Monday, March 28, 2011

Ringan je..sape cakap berat?

Hari ni aku belaja sumthing new. wah, excited sebab memang aku tak taw kan?

Korang taw tak keberatan blog korang? aku pun baru taw je ni. rupanya tahap keberatan blog kita ni berbeza-beza. depends kat kita punya html dan javascript bagai. yela kan, kalau blog korang penuh ngan html sume, sure2 la berat kan?


Berat cmne? emm, aku pun tak sure sangat. tapi kalau depends pada pemahaman aku la kan. blog kita ni berat bila amek masa yang lama nak loading page blog tu. yela. maknanya kalau korang sempat nak p tanam pokok bunga ngan siram sume sementara nak tunggu sume gambo, animasi2 tu kua. konfem-konfem la blog tu berat.


Sebenarnya aku pon tak taw sume ni. aku taw daripada cikgu dari TUTORIAL BLOG ni. try la stalk2 ye kalau nak taw banyak lagi tutorial lain.=)

Menurut beliau, nak check keberatan blog, senang banget!

First skali tekan link ni: http://tools.pingdom.com/


Then pas masok website dia, paste korangnye link blogspot. and then tekan test now.
Pastu akan kua la camni:




Ringan la kot blog aku. kot. hehe. aku pun tak bape paham sangat.




p/s: wah. aku da tolong pomot blog unwanted la. tapi xpomot pun memang da ramai stalker masok situ.=)

Dating bertiga?

Semalam Earth hour. semalam jugak aku kuar lepak.


Eh mane ade aku tak sokong earth hour, aku sokong. sebab tu aku kua. tinggal umah dalam keadaan gelap.

Nak taw aku p mane? jeng3!

Haha. kepsi je ponnnn!!!
malas nak citer banyak. jom layan gambo jela ye..=)


kami bertiga je. hus, aku n su. sepatotnya ita pon join tapi ita ade hal so, kami bertiga jela.


hehe. haus-haus, cari air dulu. biar aku rasmi krusher mocha ni ye. hehe.


toasted pocketfull!! my faberet dowwhh! ngeeee..


ni sesi menyuap-suap. haha. gambo aku ade, tp burok!! letak gambo hus la, comei cket.hehe


kendid tym ! huh, terserlah ketembaman aku kat ctu ye. huhu
  tomei2! like this photo! walaupun gambo tak brape nak center. (mestila bukan aku yang snap.)tapi aku suke banget! hehe
yeye! da tenyang! muka bahagia ye bila da tenyang..hehe


tuan punye camera. sebab tu gambo dia banyak cket. hehe


nak taw pe motif gambo ni? sebenarnya tujuan utamanya nak amek gambo abg baju putih kat belakang tuh! haha. ensem siot! tapi sayang da ade bini+ anak 2orang. (tapi bini dia xcun mane pn..opsss!)


ye, betol! cucuk duit lg. haha. da abes enjoy, da abesla duitnya. tinggal resit kepsi sekeping dalam purse! haha.
Kitorang balik dalam kul 10 camtu. emm satu je nak cakap, kepsi tak sokong la earth hour, sebab dorang tak tutup lampu pn. emm.


p/s: jem program diet aku! makan kepsi malam-malam. waaaaaaa. sebenarnya dorang tak kasi uplod gambo-gambo ni. tapi dorang kata takleh uplod kat fb, kat blog takpe kan kawan-kawan? ngeeee~


Sunday, March 27, 2011

Eh2..xde lektrik ke?haha.

26 march 2011. sabtu. 830-930 pm.

Earth hour! sape sokong angkat tangan macam saya? (sambil pusing-pusing tangan gaya usop kak limah.haha)

Weh. sape tak tutup lampu tadi? ish korang ni. 



Taw tak ape tujuan sebenar earth hour ni? yes. betul, nak selamatkan bumi. tapi ade satu lagi. ok cmni. try korang bayangkan keadaan kita dalam gelap. we cant see anything rite? sebenarnya, bila dalam gelap, umpama kita tak dapat melihat. dalam keadaan ini kita sebenarnya boleh rasa camne perasaan orang yang tak dapat melihat. ape keje nak buat pun amek mase. nak cari barang teraba-raba. get da point? yes, good!

