Wednesday, December 28, 2011

Friday, December 23, 2011

Stay up up up.


Assalamualaikum.



Wah. da boleh updet balik la, pakai tenet unimap! haha. sape cakap unimap tak sayang students? sayang la camni ni. hee. bodek sekali sekale.
Chill! midreport da anta. setelah bertungkus lumus malam tadi. sampai tak tido wa cakap sama lu. pecaya tak? tak? ok.


Nak tau tak, sejujurnya aku tak penah stay up malam-malam sampai tak tido. paling lewat pon kul 2 or 3 camtu je. tapi malam tadi, fuh sampai subuh tu. haaa. tau la. bagi korang tu normal. tapi bagi aku tak kot. sebab aku ni jenis kuat tido, pantang nampak katil ngan tilam empuk-empuk cket, haa. letak kepala 5saat, konpem da masok mimpi pastu.


Sebab tu la. bila kata aku boleh stay up sampai subuh, satu benda baru la bagi aku. orang kata kan, normal la students stay up camtu. students life kn. tapi tu satu kebanggaan bagi aku. jeles? lantak la. haha



Nex week da masok study week. nex 2week final exam. giler sempoi kan. tak sempat pon nak rasa nikmat baru pas anta midreport, nak kene pikir final exam lak. ishh xleh ngeluh-ngeluh. mak aku cakap, ni taun akhir da, so try to maintain result. then grad dengan result bagus-bagus. baru berbaloi mak aku datang tengok aku pakai jubah konvo nanti. kan3? tambah-tambah kalau dapat anugerah best-best, tak sia-sia mak aku banyak berhabis ongkos sepanjang 4taun aku kat sini. insyaAllah. mak doa kakcik tau. *rindu mak*



Yeay, follower da bertambah. haha. giler sadis. biar la. memang aku suke pon. aku berblogging hampir 2 tahun lebih kot. folower tak sampai 100. hebat tak?haha.


 Dato nc, nanti bleh tak kami nak konvo kat sini? takmo D2020 da..huhu




p/s: Nak blogwalking jap. tapi letih ni. eh lupe lak, blogwalk bukan kene walk pon kan. nak p intai blog-blog yang comel. sesekali boleh hilangkan stress bila baca entry klako klako. hehe.;D

Friday, December 16, 2011

Kami engineer kreatif.

Assalamualaikum.



Semalam berakhirnya salah sebuah kesengsaraan yang aku tanggung sepanjang bergelar final year student. bila aku sebut salah sebuah tu, maknenye ade berbuah-buah lagi la yang tak setel. tapi untuk menyetelkan sume kesengsaraan tu, banyak sangat la aih kene buat. hormon-hormon lak kne sentiasa stabil. kalau tak, maunye haru nanti.


Ape la intro pelik je. ni aku nak citer pasai presentation budak kelas aku semalam. untuk construction materials punye subjek. haa, betol aku student material. pelik ek student material blaja civil? kadang-kadang aku pon rasa camtu, tapi nak buat camne, atok aku xdan nak apply jawatan naib canselor dulu. kalo tak, takdenye aku nak blaja pasal building-building, main ngan simen bagai ni. ingat aku minat ke, siyes tak pon sbenarnya. 


Presentation tu by gruping. tapi markah lecturers bagi secara individu. aku tak tau la ade markah tak untuk aku, keje aku semalam just buat pengenalan ngan introduce aku punye grup membe. siyes kalo tak buat pon takpe aku rasa. huhu. terasa macam takde function pon. grup aku 5 orang, 3laki 2pompuan. so laki kan lagi expert bab-bab camni, so aku surrender la. ce bagi aku pasai corrosion, syiok jugak aku nak kelentong.


Dalam presentation tu, kitorang kene siapkan monumen. kirenye macam kitorang betol-betol buat la building tu. grup aku buat stage. bukan stage untuk orang nyanyi tau, tapi stage untuk forum perdana gitu. hehe


Ni aku tunjuk pics semalam ek. kitorang sume ade 7 grup. so ade 7 monumen la kat sini. cekidout!



haa. ni first. pondok rehat construction. bkn kire menang tak menang eh. aku letak random je. ni grup fila, nadia, poknik, bon and the leader, pejo. so kalerful kan? rajinla dorang ni.




ni lak monumen yang paling aku suke. comei sangat! so cute and look like real one. kan2? empunya monumen kitchen cabinet ni adalah syakir, emi, rudy, atie n sape ye? xingat la plak. adehh. anyway, congrate korang. salute r idea korang hebat..(thumbsup!)



ni lak bus stop. bus stop ni ade 1 je bangku. so xleh duk ramai-ramai sangat ye. hehe. ni kepunyaan pejah, safi, art, and the geng. lupa la guys, sory. ;(



ni yang comel ni grup ciksu yang punya. monumen dorang longkang tu je, yang lain-lain tu aksesori tambahan la kirenye. hehe. ni pon kategori rajin gak ni. kalau grup aku rasanya takde nak tambah, longkang 1 je kot. well, idea yang sangat cool. congrate! haa. lupe nak gtaw, ni grup yuki si blogger tau,hehe



yang ni, yang ade bunga bagai ni, grup yang wat stage. haa tu stage la tu. grup sape? ntah la grup sape tah. haha. yang kecik comei2 atas stage tu, microphone ye. canggih tak? tak? ok.



