Sunday, May 27, 2012

Interview.


Assalamualaikum dan hai.



Huh, hari nak hujan. gelap semacam. dalam rumah ni pon da lagak gaya macam lektrik kena potong sebab bil tak bayar ke. ops, tu bukan tanggungjawab kami, iaitu student yang pintar ini. so, dengan langkah laju gaya petra nabila, aku keluar rumah carik baju kat ampaian. aku intai langit, gelap giler. sah sah memang akan hujan japg. langkah aku makin besar. rajin plak aku basuh baju banyak banyak hari ni. banyak pulak nak kena angkat ni. tapi takpe, aku rajin kan? yes, da boleh kawen.


Dari jauh, mai panggil. mai kat sini refer to nama orang ok. bukan mai mai habaq mai tu. bukan jugak pi mai pi mai tang tu tu ye. ok continue. mai panggil aku.


" fiza fiza. apply tak guppy tu?". guppy adalah satu name kompeni kat penang. yes, nama ikan. and dorang punya logo pon logo ikan kay. comel.



Dengan cepatnya kepala otak aku pikap, mai mesti cakap pasal intebiu tu. yes im rite. 







So, tak tunggu lama. aku paling tengok mai, aku jawab. " oh tak tau lagi la mai." . dalam pale aku pikir. inteview guppy tu sok pas tengahari. sok plak aku ade presentation. ha setel. baru ingat nak pakai bese bese je presentation sok. well, mini pojek je pon. tak perlu kot baju kemeja suar slack and kasut kilat bagai.


Masa yang sama aku terpikir. nape mai tanya aku? adakah sebab aku jenis yang suke p inteview, tapi tak dapat pon. kahkahkah. jahat korang gelak kan. takpe takpe, pikir positive. 


Sekarang ni ade 2peluang inteview. satu guppy and lagi satu kompeni oil n gas kat arab saudi. mulanya aku pikir, mak ayah aku konfem konfem tak bagi kalo dorang tau aku apply nak p kompeni kat arab tu. tapi tadi aku kol mypakcik. positif answer aku trima. 


Dia cakap. " pergi la. try je. takpe, dapat ke tak tu bukan main point die. peluang tu. grab the chance. mane tau dapat."


Aku balas balik. " tapi mak ayah mesti tak bagi pergi. takkan lepas punya la. nak nak kalo p sorang sorang camtu"


Dia balas." takpe. kalo dapat, kita kawen awal. nanti bolehla saya teman awk p sana."



Wahh. tak sangka aku dia nak cakap camtu. hoho. hati aku sekarang macam ade tumbuh pokok bunga baru. ape maksudnye di sebalik kewujudan pokok bunga tu. adakah aku hepy sebab aku ade chance nak dapat keje kat arab saudi tu? ataupon adakah aku hepi sebab ayat KAWEN AWAL  tu? haha. galops!




Agak dilema. nak mintak guppy tak? nak mintak oil n gas tu tak? or nak mintak dua2? or takyah mintak dua2?






p/s: emm. hanimun kat arab saudi. not bad.;p


Saturday, May 26, 2012

Iman bukan warisan.


Assalamualaikum dan hai.



Mood datang balik. hehe

Entry kedua di petang sabtu ni. plis jangan tanya nape aku macam takde keje sangat. p belek entry aku yang ni. tau la nape. plis kay, jangan spoilkan mood aku. haa. tau takot.


Al maklumla. idea terlalu banyak nak mencurah, tapi masa ngan thesis bataskan frekuensi aku. taknak hilang idea punye pasal, aku siap tulis lagi idea idea ni kat notebuk. tunggu masa je nak conteng kat sini. haa, sekarang da masa duk depan muka, ape lagi. hangus aku goreng ni ha. 


So sape sape yang takde hati nak baca entry aku, tapi da terfolo, hehe maapkan saya ye. mennyerabutkan dashboard anda.



motip gamba=0. hehe




Amboih, ko nye intro. da cukup nak buat satu entry. kata makcik limah balik rumah kepada aku. dan aku tak menjawab, sebab aku hormat makcik limah balik rumah.



Bila aku tengok kat sekliling aku. baru aku paham maksud satu lagu nasyid tu. kalo korang ingat, ade satu lagu nasyid, aku lupa da tajok dia. lirik die camni.


"iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa "



Aku perasan mende ni baru je. suspek ni biar aku bagi nama dia K la ek.(bukan nama sebenar).so setakat yang aku tau, ayah K ni imam. da kata imam, sah sah la slalu ulang alik masjid. takpon semayang mesti jemaah. bacaan surah dalam solat pon panjang panjang. setakat yang aku dengar citer, kalo dalam famili dia pon, 5 waktu semayang tu pon mesti jemaah satu famili. alhamdulillah, aku kagum sebenarnya.


