole berenang renang libas ekor kat sini. but aku pon still mencari chemistry antara ikan duyung ngan umah ni. ntah. siyes malas nak pikir.


Ceritera penang.





Aku sampai penang 23hb pagi. lebih kurang pukul 515 camtu. syukur sekarang bulan pose, so agak ramai makhluk Allah di stesen bus sungai nibong tu. alhamdulillah. skali lagi, aku tak rasa takot. masa dalam bus, zue message.

" Fiza. zue pegi amek ko pagi sok. nanti kol zue ye. takot tak sedar tido."

3jam pastu aku balas.

" Ok zue. tqvm"

Berpelukan dengan bantal, berbekalkan sebotol air mineral, beg lappy tergalas kat belakang and lagi satu tangan jinjit beg, aku turun dari bus. beg besar aku letak. bantal still dalam pelukan. tiba tiba.


" Hello. can you help me?. you can speak in english?"

" Ohh yes2. can i help you?"

" I want to go to georgetown. but where can i get a boat?"


Aku baru 10minit sampai penang. adehla. mane aku tau. tapi aku teringat peristiwa aku naik feri tu. 


" Maybe you can go to the jetty. not far from here. bout 3km."

" Oh that jetty. yes yes i know. tqvm"

" Haa. ok2"


Bila omputeh tu blah, aku teringat. ade ke jeti ke georgetown? bukan ke butterworth je ke? haa sudah. wrong info sudaa. haha. mane aku tau. sape suh tanya aku. aku gtau ape yang aku tau je.


Lebih kurang 15 ke 20 minit pastu, zue sampai. dengan pacarnya. and skali lagi, atas bantuan dorang, aku sampai ke tempat di mana aku duk sekarang. 


Cerita pasal rumah ni. banyak sangat benda nak citer. tapi nanti sambung lain. macam da tersimpang jauh je entry ni. lagi pon da seret lantai da.






p/s: yeah. turun lagi 2kilo. haha

Monday, July 30, 2012

Episod baru

Assalamualaikum and hai.



Ok fine. berabad tak apdet. blog still cantik and tak bersawang. kahkahkah. lebiu lah.


My first day at new home for a new beginning. 


Bismilahirrahmanirrahim.


Semoga semuanya berjalan dengan baik. insyaAllah.


Setiap ketentuan Allah tu adalah yang terbaik untuk hambaNya. hanya Dia Maha Mengetahui apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik semua ni.








p/s: aku ditinggalkan sendiri..hohoho

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday #7


Duit dan toyol



Assalamualaikum and hai.



Woooh. sejok dowh malam ni. hujan kat luar xberenti dari tadi. jauhla pulak nak tutup suis kipas. malas nak bangun. haa. jari da biru.


Sape caya hantu? malam ni bukan malam jumaat, tu yang berani cket tu. haha. aku? ntah la. tak berani nak cakap. ade cket rasa caya, ade cket rasa tak. so so jela.


Dua tiga hari ni, banyak duit hilang kat umah aku. ritu duit mak 200, pastu ayah 50, then aku nyer 10, ni mak pulak 100. ntah malaun mane punya kije  .


Wujud ke toyol eh? aku pon tak tau nak caya tak. nak cakap ade sape sape dalam umah ni terambil, masalahnya berapa orang je yang ade. aku mak ayah. abang aku lak jarang lekat kat umah. ntah la.









p/s: (200+50+10+100=360) RM. mane free free je nak dapat?

Tuesday, July 17, 2012

Pengakhirannya.



Assalamualaikum and hai.



Menulis blog adalah hobi aku. so sukahati beta la nak update jarang jarang or banyak banyak skali gus pon. jangan kau kesah k.haha.


Sedang borak borak ngan adek aku yang baru balik dari shah alam, mata aku duk cari sape lagi yang online tengah tengah malam ni. syok jugak kaco nih. tiba tiba aku tertengok. eh encik shaiful online. sape encik shaiful? beliau ni co supervisor fyp aku. alaa. aku ade citer la beb. p check balik entry bersawang aku yang lame lame eh. ade la jumpa nanti tu.


Dengan ramah aku tegor. 

" Salam encik. encik tq banyak banyak ye. saya dapat A fyp saya."


Beliau reply.

" Oo ok ok. amnah ngan izhar cemane?"


Amnah ngan izhar tu rakan seperjuangan aku dalam fyp ni. kitorang slalu wat same same la. tajok fyp kitorang lebih kurang je. so basic sama, yang lain cuma material jela.


" Amnah saya tak tau. izhar dapat  ...*."


" Btw, Prof Azmi pon cakap your tesis ok."



Tu je nak gtau sebenarnya. prof Azmi puas hati ngan tesis aku. syukur alhamdulillah. thanks prof. thanks encik. sumenye berkat tunjuk ajar kalian jugak.


Aku happy. tak sia sia aku banyak menghabiskan kudrat dan airmata untuk fyp ni. segala penat lelah aku berbaloi akhirnya. gembiranya.











p/s: takleh tido da aku malam ni.

Monday, July 16, 2012

Syukur alhamdulillah.



Assalamualaikum and hai.