ni yang paling simple sesimplenye. tapi nice kan? macam kemassss je. austhetic sidewalk kot name dia. aku tak sure. tapi grup ni paling sempoi kan. ni grup farah yang punye. kalo tak silap, farah, ecah, zue, din n poca. betol da rasanya.



ni plak kepunyaan si kecik linda. monumen ni same kecik ngan tuan empunya. hehe. dorang buat car porch. tapi bukan untuk kete bese ye, tak kira la korangnye vios ke, merc ke, ataupon viva je, tetap takleh duk dalam car porch ni. sebabnya car porch ni hanya untuk kete litar je.hehe


Haa. amacam, hebat kan? tak? emm yela. takla sehebat korang dak civil. ataupon dak product design. tapi ok ape. not bad la orang kata. ke korang rasa bad? huhu.*sigh*



So, untuk dak kelas aku, tahniah weh! korang hebat. salute r. ^_^




p/s: abes da 1 presentation. ade lagi 1 ari isnin ni. wish me luck.

Thursday, December 8, 2011

Resepi : Crunchy Milo.

Assalamualaikum.


Idea takde la bernas sangat, tapi terasa nak updet. entry takde la gempak. tapi bukan senang tu orang macam aku nak share resepi-resepi ni. wah, aku rasa macam da layak je nak kawen. sebab da ade resepi sendiri. haha. tetibe.


Walaweh idea from farah. di malam jumaat yang penuh keberkatan ni, aku nak share resepi baru, crunchy milo! yeah, bunyi cam best. insyaAllah best. tapi tapi tapi..malam ni malam ape ye? malam jumaat. tido awal la malam ni.haha. bengong giler. gaya macam da ade laki. haha.


Memperkenalkan, crunchy milo! milo yang crunch-crunch, sangat rangup dan sesuai dimakan tatkala sedang mencari journal-journal. tak kisah la journal ceramic, ataupun journal construction, ataupon journal fyp.haha


Bahan yang diperlukan:


milo paket 3 in 1. milo ni cilok kawan korangnye je pon takpe. 1 pon cukup kot, kalau taknak mengeraskan bom-bom anda. hehe



Cara-caranya:

  1. Pegang milo 3 in 1 erat-erat. pastikan jangan jatuh ataupon terlepas dari tangan. kalau tak, ini akan mengurangkan the rate of deliciousness of the crunchy milo. oke, get it? gud.
  2. Bawak milo menuju ke arah iron box. switch on the iron. make sure temperature jangan terlampau melampau ye. kalau tak, that milo akan takkan jadi crunchy da, tapi burnt. haha
  3. Lastly, iron the milo slowly. jangan beri pressure yang terkejut kat milo tu, nanti milo tu sakit jantung dan mati, sia-sia 1 paket milo.
  4. Agak-agak da iron dalam 5 minit, then korang biarkan milo tu sejuk. dia akan keras sendiri pastu korang boleh enjoy that crunchy milo. tapi pastikan gigi cukup kuat ye. takot tak lut. hehe

takyah la cereals2. guna yang ori lagi best tau.



Da siap! da boleh makan. selamat mencuba ye sume kawan kawan! jangan risau, ni resepi terbaik punye. ce try buat untuk pakwe korang, gerenti makin sayang. hehe




p/s: aku buat resepi ni, tapi aku tak penah makan. caye tak?

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #1



First tyme aku buat wordless2 ni. amacam? speechless tak?keh3



Wednesday, November 30, 2011

Bila da lepas.


Assalamualaikum, waca-waca!



Yey! da abes present! tau tak camne rasanya? hepi tau, hepiiii. lega tu takyah cakap la. rasa macam da tersambung balik da urat perut yang terputus semalam. hehe



Alhamdulillah, presentation tadi was going quite well. takde la hebat sangat, sebab yela kan. lidah keras nak berspiking ni, so nye tergagap-gagap jugak la nak abeskan 15 bijik slide tu. tapi syukur alhamdulillah, aku takde la kene hentam-hentam bagai. ade 2 or 3 soalan panel tanya, and aku jawab la setakat termampu. rasa macam da menjawab soalan, tapi tak tau la.



Kitorang sebenarnya berempat tadi dalam dewan tu. ade sorg partner aku tu kan, kesiann dia tau. dia punya slide takleh bukak. kalau korang rajin nak newtab entry aku yg lepas, aku ade citer pasal partner2 aku masa presentation hari ni. tapi aku tak berniat nak gtau sape antara mereka, cuma nak jadikan iktibar la.