Secondly. bila gelap, actually kita sume dalam keadaan sama. yup betol, SAMA. tak kira la miskin, kaya, sederhana. umah PM, umah Dato siti, umah Lisa Surihani yang cun-melecun tu, even umah kak limah pun bergelap. ok la. tak gelap sangat la bila pakai lilin or segala macam lampu ajaib tu. so, nampak x kat sini? Dato siti dan Lisa Surihani pun secara tak langsungnya akan rasa macam mane duk d umah tanpa lampu. hidup bertemankan lilin ataupun minyak tanah. (kalau dorang sokong earth hour la.hehe.) pendek kata kita sendiri akan merasai sepertimana kehidupan di kalangan kita yang serba kekurangan. 

Ok da la merapu. tapi tu la. setinggi mana pun darjat kita, janganla pandang rendah terhadap orang lain. Allah ciptakan manusia semua sama. takde yang lebih pun. yang penting amal kita di dunia Allah ni. muka cantik, harta banyak sekalipun. kita tetap makhluk Allah yang amat kerdil.

p/s: aku kua kangar td. emm. kfc xtutup lampu pun. cmne tu??

Besday aku dalam bulan islam..korangnye?korang taw?

Assalamualaikum dan hai.hehe


Tup-tup da nak masok bulan 4. ari ni da 26 march. rasa macam da tua je. tapi perangai tetap menten same, takde nak berubah. nak jadi matang macam belom lagi je.

Tadi duk syok-syok blogwalking di kala hujan mencurah-curah ke bumi perlis ni, aku terjumpa satu blog. intipati agak menarik terutama tentang besday kita dalam bulan Islam. sriyes, lillahitaala, selama aku hidop 22tahun ni, aku tak tahu pun bile besday aku dalam bulan Islam. huhu. terasa begitu naif diri ni. eh lupa lak nk gtaw tuan empunya blog tadi. kang tak pasal-pasal aku kene banned sebab duk crita entry lebey kurang same ngn tuan KUMBANG JINGGA ni. ( plis click the capslock one to go to his interesting blog  =))


So, alang-alang da ade link kat situ, aku pon dengan penuh rasa curiousnye mengklik link tu. terus masok website ni. kebetulan pulak, tenet wang ulu di kala hujan lebat ni agak laju. pelik tapi benar.  tapi memang aku bersyukur. alhamdulillah.=)



(niat hati aku nk insert image web tu yang da aku printscreen. tapi tak tau la ape kena, tiap kali aku nk insert image, server rejected je.)

So, klik jela kat link tu ek.hehe

pas aku da convert. baru aku tau bila tarikh lahir aku ikot bulan islam. emm. pasni nak sambut ikot bulan islam la pulak. hehe





pas da check. akunye camni:

You entered: 9 / 9 / 1989
The conversion result is: Saturday 8 Safar 1410 A.H.
*There is a small probability of one day error.



Ok, tu hasilnya. tapi pasan tak tanda superscript asterisk (*) kat atas tu. maknekata ade small probability silap 1ari. 1ari sebelum ataupon 1ari selepas. aku pun tak tau. tapi normal la kan. nobody is perfect, rite?

cantik kn?hehe. aku suka bulan Safar. sebab bila sebut Safar, macam lembut je bunyinya.=)


p/s: walaupun aku tak la selembut itu. heehe

Tuesday, March 22, 2011

bila jiwa ngah kacau..sape ade ubatnye?

bila hati rasa terluka. bila jiwa terasa parah. 

sakit. sakit hati. sedih. terluka. terguris.
sejuknya tiupan angin malam seolah-olah memahami hati dan jiwa aku yang sedang berduka. dunia bagai mengerti tika dan saat ini aku memerlukan seseorang untuk meluahkan.