Banyak nak citer. tapi kalo nak buat banyak banyak entry macam malas lak. so aku citer cket cket la ye.


Firstly. hari ni unoficially dengan senang hatinya aku umumkan aku akan grad bulan september nanti. haha. nak cakapnye sebelom ni hati gundah gulana duk pikir result final sem ni. tapi hari ni, setelah mengecheck result tadi, alhamdulillah aku lulus dengan jayanya.


Jayanya tu doesnot mean aku dapat dekan. huhu. jauh lagi. cumanya result yang aku dapat ni adalah antara result terbaik yang pernah aku dapat sepanjang aku study kat unimap ni. senang citer, result 1st sem and last sem adalah yang terbaik. syukur alhamdulillah. aku bangga menjadi salah sorang student engineering. weh. hg ingat senang ka blaja engineering? 


So. untuk kata kata terakhir aku sebagai student, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada lecturer lecturer, plv, rakan rakan dan sahabat sahabat seperjuangan dan keluarga. tak lupa juga penghargaan ini untuk supervisor fyp aku, Prof Azmi and co supervisor, Encik shaifulrizam sebab banyak tolong aku yang serba tak tahu ni sepanjang perjalanan fyp aku selama 2sem. juga kepada panel panel, encik arip and puan salmi yang banyak membantu terutama dalam pembahagian markah, thanx so much.


Menjadi sorang student engineering di unimap adalah satu pengalaman yang citer yang cukup indah bagi aku. cukup perasanya. masam manis pahit tawar masin kelat. segalanya aku tanamkan dalam hati dan sanubari ni dan menjadi sebahagian dari hidup aku. 4 tahun ni memang satu tempoh masa yang amat panjang dan cukup untuk mendewasakan diri ini.


Ok. abes citer part 1. terasa macam da panjang da tu. second citer mood dia lain sikit. so lain kali la plak citer. takleh campur campur mood ni.







p/s: alhamdulillah. result sem ni da naikkan cket cgpa aku.:D

Sunday, July 8, 2012

Keje tu susah.


Assalamualaikum and hai.




Emm. semuanya peningkan kepala. stress je.


Dapat keje pon susah, tak dapat pon susah.


Tempat tinggal, transport. ni sume kejenye duk menyerabutkan pale. 


Tak baik mengeluh. tapi. aishhh. 


Ya Allah. permudahkan lah urusanku ya Allah.






p/s: aku tak tahu la nak buat ape sekarang. stress sesangat.

Wednesday, July 4, 2012

Masterchef lagi.


Assalamualaikum and hai.



Helo, takmo la sedey sedey. hehe. tiba tiba mood hepy datang balik. so ni entry mesti mau bikin aku ketawa sorang sorang. kahkahkah. tengok, belom pape da nak terkeluar anak tekak. aishh fiza fiza.


Sape layan masterchef selebriti? eh eh takyahla sampai nak angkat tangan, tu bulu ketiak nampak tu. haa. so sape yang layan mesti tau kan yang azwan ali da tersingkir minggu ni. nasibla.


Emm. bagi certain orang, mesti happy giler giler bila azwan keluar. example terdekat mak aku. cket lagi dia nak sujud syukur tadi. klakar lak aku tengok mak aku. giler tak minat dia kat azwan tu. tapi bukannya ape, dia tak suka kemulutbecokan azwan tu je. pastu ngan gaya pakaian dia yang pelik pelik tu. bulu segala macam bagai tu. mak aku cakap pelik sangat. 


Tapi ade jugak yang sedey bila azwan ali terkeluar. yela, gege dia pon ade yang suke tau. dia tu kira macam penyeri dalam masterchef tu. minggu lepas kalo tak silap aku, dia bagi nama kat masakan dia. adeh aku pon tergelak dengar nama masakan dia yang pelik pelik tu. sekali terfikir, hebat jugak idea dia bagi nama advance gitu. haha. lawak lawak. 


Tapi nak buat cemane da kan. da nasib badan. adat bertanding orang kata. lagipon peserta konsisten macam dr.fazley tu takkan la terkeluar kot. peserta feberet juri tu. asyik menang je dia. aku rasa tak mustahil dia jadik masterchef selebriti musim pertama ni. kan? stuju ngan aku tak?







Pape pon, kita tunggu episod last nanti. hehe. tapi naluri aku tetap konfiden yang dr. fazley yang akan menang. aku minat jugak dia ni. tengok dia punya leader skill tu ade style la. tak macam teettttt. bukan leader pon berlagak leader. sape? haha. teka teka.



Tak sabar tunggu esoknye episod. tengok tadi dia cakap sape menang episod sok terus boleh p final. mesti dr. fazley lagi kan. ;p







p/s: untung dapat suami pandai masak kan. emm.;p

Tuesday, July 3, 2012

Di suatu ketika


Assalamualaikum and hai.






Hujan renyai renyai kat luar.


Aku masok bilik baring atas katil. on lappy, tengok henfon.


No new message, no new call. ok.


Airmata mengalir lagi. same laju ngan hujan di luar.


Aku rindu. rindu sangat.






p/s: bengkak lagi mata aku esok. emm.