Cume aku pelik. aku tengok K ni bese je. tak macam yang die citer masa dia kat umah. semayang pon takla awal waktu sangat. pakaian pon macam bese je. tapi takdela sampai melekat pakaian kat tubuh, takla sampai camtu. i mean tak macam anak imam la.


So. ayat dalam lagu tu memang betol sangat. benda ni aku tengok depan mata. proved. aku takla kata aku bagus sangat nak citer pasal iman iman ni. aku pon biasa je. setakat semayang dan ngaji Quran tu, aku cuba sedaya mampu aku. 


Aku copy ayat dari i luv islam.



Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. iman juga tak dapat dijual beli. jika diniagakan, rugilah kepada yang kurang upaya. Justeru, Maha Pengasih serta Maha Adilnya Allah adalah dengan meletakkan syarat bahawa Iman itu sesiapa boleh dapat. Tidak mengenal bangsa, kulit, kaya, miskin, rupa dan sebagainya. Namun jika sudah memperoleh, jangan pula dipersia!



Sekian tazkirah hari ini. jumpa lagi. teguh iman teguh akhlak.:)





p/s: aku bersyukur aku Islam. insyaAllah bukan hanya pada nama.

Done! yeay.


Assalamualaikum and hai.




Lame rasanya aku menyepikan diri dari dunia penulisan di alam maya ni. yela, seminggu ni aku duk bergelumus ngan penulisan dunia nyata je. i have to choose microsoft word rather than blog. terpksa weh, tepaksa.


Seminggu aku rasa hidup aku tak berapa nak terurus. makan pakai suami ngan anak pon tak sempat nak terjaga. eh. termengarut. tersasul terr.


Kalo orang lain da masok fasa lain, aku sminggu ni still duk fasa ni. paling ketara tido aku tak macam biasa. kul4,5 pagi tu macam kul12 malam. baru nak masok tido. and yes, aku biasa masok tido kul 12. lewat sikit 12.15. orang kata tak remaja la tido awl. tapi kalo korang nak tau, tido awal ni buat korang kekal remaja. so yang mane nak, nak yang kejap ke nak yang kekal lama? cewahh. haha.



And alhamdulillah, atas segala titik peluh hangit satu badan, segalanya selesai tanggal jam 6.15 petang semalam. alhamdulillah syukur. even sepatotnya jam tu perlu lagi awal, tapi nak buat camne kan. huhu


Banyak challenges aku terpaksa tanggung untuk siapkan thesis aku tu. ko bayangkanlah weh, tuka tajok saat akhir, then da la project tu about a new idea, maknekata sah sah memang takde journal pasal tu, pastu poblem dalaman ngan kawan kawan, salah paham, and yang paling buat aku rasa down, tiba tiba mikosof word aku poblem. weh, 99.9 persen thesis aku depends kat word tu. then word tu buat haprak, ko rsa camne? kalo ikot naluri keibuan aku ni, nak je aku baling leptop ni sampai baling. huhu. plis jangan tanya nape sampai baling.


Tapi alhamdulillah, segalanya aku dapat tanggung. paling lega lepas aku mengadu padaNYA. sesungguhnya segala dugaan tu membuktikan Allah amat menyayangi hambaNYA. aku redha dan bersyukur kerana aku hambaNYA yang terpilih untuk tanggung segala dugaan tu.alhamdulillah.


So, as the penghantaran thesis tu setel olredi, amboi ko nye bi, and now time to qada tido. haha. fuh, nikmat betol memanjakan diri dengan tido yang langsung tak terganggu. heaven tol. 



Dats all for now. banyak benda aku nak stori mori. tapi mood macam kelaut lak. sambung lain mase deh. byebye.




putri yang comel. lamanya tak tengok putri.











p/s: lupa nak amek gamba bukti aku da anta thesis semalam tu. 3copy binding ring kot. adeh, jeng sungguh la.



Monday, May 21, 2012

Cerewet dan perfect.


Assalamualaikum dan hai.



Entry di kala kemalasan tahap dewa. helo der. aku paham aku nyer frekuensi mengupdate tu da terlebih limit, macam la da siap thesis kan. orang yang da siap pon takde lebih lebih enjoy macam aku ni. ah lantakla. aku suke.


Dont know why, semenjak dua menjak ni, aku rasa gloomy je. ade je mende tak kena. hal kecik pon terasa nak melenting lebih lebih. sian mypakcik aku. asyik kena marah je. mujur la dia sabau, kalo tak maunye perang dunia meletus lagi.