sikap memujuk dan dipujuk menjadi perkara biasa untuk mereka bergelar pasangan kekasih. menjadi lumrah tatkala merajuk mahu dipujuk, tatkala sedih mahu ada yang memahami dan mengambil berat. apatah lagi jika ada yang dikasihi walaupun jarak memisahkan. hati perlukan dia. jiwa inginkan dia. tapi tahukah dia?

tapi menjadi masalah kah bila tidak tahu memujuk? mungkin. memujuk dengan ayat-ayat manis, ayat-ayat cinta yang indah.emm. sememangnya suatu yang amat indah. tapi kekurangan meleraikan segalanya. salahkah kalau tak tahu memujuk? berdosa kah kalau tak reti memujuk?

bila hati terasa rindu. jarak memisahkan dengan ruang yang cukup luas. hati rindukan dia. adakah dia juga begitu?

cinta jarak jauh sememangnya menguji. kepercayaan, kesetiaan menjadi aspek penting untuk menjaga dan mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin. 

bila kepercayaan tergugat, bila kesetiaan dipandang enteng, semuanya tiada nilai. berbakul-bakul sms dihantar. berguni-guni kata cinta diluahkan. tapi andainya semuanya hanya mainan lidah, maka terluka hati yang merindu.


p/s: hanya dia di hati. harap dia juga begitu.=(

Friday, March 18, 2011

wah! unimap no 6!

Hi ollz, assalamualaikum dan salam sejahtera.

oww. kutuk u aku ye. ramai yang slalu cakap unimap ni tak best la, degree unimap tak laku la, unimap takde kampus la. 

aku geram ni, aku geram.

pasal akreditasi unimap, amboi kecoh! tapi student unimap yang dapat keje best-best pas grad tu tak maw pulak korang kecohkan ye? 


haa. aku nak tunjuk bukti ni. pasni jangan ade yang ternganga. jangan ade yang datang jumpa aku just nak gtaw.


" weh. hebat la unimap. kalah u aku!"


nak taw, unimap berada di tangga ke 6 antara keseluruhan universiti kat Malaysia. tak caye pe aku cakap? ok fine. klik SINI.


haa. amacam? ada berani nak kutuk unimap lagi? silakan. aku xkisah. yang penting bukti da ade. korang nilaikan sendiri la ye.=)


\\

gambar ni macam takde kaitan pun kan? ntah la. aku pun tak taw. aku tanya incik google images tentang muka orang berbangga, tapi pic ni dia bg aku. mmm(wondering??)


p/s: jangan nilai hanya pada rupa.kan kan kan??

naseb baik bukan biru kuning..ngeh3..

biru + kuning = warna bendera negeri Perlis.       

haha. biru kuning. tak abes- abes kan? kalau unimap nak wat baju, mesti biru kuning. lucu lak.
haa..ni aku nak citer. tapi sebenarnya xde kaitan ngan biru kuning unimap pun.

ingat tak entry aku sebelom ni? alaa..yang pasal kawen-kawen tu. sape yang tak baca lagi, try korang intai-intai ENTRY ni. ade la terserlah kegelenyaan aku. haha.  

dalam entry tu aku ade citer yang kalau aku nak kawen, aku nak tema yang comei-comei. aku pilih kaler perak atau silver gitu. bagi aku kaler ni macam unik. macam nampak mewah. aku suke. lagi satu aku pilih kaler kuning. haha. punyela nak macam raja punye pasai. tapi cikabesyg aku tak setuju la kaler kuning. tau dia cakap pe?

