Thursday, January 27, 2011

Sony Ericson K770i themes

elo guys!

haha. saje je wat gempak sikit tajuk tu. 

  


sape pakai sony ericson K770i? or mane2 model la.

korang nak themes lawa-lawa x?

aku slalu donlod kat sini je. tapi xtaw la korang kan.

kalau ade link yang lagi bagus, share2 taw.~

ni ha. kat sini.

              themes comei-comei~

Thursday, January 20, 2011

special untuk peminat korea

elo2..


haha. tengok tajuk pun lawak.

aku wat entry untuk kawan-kawan peminat korea.

sedangkan aku sendiri bukanlah fanatik sangat ngan korea ni.

tapi nak kata langsung xlayan tu xla jugak.

cerita-cerita n lagu yang best baru aku layan.

kalu setakat video-video reality show tu memang xla..


oke.tapi xpela..demi kawan-kawan tercinta. aku ade something utk korang.

ni bukanla dari aku sendiri sebenarnya. ade la dari sumber-sumber kawan blogger jugak. (dia jarang updet la..)

ataupun senang citer dari kawan skype. haha. bole camtu?

---------> special kredit to baiti safura. haha. (bangga la dia nanti) ^_*

oke. untuk peminat2 korea tu. nah. amek link ni. aku klik skali je td. btol. skali je. (xminat kan??)

Saturday, January 15, 2011

selamat tinggal fesbuk!


sawadikkap!

haha. xcun kan? xmacam melayu@ islam punye.

assalamualaikum~ hehe. lembut, baik, halus dan suci. (melampau je ayt.haha)

weh. korang taw kan pasal fesbuk nak mati tu? pe korang rasa kalau betol-betol fesbuk mati?

haha.


kalau aku la kan.

secara peribadi, aku sedikit terkilan kerana aku tidak dapat melihat gambar terbaru orang yang

aku suka. bole camtu?haha.


xde la, gurau je. tapi aku sure la rutin harian aku akan berubah tanpa fesbuk. bangun pagi,

laptop yang aku bukak dulu. pastu cepat je mouse search home fesbuk. tengok brape

notification yang ade. bukak banyak-banyak tab, padahal benda yang sama je pun.

pastu duk baca status kawan-kawan yang kadang-kadang ntah pape. yela, setakat nak gtaw dia

kenyang. haha. bengong kn?(macam laser plak mulut aku!)



so..aku yakin 100% sume ni bukan lagi jadik rutin harian aku. maybe just bukak yahoo, tagged

ataupun google search cari company nak wat praktikal. haha. aku xdapat lagi ni weh! adoi..giler

tension!


so. berbalik pada isu fesbuk nak mati. korang rasa betol ke?

aku dengar citer lagi. sape xkenal dr. Rozmey?

ala..yang wat citer 2 alam tu?yang promotion ade gamba die tu? haha.. bajet ensem kan? ingat

Farid Kamil ke dia tu? haha. bajet2..





ha..bukan aku nak sangat cakap pasal dia tu. tapi nak gtaw la. sumber~ kawan sekelas aku.

dia cakap dr Rozmey tu ada la duk merepek pasal isu fesbuk nak mati ni. kan dengarnya fesbuk

mati 15 Mac kan? so dr Rozmey tu cakap la yang dia nak bukak 1 laman web sosial ala fesbuk ni

jugak. dan laman web sosial tu diberi name dr.book. konon-konon pada 15 Mac tu dia nak

lancarkan la dr.book dia tu. korang jangan lupa join ye!haha. amacam? agak2 akan glamour

macam fesbuk x? elo..yang xtahan tu ade name dr kat depan tu. he's getting insane i think.haha



oke2. stop! mentang-mentang aku nyer blog, sukati aku je kan nak kutuk. hehe. sory dr. Rozmey.


p/s: dr. Rozmey la yang kenalkan JusMate 5 tu kan? korang try ke? oke? (muka berseri2 nak mencuba ni. mane taw bole kurus! haha)

Tuesday, January 11, 2011

Ana Raffali?


eloo..

ana raffali? cop2, sape sebenarnya ni? sory la. aku xamek port sangat AJL ni. tapi bila sume orang duk kecoh-kecoh kan, teringin la jugak nak taw pe yang terjadik sebenarnya.


walaupun aku rasa aku da agak ketinggalan tentang kontroversi AJL kali ni. tapi xkisah la. suka ati aku la kan?


so..aku merajinkan diri masok berita harian online. (walaupun selama ni jarang sangat2 la aku bukak). ade satu statement yang xley blah. jap aku copy paste sini ye.