Ade yang cakap aku ni cerewet. or dalam kata lain, aku terlebih details sangat. everything yang aku buat, aku nak mende tu complete secompletenye. helo, macam ko makan la, kalo sikit tak cukup, nak tambah lagi nak bagi complete isi perut tu kn? eleh macam tak bese. 


Rindu mak. kalo kat umah, mak la yang jadik mangsa kena dengar citer citer aku. even citernye sikit sangat sebenarnya, aku mesti cuba citer dari awl camne mende tu jadi. even kalo aku nak citer pasal satu satu muvi tu pon, kalo kata 2jam muvi tu, lebih kurang 2jam jugak la aku citer. hebat kan daya ingatan aku? bab bab muvi ni aku tak penah hilang ingatan. kalo bab bace note je lemah cket.



Lagi satu, dia kata aku suke mengulang. citer mende yang sama sampai 2 3 kali. haa. yang ni aku pon rasa pelik. nak nak kalo benda tu siyes. tapi aku just nak tekankan je. tu yang jadi duk citer sampai lebih skali tu.



tengok. putri pon macam konfius jugak.


Aku konfius. ni kelebihan or kekurangan aku? 







p/s: baru baru ni buat personality test, aku dapat PERFECT mark. oh patotla.

Saturday, May 19, 2012

Lab, lappy and lost



Assalamualaikum dan hai.




Sebenarnya ade citer nak citer. tapi sebab sekarang ni aku duk online pakai lappy orang lain, so aku hold dulu la citer tu. klip pon suh update pasal tu, tapi aku tgu ko updet dulu la klip, boleh? hehe



Currently at research lab kat taman muhibah, temankan fypmate buat sentuhan terakhir untuk fyp. aku? aku da siap. plis jangan tanya nape aku rajin sangat temankan die. aku malas nak jujur sangat kat sini. cukupla aku gtau yang aku da lambat bersiap pagi tadi. get the point? gud.







Thank God she brings dis lappy. nak harapkan aku bawak lappy aku, memang tak la. berat nak mempppp. lagipon lappy aku tu mane penah beranjak dari meja tu, kecuali kalo time balik kampung. malas kan aku? huhu. ye ye, aku tau.



Klip tanya aku gado ngan sape. untuk yang lain, referla entry entry aku sebelom ni kalo hang tak tau kisah. bese la, sape suh tak bace blog aku? haha. *gelak jahat.










p/s: thesis tertangguh lagi, untuk keberapa kalinya pon aku tak tau. malas kire. adeh..malas lagi.


wahhh. klip da updet la pasal tu! hohoho

Tuesday, May 15, 2012

The worst.



Assalamualaikum dan hai.




Today is the worst day bagi aku. untuk kesekian kalinya, air mata ni turun lagi.


15 May 2012. aku ingat sampai bila bila.




To u who never know.


Selama ni aku respek ko. aku rasa memang ko salah sorang yang aku kagum dalam class kita. tapi pas ape yang jadik hari ni, aku tak tau pe yang patot aku pikir.



Kepada ko. ko kena sedar. bukan selalu ko kat atas. even ko adalah feveret student dalam class tu, dont ever think that you are the best in everything. jangan pandang orang lain terlalu rendah. 



Ya Allah. aku redha ya Allah kalo ni adalah dugaanMu untuk hambaMu ni. tapi kenapa sampai camni skali dugaan yang aku kena terima? T_T. ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk hadapi hari hari mendatang ni.




Please. give me strength. T_T








p/s: pergilah air mata.=.=




Monday, May 14, 2012

Mydear Friend


Assalamualaikum dan hai.




Sebelom pape, please set as a reminder yang entry ni ade cket bernada sayu, sebak dan sama waktu dengannya. amek ni tisu sekotak. hehe



Walaupon aku tau mydear fren ni tak penah nak bukak blog picisan dan tak bajet aku ni, tapi ikhlas entry ni aku tujukan khas buat dia. 



Semester terakhir di uni ni, rasanya terlalu banyak tali yang tersimpul dan susah sama skali aku nak leraikan. entah la, kat mana silap aku, aku rasa tiba tiba ada ruang yang memisahkan antara kami. bayangkan, hampir 4tahun kami kenal. tak aku nafikan di awal perkenalan dulu, aku dan kawan takde la serapat mana. yes, even satu kelas.



2semester terakhir, kami semakin kenal dan semakin rapat. sume tau yang kami suke gelak. selalu gelak. even mende hal kecik je pon, dan benda tu macam da bese.



Tapi akhir akhir ni, sumenye seolah berubah. entah la kat mana yang silap, kami tak lagi bertegur. apatah lagi nak bergelak sakan macam dulu.