" naseb baik bukan biru kuning..ngeh3. perak tu comei da. tapi kuning? biru ok." pastu ade smilley comei belakang ayat dia. bajet nak amek ati aku la tu. yela pas da reject proposal aku nak tema kaler kuning raja. huh!

so. conclusionnye, kaler ape yang menjadi pilihan ye? ntah la. aku tak nak macam excited trlebey lak. tapi bile pikir-pikir, pe salahnya kan?

jom kite compare:

  • BIRU + PERAK
  • KUNING + PERAK
  • MERAH + PERAK
  • HIJAU + PERAK
ngeh ngeh ngeh. hijau ngan kuning je aku consider. sebab biru dan merah tu da selalu orang wat. ape kelas nak same ngan orang lain kan? kita yang kawen. mestila kite yang berhak pilih.hehe

p/s: semoga cikabesyg tu la yang akan bersama-sama aku kat atas pelamin kaler silver nanti.insyaallah..=)

Wednesday, March 16, 2011

Aku pn nak kawen!!

hoho. cuti sekolah!

balik kampung. ho o o balik kampung ho o o balik kampung. hati girang!

cuti sekolah. name pon sekolah. maknenye sekolah jela yang cuti kan?

dengan tak sengaja, aku terbuat cuti sendiri.
jem betol pale otak, 3kelas gak kot aku ponteng. wah, sukati je kan?


balik umah. syioookk giler! hilang sume tension-tension yang ada. senang citer aku langsung tak fikir pasal keje kat uni. huh! balik umah bahagia giler idop. makan cukup, tido cukup. senang citer xde pe pon yang missed la. bahgia bahagia!

satu je yang spoil kn cuti aku. pe lagi.. majlis kawen la.
jap dengar anak pakcik A nak kawen. soknye anak pakcik B lak. wah, sume beratur tunggu giliran. ntah bila la turn aku lak. aku nak aku nak! sape xmaw kawen kn? habaq mai kat cheq.

bila sebut pasal kawen kan, yang paling aku suke tengok, mestila pelamin dorang. wah, comey-comey gtu! macam-macam kaler. ade ijau, pink, merah, coklat, biru n macam-macam la. tibe-tibe terpikir, aku nak wat kaler pe ye nanti? emm. aku nak kuning la. pastu satu persalinan kaler perak2 or silver2 gtu. bole x cikabesyg??hehe.

haha. banyak la aku punye angan kan. nak kawen konon. belajar pun tak abes lagi. nak kawen? lek2 lu r. bagi orang yang lebih tua dulu. ngeh3

lagipun nak kawen kene ade banyak sponsor. haha. mane nak sponsor makanan lagi, khemah lagi, hantaran lagi. sume tu pakai money doney la. bukan guna daun kan.

so. kalau bole kan. kawen aku nanti aku nak suma pakai duit aku sendiri. biar puas ati gitu. so, aku kena keje dulu la jawabnya. hantaran aku. emm, bole x nak berangan sekarang?hehe.


wah. da terlebey berangan aku ni. bia la dulu. aku muda lagi. budak-budak lagi. so, korang kalau nak kawen, elok la wat time sekarang. cuti sekolah kan? mesti ramai yang datang. baru best kan? seronok n meriah gtu!



p/s: sekalung tahniah kepada kawan sekolah aku dulu, syikin, yang da selamat bergelar isteri kepada suami tercinta. semoga kalian bahagia hingga akhir hayat doaku.

Monday, March 14, 2011

Yeay!! rindu rindu rindu...

salam.

yeye! wahh. giler rindu nk hapdet ini blog. haha. walaupun ntah ade orang tak yang bace.haha. 
ahh! itu aye takmaw taw! aku rindu nk mengarut kat sini. tapi mesti ade gak kot. walaupun sekadar silence reader. kan3? ok fine. ade unsur terperasan kat situ ye. stop fiza.



ok. nk gtaw yang tu dulu. aku hepi dapat berblogging lagi. yey!



giler banyak nak sharing-sharing is caring. tapi nanti la plak. slow2, ye dak?(haha. copy paste ayat qiffara). blogger yang lagi-lagi ramai follower. ok. tak macam blog aku. ----> beautiful life?? giler-giler jauh tercorot. senang citer tak masok carta pon. ok fine. aku redha.



ok. aku hepi ni. taknak rosakkan mud sendiri. layan tibi lu jom!



p/s: ade orang rindu aku tak ehh??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...