Sunday, June 24, 2012

Purple


Assalamualaikum and hai.



Hey guys. what can you say about this? :)






 







p/s: ngantuk. nampak katil je.huhu

Saturday, June 23, 2012

Rindu lagi.




Assalamualaikum dan hai.




gamba aku google je ni. takde kene mengene k.





Entry kali ni ade cket unsur unsur orang gatal nak menikah. haa aku la tu. amboi, gatal no. tau kat mak ayah aku ni, naya kene cincang halus halus. so kalo ade yang takot terkeluar kepsi yang baru makan tadi tu, aku persilakan dengan baik, jemput jemput tekan butang pangkah tu. tak tak aku tak marah.:)


Kalo ikot tarikh, citer ni da expired da. tapi takpe, kalo ikot hukum aku, rasanya elok lagi. tak basi lagi.


Sehari pas abes final paper, or dalam kata lainnya setelah aku da unofficially finished my degree, aku habeskan seharian masa bersama yang tersayang. woh rindu weh. lame kot tak jumpa. well kami ni PJJ orang kata, percintaan jarak jauh. so bile time ketemu tu, eksaited tu takyah cakapla. hehe. siyes terasa gatal dan merenyam time tulis entry ni. senyum kememek. haha


Dia segak pakai kemeja kotak kotak hitam merah. macho sangat kat mata aku. dengan rambut dia tu. wah i like. haha.


Tapi takde aktiviti menarik sangat yang kami buat. cuma bagi aku, sehari duk bersama ngan dia, macam sejam je. ye memang penat, tapi hati berbunga takpe kan? hehe


Satu yang buat aku rasa tersentuh bila aku bersama dia, bila jalan dia akan betol betol jaga aku. tambah tambah bila nak naik eskalator tu. the truth is aku sememangnya lebih lebih rendah dari dia. tiap kali naik eskalator, aku biar dia naik dulu. then kami pasti duk selang satu anak tangga eskalator tu. disebabkan dia taknak dia nampak lagi tinggi, dia turun 1 or 2 anak tangga eskalator tu, semata mata nak same ngan aku. kat situ aku nampak macam dia sorang yang tak mintak aku tinggi2kan dia. 



Satu lagi. aku sorang yang tamak. adeh, terkutuk diri sendiri. tapi memang pon. tiap kali dating, selalunya kami g mekdi. al mklum le kangar takde mekdi. so paham paham la ye. haa. bab oder makanan memang serah kat aku. tapi bab makan, aku tak bape hebat walaupon badan semangat. haha. and tiap kali pon, dia la terpaksa menghabeskan segala galanya itu. dan aku setia ngan mcflurry aku tanpa berkongsi. jahat tak? haha. bila ingat balik, cian dia. jahatnya aku. huhu


Cukup cukup. amboi mentang mentang pakwe dia. puji abes abes. kan?



Sayang. rindu giler ni. haha. galops.



Ye ye, nak berenti la ni. aishh. jeles la tu.






p/s: tak sabar nak balik ganu. yeay.

Friday, June 22, 2012

Masanya tiba.



Assalamualaikum dan hai.



pic edit saje saje. glemer mu su. haha


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga aku menamatkan pengajian ijazah ku di universiti. ok tu ayat acknowledgement thesis aku versi bm.


Alhamdulillah sekali lagi. tanggal 20 june 2012 aku setelkan final paper aku untuk final exam untuk final semester. amacam paper? ouwh usah ditanya. haru jadinya bila sume yang dihafal bercampur gaul bagaikan kerabu mangga. emm lapo le plak.


So insyaAllah diharapkan paper sem ni takde yang sangkut sangkut. aku nak grad. 


Isnin balik ganu. nape lewat? ofcos la. manyak ploglem maa. harusla. kata pas ni taknak datang perlis da. round round dulu.



Jumpa lagi nanti. entry di kala menunggu waktu magrib. perot lapo. pale sakit hati sakit. opss. hehe. sampai ketemu lagi ya.:)







p/s: ade bbQ malam ni. jom.;p


Tuesday, June 19, 2012

Last payper



Last payper.


Last payper.


Last payper.


Wire bonding, packages, heat flux, power, reliability, ceramic, flip chip, failure, delamination.

Ok setel. sume da bercampur. waaaa.


Wish me luck for this final paper for final exam for final semester.



Advanced Electronic Packaging.





mood: gabraa lagi. =.= 







p/s: almost finish my DEGREE. :)

Monday, June 18, 2012

Second last



Assalamualaikum and hai.


Wish me luck for the second last paper today.


Composites Materials.





mood: gabraa =.=



p/s: banyaknye kene ingat. huhu. insyaAllah boleh.:)

Sunday, June 3, 2012

Viva oh viva.



Assalamualaikum dan hai.



 


Ishh, tak abes abes duk neves. bukan 1st time present pon kan. adehla camne nak kurangkan neves ni ye?huu


Doakan aku weh. sok viva FYP ni. semoga tak la kene hentam terok terok. doakan sumenye berjalan dengan baik. and bak kata supervisor kesayangan, Prof Azmi.


" Kalo awak tahu pe yang awak buat, awak paham pe objectives sebenar awak buat project ni, examiner tu takkan dapat bako awak. awak rilek je. yang penting jangan terlalu neves. yakin dengan diri sendiri. yakin dengan project yang awak buat. insyaAllah boleh."



Mula mula dengar prof cakap ni, sebak pon ade. rasa macam sorang ayah duk nasihatkan anaknya. huhu. thank you prof. walaupon prof selalu taknak check thesis saya, report saya, tapi prof banyak naikkan semangat saya. kadang bile borak ngan prof, saya jadi tenang. nasihat nasihat prof banyak buat saya yakin dengan diri saya. terima kasih prof sebab sudi amek saya jadi student bawah supervision prof. doakan saya sukses kat dunia luar dan doakan saya tabah hadapi alam baru pekerjaan nanti.


And for tomoro, doakan saya ye prof. saya tak sempat nak jumpa prof untuk buat mock presentation and tunjuk slide ni kat prof. tapi saya ingat semua nasihat prof. 


Untuk en. shaiful, terima kasih atas segala bantuan encik kat saya sepanjang dua sem nak siapkan final year project ni. maafkan saya kalo saya banyak susahkan encik ngan kepayahfahaman saya. saya budak baru blaja. hehe. terima kasih sangat encik, sebab hingga akhir untuk viva ni pon, encik sudi tolong betolkan slide saya. saya tak tau nak cakap camne lagi. terima kasih banyak banyak encik.


Tak lupa untuk para examiners aku, En Arip and Puan Salmie, semoga examiners ni akan lembut hati sok. bagi aku markah yang banyak banyak. takkan tanya soalan yang terlalu menghentam aku. semoga dorang puas hati ngan presentation aku esok. aminn..


Lastly, aku nak ucap terima kasih kat sume atas korangnye contributions sepanjang aku jalankan fyp aku ni. even dari segi zahir dan batin. bagi yang banyak bagi aku sokongan dan dorongan, jasa kalian takkan aku lupa sampai bila bila. paling penting, untuk blog ni, tempat aku luah sume kekalutan aku sepanjang nak siapkan fyp ni, terima kasih blog. untuk yang tersayang, terima kasih kerana sentiasa bersama saya susah dan senang.









p/s: Eh, ni da macam acknowledgement dalam thesis aku je. kahkahkah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...