Dear kawan.

  • kalo aku ade buat salah kat hang, aku harap hang tegurla salah silap aku. mungkin aku tak perasan aku ade sakitkan hati hang. 
  • kalo hang ade ape ape yang hang tak puas hati ngan aku, please be honest. insyaAllah kita setelkan sama sama. tak best la macam ni. kita kawan da lama. rindu nak gelak gelak ngan hang macam dulu.
  • kalo aku ade buat hang marah, and aku tak sedar, jujurla ngan aku. hampir 2minggu macam ni, mungkin hang tak rasa pape, tapi aku tak sedap. 
  • lastly, kalo hang taknak lagi berkawan ngan aku, cukup la kalo hang hipokrit untuk kurang 2bulan yang kita ade sama sama ni. insyaAllah pasni hang takkan jumpa aku lagi. cuma kalo ditakdirkan jodoh hang sampai dulu, aku harap hang still sudi jemput aku. 




Akhir kata. aku nak pohon ampun maaf kalo aku ade buat salah silap besar ngan hang. aku sayang hang. siyes weh.








p.s: kalo la hang baca entry ni. kalo la..

Sedikit sebanyak.


Assalamualaikum dan hai.




Isnin da hari ni. jap je masa berlalu. tadi baca kat status kawan aku kat fesbuk, dia ingat ari ni ari ahad. emm, aku paham aku paham. ni la bahananya thesis. nak siapkan thesis punya pasal, sampai tak ingat hari. hoho



First skali, aku nak mention awal awal. entry ni aku takde niat nak tujukan kat sape sape. bak kata kak ungu, sape makan cheese, dia jadi gemok. haha. bleh tahan jugak harunya peribahasa ni. kalah karam sing wadia. eh walia.



Caya ke tak, aku mula kenal IT ni time aku kat matrik. kat sekola tu ade la cket cket, tapi sebab masa terhad nak p lepak lab komputer, so aku tak bape mendedahkan terdedah la ngan tenet bagai ni. masa matrik, time tu kawan aku, fara la yang kenalkan aku ngan friendster. time tu nak cakap betapa jahilnya aku, sumenye fara yang tolong. even nak reply komen pon die ajar. haa. nampak tak ketidakberapapandaian aku kat situ?



Tapi sekarang, frenster tu siyes da lupa paswed. ntah camne rupa da frenster tu. sekarang ni fesbooking jela. jangankan anak dara teruna ni, makcik pakcik atok nenek pon agak bergiat aktif ngan pesbuk ni. weh. ko jangan cakap. siap update status hari hari tu. kalah aku.



Eh, panjang le plak intro. 


Aku nak citer pasal benda yang berlaku sekeliling aku. main focus aku, kat muka buku kaler biru.



Sebenarnya dari pesbuk, ebeliting can hapen la u all. yes yes, maksud aku camni, ko rapat bkawan or kapel da bertahun, gara gara pesbuk ko putus kawan or putus kasih. even fesbuk tu punya la ade tagline connecting people la kononnya, tapi kalo sampai putus kawan, tak connect mane la tu jawabnya.



Tu satu. lagi satu yang aku nampak kat fesbuk ni, jenis riak. riak tu ape? riak tu takbur. bukan takbir ye. riak kat sini, asyik nak citer je pe yang ko shopping, pe yang ko baru beli, kete pe ko baru tukar, rumah mane ko baru pindah. entah ler, pesen camni aku tak brape nak paham. takde la, kalo skali dua ko post tu aku consider la ko nak share ko nye hepy tu ngan sape sape kan, tapi kalo tiap kali asyik nak bangga diri je, aish sakit ati la jugak bacenye. annoying u know? ish ni aku malas nak cakap omputeh ni. bukanla aku nak jeles ke ape, tapi cukup la kalo ko bersyukur dengan pe ko dapat. weh tau tak, sekali dua, yes orang hepy untuk kita. tapi bila da banyak kali camtu. orang akan cakap, helo, ingat ko bagos sangat ape? haa. kan pedih ayat tu kan? 



Ustaz Azhar kata, jangan banyak ngadu kat fesbuk, ngadu la kat Allah. punye la duk share kata kata ustaz ni, last last penuh jugak kat home wall ngan ko nye posts. haha. so takyah nak share sangat la kot.




Weh. jangan la marah. kang ade je blog aku kena banned. haha. bajet glamor je macam. tapi ni aku personally nasihat je, siyesly aku takde niat nak tuju kat sape sape pon. tu hak ko ok. ko nak terima ke tak nasihat aku ni, terpulang. aku takde la sampai nak acu pisau kat leher ko nak suh ko setuju ngan aku. hak masing masing. aku just cakap berdasarkan pemerhatian aku. chill beb.






p/s: nak p siap jap. nak jumpa sv.:)

Thursday, May 10, 2012

Satu satunya.