Offer letter Master



Assalamualaikum and hai.



Emm petang yang panas ni selalu buat aku rimas and rasa hangen satu badan. angin kat luar takde sangat pon. ni angin panas dalam badan yang da sampai highest level ni. aish.


Petang ni tak tolong pon mak buat kuih. eh da tolong cket la tadi. cuma da tinggal cket tu, mak cakap takpela biar mak buat. baiknye mak.


Ehh. menyimpang pulak. nak citer mende lain tadi. duk ralik usha usha fesbuk, tiba tiba ade satu post dari membe unimap. pasal conditional offer letter for master program. nak kata inesennya aku, aku ingatkan offer letter ni untuk student yang apply je. pastu aku baca komen dia, katanya sume student yang layak, unimap offer. boleh balik cek kat potal. aku pon bukak la jugak. haa terbukti.



 
macam bese la. kalo tak nampak klik je eh.






Memang aku ngaku, jauh di sudut hati, aku teringin sangat sambung master program. tapi aku tau sekarang bukan masanya. insyaAllah nanti bila ade rezeki lebih, aku nak jugak sambung master ni. orang cakap kuat cket kalo ade master. kuat kat sini maksud aku ade value la. ish jangan pikir bukan bukan boleh tak? haha. al maklumla zaman sekarang orang yang ade degree tu bersepah. melimpah ruah. persaingan tinggi beb.


Kalo tengok kat situ, ade 4options. most of da options tu aku tengok banyak engineering math, cume lain mode je. dulu ade jugak teringin nak sambung master eng.math ni, tapi ade cakap rugila. da degree sekarang ni pon kire ade market da, tiba tiba amek math lak. sayang la. 
 

Abes da citer. ok pikir tajok lak. post title adalah part terakhir yang biasanya aku tulis. haha. k bye.






p/s: bosannya jadik anak 'tunggal' ni. camne la korang yang betol betol anak tunggal tu ye? *thinking*












BGP


Assalamualaikum and hai.



Entry kedua di malam ni. ni namenye orang yang takde keje. haha. ishh. tapi kan. blog ni keje gak ape. ade je orang dapat gaji hasil tulis blog. aku je tak.



Kalo entry lepas iaitu entry yang panas lagi, yang aku baru publish beberapa minit lepas, dalam entry tu aku ade cakap sumthing kan. sebenarnya aku nak citer pasal ni ha.



nampak tak? boleh klik kot kalo tak nampak. besar cket kot. hehe taktau.




B Braun Graduate Program. alhamdulillah aku terpilih. ingat tak tebiu ngan bbraun yang aku citer dulu. yang ni la. tapi still tengah tunggu offerletter. insyaAllah nanti dapat aku citer lebih lebih cket ek.








p/s: nak pose ngan mak tahun ni. tapi macam tak dapat je. huhu

Monday, July 2, 2012

Karipap dan masterchef


Assalamualaikum dan hai.



Setelah lebih kurang 2minggu aku sampai kat negeri ganu tercinta ni, ni baru aku reti nak update. hehe. bukan ape, eksaited kemain bile da duk umah ni. terasa macam anak tunggal and sangatla dimanjakan. ohh alangkah indahnya hidup. haha


Malam ni, macam biasa la, mak ayah tido awal. mestila sebab nak bangun awal sok pagi. aku? lewat tido lewatla bangun. awal tido lewat jugakla bangun. ok setel, pakcik rahman reject jadik menantu nanti, mau? takmo takmo. 


2minggu bermaharajalela aspalela kat umah, giler heaven. bukan nak kata aku dilayan macam anak raja, cumanya aku kan da dengan rasminya merehatkan otak dari pikir pasal ilmu ilmu engineering. tapi aku rasa jap je rehatnya ni, sebabnyaa. jeng jeng jeng. lain entry aku citer.


Sepanjang kat rumah, aku belaja buat kuih ngan mak. kuih ape? karipap je. haa. sebut pasal karipap, semalam semalam aku tengok masterchef selebriti, cabaran dorang buat karipap. mulanya aku tergelak, adehla kuih karipap pon boleh jadik cabaran, macam tak tercabar je chef chef tu. tapi aku silap beb, karipap pusing memusing kot. ko ingat senang? siyes aku kagum tengok dr fazley buat. cun kot. da kalah da aku.






Selain buat karipap, 2minggu ni aku banyak abeskan masa menonton telebisyen. bak kata aku sendiri, qada' balik citer citer yang banyak terlepas. lagipon astro kan, maklum jela. citer yang 4bulan lepas pon dia duk main lagi. macam besela.ops. laser giler mulot ko. 


Sebenarnya pembuatan karipap tu bukan saje saje. mak anta jual kat kedai. mak sekarang da tak keje kat kilang tu da. mak sakit kaki. katanya daripada duk umah tak buat pape, jual kuih ni pon ade hasilnya. aku kesian kat mak. kalo boleh aku nak keje cepat cepat. and kalo bleh aku nak pakai duit sendiri nak bawak mak ayah datang konvo aku nanti. emm. insyaAllah.




Wah. entry da jejak tanah. sambung lain kali lak.





p/s: berdebar la. why meh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...