Sebaik saja keputusan diumumkan, ramai yang terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya dengan keputusan yang diumumkan. Boleh dikatakan satu kejutan besar kerana lagu Tolong Ingatkan Aku itu bukanlah termasuk di dalam senarai ramalan antara lagu yang boleh dinobatkan sebagai juara. Ramai yang kecewa dengan keputusan itu termasuk seorang individu yang boleh dikatakan amat berpengaruh dalam industri hiburan. Nampak sangat kemenangan itu tidak direstui ramai.


haaa..amacam? gempak kan ayat tu? kalau la aku jadi Ana Raffali tu, makan ati jugak la ngan statement tu.


tapi xkisahla kan. nak wat camne. da rezeki dia. bak kata mak aku, kalau kita duk protes2 pon die menang, kita pilih pemenang yang baru, bukan dapat kat kita pn duit yang dorang menang tu kan? xgitu?

so..bia jela. anggap je ni rezeki dia. xyah la kot nak wat page kat fesbuk nak suh tarik balik kemenangan Ana tu. xperlu oke..nt xpasal2 peminat Ana Raffali lak yang menyampah ngan korang.haa..cmne??

so..kita congrate ramai2 kat Ana Raffali ye. semoga beliau success dan dapat menghasilkan lagu yang lebih baik. senang citer, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi!


p/s: aku bace la lirik lagu Tolong Ingatkan Aku tu. tapi siyes, aku xpaham pe point lagu tu.huhu.sory..terlebih jujur plak..

Saturday, January 8, 2011

jom p langkawi!

salam.

korang sume chat? haha. saje je wat2 concern. lalala~

tengok tajuk tu pon mst da taw aku nak tulis pasal ape kn?

emm..aku baru je balik dari langkawi..sonok..meh aku citer..hehe


haa..tengok ni pn da taw kan katne? ni kat Dataran Lang. time ni malam. kami baru sampai terus dibawa ke cni..nak bergambar la. sebab banyak lagi aktiviti yg mnnti..=)

haa..ni la kawan2 aku yang join..very nice moment! thanks kengkawan..=)

ni kat bawah lagi..japg kitorang naik atas..haha

haha..korang pikir pe?ingat kitorang panjat atas badan helang tu ye? xla..tinggi sangat tu..

hee..nampak x kitorang kat celah2 huruf tu? kredit to 'che ah' yang tolong amek gamba kami..=)

next..kami berenti beli buah tangan macam cenderahati dan cokelat sume..fuh! banyak duit abes wooo!! rambang mata tengok cokelat banyak2..hehe

pastu balik homestay. ready for next activity. kitorang ade bbq! wahhhh..makan! i like!

homestay kitorang tu dekat ngan pantai cenang. so kitorang pon decide nak wat bbq kat tepi pantai cenang je. yang xley blahnya, tym tu da kul 1lebih..haha..lewat giler. tapi masing2 langsung xde prasaan takot. pikir nak makan aym je.haha

ni ha..muka makan asap..haha

keesokan harinye plak..

kat pantai cenang.. sebelom kami nak ke jeti untuk island hopping.=)

ni la pantai cenang..cantik kn?

kami@ pantai cenang..

yup..btol.. island hopping! atas bot ni..abg yg pakai spek itam tu bawak bot macam nak race doowhh!!

kera@monyet. yes, kera! yang jahat sgt2..kera ni la amek air mineral aku. geram!! aku brmusuh ngn kera ni!

haha..lari dari kera..

ngah lapo..kena panjat tangga lg..adoiii..

ni kat pantai..lokasi ke2 prsinggahn..ape tah name pantai ni..pantai beras terbakar kot..tah nape terbakar..xguna periuk lektrik kot.

basah sudaa..masin tol air ni..ptotla orang cakap air laut masin kn?aku da caya da..

abes main air,kami pulang ke homestay salin pakaian sume.

then, we are ready for da next activity..cabel car!hehe


haa..wat korang yang nak naik cabelcar ni, jangan lupa bawak ic. bole dpt diskaun tiket taw!heee~

kenangan naik cabel car ngn kengkawan~


ni kat atas ni..bape meter tah. 700m kot.eh..ke silap?


pening la naik cabelcar ni..kali ke2 aku naik ni. pening2~huhu


safi, atie n farah dlm cabelcar..maintainla konon..pasni safi pening..hehe


nmpak x kat blakang tu?kami nak p sana. tapi jauh giler + cuaca yang panas sangat. so xjadi la..


last pic..sebelom ke jeti naik feri n balik ke kole perlis!


it was a very2 nice moment with all of u guys! aku xkan lupa sampai bile2..=)


p/s: agak banyak ye duit aku abes pegi langkawi ni..huhu..makan megi jela pasni..

happy new year!


hai all's.
masok tahun 2011 da kita ye! macam xpecaya pn ade. kejap je rasa.

aku da tua! wow, hakikat yang payah nak dengar orang mengaku. bila sebut soal umo, sume akan cakap." eh mane ade! xsampai tarikh besday aku lg!" btol kan2? senang citer payah la orang kita ni nak mengaku umo da bertambah. hehe. lawak2.

xde pape maw diomong banyak2. just aku nak wish semua

selamat taun baru 2011.

semoga tahun baru ini membawa seribu sinar baru dalam kehidupan korang sume.





p/s: sebenarnya aku da trlewat wish. sebab ari ni da masok 7hb. tp xpela kan, atleast xmasok feb lg.ngeh3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...