Assalamualaikum dan hai.




Nape ko, tak puas hati ek aku updet lagi? haha. wohoo. aku pakai tenet unimap je kot ni. kagum tak kagum tak? haha



Da lama tak raya. rindu lak time time raya. sume adek beradek aku duk berkumpul. seronok. memangla kitorang takde peluk peluk, cium cium nak cakap kitorang rapat gila babeng. tapi still, ukhuwah tu kitorang jage.



Aku anak ke 5. ade adik pempoan 2orang, akak sorang dan abang ade 3. hah? berapa sumenye? aishh. nak aku gtau jugak ke? p amek mesin kire cepat.



Teringat dolu dolu. waktu tu aku ase aku sekola menengah camtu. ade satu malam tu, aku terover eksaitednye nak mengetest baju baru yang mak aku belikan. pas da pakai tu, aku kuar bilik. konon konon nak posing depan mak la. waktu tu mak ngan angah (akak) aku kat ruang tamu. dengan gedixnye aku cakap kat dorang.



" Mak, comei tak comei tak? baju ni labuh sikit kan mak?"


Tapi dengan selambenye angah jawab.


" Macam nangka kena balut. haha.". eh eh, asal ek nangka kena balut? da la balut time die da besar. sesekali rasa penasaran jugak.



So, sebab mulut celopar akak aku tu. aku nangis, majuk dan berlari lari masok dalam bilik. haha. ala ala hindustan gitu. so, berlakula pertumpahan air mata lebih kurang 3baldi masa tu. kononnya terasa la angah cakap camtu.



Tiba tiba angah masok bilik. angah pujuk.



" Angah mintak maaf. angah tak sengaja. ingat nak gurau gurau je."

" Tau la orang gemok." laju bedesup la air mata aku time tu. lebih kurang 180km/j gak la kot. ke laju lagi?


" Ala. angah mintak maaf la."


Time tu aku rasa first tym sejak aku akil baligh, angah peluk aku. lagi la bertambah speed air mata masa tu. maunye 400km/j. 



Sampai sekarang, aku tak lupa kejadian tu. eceh, sebak la plak ni. rindu angah masa dia anak dara dolu dolu. la ni angah da jadik mak orang da. nak masok 2 da pon. ade aku citer kat sini dulu.




angah ngan aisyah putri. anak ke 2 otw. hehe






p/s: rasa macam banyak lagi nak citer. tapi 1citer tengok tengok da cukup 1entry. lain kali la plak. aku tak suke entry panjang panjang, sebab aku rasa readers boring baca. sebab aku pon camtu. keh3

Wednesday, May 9, 2012

Dan sebenarnya.



Assalamualaikum dan hai.


Lama tak jengah blog. takde pe yang berubah sangat pon. follower takat tu jugak. so jangan bajet retiss la ye. nak follower ribu riban. updet stahun skali. ouch, ayat makan dalam tu.


Ok. sudah cukup cukup sudah.lalala. sedap la plak lagu nirwana ni. haha


Entry ni saje nak melepaskan rindu kat meke meke yang despret nak baca blog picisan aku. haha. ayat takleh blah. tapi kan, sebenaunye aku yang rindu nak baca blog aku sendiri. bleh gitu? haha



Da nak sampai tengah bulan 5, repot fyp jalan tak jalan je. akhir bulan ni nak kena anta. tapi chill la. haha. tenangkan hati sendiri jap. nak p singgah baca blog blog best jap. tapi nanti abes jugak 2,3 jam. gane gane?



Esok ade test lagi. aik, da nak final still ade test? mestilaaa. aku kan. hebak tak? owhh, ramai jugak yang angguk. bagos bagos. 



Esok test ape? test design je. ala yang main main lukis lukis macam otocad tu. tau tak otocad? tak? ok.xpe. memang tak ramai pon tau. mujo aku tau. haha



Takla. aku tipu je. bukan design tu. ni design lain. materials selection and design. atau dalam erti kata yang kampong cket, ko kene select the best materials untuk nak hasilkan sesuatu product. tapi kena tengok specs die jugak. bukan spek mate tu la sayang, specifications. haa. hebak sangat ke bunyinya? agak la. kan? hehe. tau da.



Ye2, tengah study la ni. cket lagi nak abes type ni. ok nak sambung study da. tata.








p/s: macam bukan aku je yang post entry ni. emm. *thinking*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...