Kalau nak pegi presentation camni, baik korang amek precaution step la. aku nasihatkan bawak lappy korang. guna or tak tu belakang punye citer, yang penting korang ade bekap. penting tau. aku bukan ape, taknak la jadik macam tadi. kesian membe aku tu. cket lagi nak nanges. aku rasa kalau aku jadik dia, da memang riau kat ctu jugak. maunye tak, kene hentam teruk jugak dia kat panel tadi. cian dia.



Lagi satu, plis be well prepared. kalo kite betol-betol prepare kan, tak kira la panel putar soalan 360 degree sekalipun, asal korang tau pe korang nak present, pe korang nak buat, korang mesti bole jawab dengan terbaeeek punya. betol ni. aku tak tipu. aku pon takde la hebat sangat present-present ni, tapi aku cakap based on pengalaman aku. ikot korang la nak caye ke tak.haha



Pape pon, present da lepas. walaupon baru proposal. ah lantak la. dia punye feel lega tu macam da present full projek. giler ah. haha.


haha. giler kalerful punye slide kan. haha. penting ni nak attract panel. boooo..haha



Nak layan muvi lu la malam ni. sooo..kita enjoy!! eh2, citer puteri tu ade lagi ke? tak da kot kan. nora danish sekarang da jadik dhia. tak gitu? haha. tetibe.





p/s: gudluck and all da beshhh tu myblogger fren aka my cosmet, do da best tau! die present nexweek.


Tuesday, November 29, 2011

Proposal presentation.


Assalamualaikum.


Hai semua. nak tau tak? nak terputus urat perut aku ni. sok aku kena present ni ha. bukan nak propose pe pon, ni perihal final year project aku. ni baru proposal, da nak kena present. dia punya cuak tu kan, sampai tido terlebih lena, makan terlebih kenyang. tak tau nak cakap camne.


Ni tajuk fyp aku. rasanya dulu aku penah citer. tapi tajok aku da tuka da. tu yang rasa nak gtau lain tu.


Effect of hygroscopic substances and compost as electrolyte of secondary galvanic cell in the sacrificial anode system. 


Haa. panjang tak? maunye terbelit jugak lidah anak jati ganu ni nak sebut bahasa omputeh tu. tapi takpe, i'll try my best la.


Neway. special gudluck to my partners

  • pidot
  • kak far
  • ciksu


And wish me luck too. ;p





p/s: kasut nak pakai sok takde lagi ni. haisshh

Hipokrit.



Assalamualaikum dan selamat malam.



Time aku type entry ni, perut aku bergelegak dengan tomyam, ikan siakap suwit sour dan air sirap bandung buatan orang kole pengelih. sumenye duk rebut-rebut carik space nak stay,  masing-masing kalau boleh taknak jadi yang pertama kuar dari perut ni. dun worry guys, aku simpan korang sampai pagi sok ye. hehe


Oke. intro pasal makan. special gak tu untuk yang tengah lapo sekarang ni. saje nak bongkak siket makan seafood malam ni. cewaahh. korang takde hal kan? haha.



Tajuk da panas. tapi entry ni baru nak masok minyak. oke korang. korang hipokrit tak? 



Aku sure sangat sume orang kat dunia ni hipokrit. konon baik tapi kat belakang, tak cukup buku log 500pages kalau nak citer pe yang korang duk ngumpat. kan? aku tau da.



Aku baik siket la. takde la sampai logbuk 500 pages, setakat 200 pages tu sampai kulit jugak la kalo nak tulis. tapi tu antara aku dengan logbuk jela, aku tak share ngan sape-sape. rahasia peribadi gitu. haha



Sebenarnya, bagi aku kan, hipokrit ni kadang-kadang penting jugak. yela, kalau kita tak suke kat seseorang tu, kalau tunjuk depan-depan dia, sure-sure gado kan. maknakata setinggi mana pon korang tak suka kat seseorang tu, tak kisah la tak suka perangai dia ke, keceluparan mulut dia ke, ataupun muka dia yang comel yang korang rasa milik korang ke, plis la. be hipokrit. penting jadik hipokrit ni untuk korang jaga hati dan perasaan beliau, dan juga perasaan korang sendiri. memang la, kadang rasa macam tak ikhlas, tapi siyes, tu lebih baik dari korang duk tunjuk rasa tak suka tu depan beliau.



Even aku sendiri, secara jujurnya, aku cuba untuk jadik hipokrit. tapi just dalam part tu la. normal la. aku manusia biasa. takleh lari dari perasaan ketidaksukaan tu terhadap sape-sape. tipu la kalau aku cakap aku tak penah jadik hipokrit. kadang tengok muka aku senyum, gelak dengan comelnya, tapi dalam hati Allah je yang tau.


Tapi kalau boleh, aku nak buang sifat tak elok ni. aku nak jadi baik dengan sume orang seikhlasnya. demi Allah, aku kesal dengan sikap negatif aku yang satu ni.



Ok bai. 



 
jangan jadik hipokrit ye sume. pesanan ikhlas dari penaja.=)


p/s: aku berjaya post entry pakai tenet unimap. thanks unimap. lap u veli muchhh la..;p

Tuesday, November 8, 2011

Tarik rambut di KFC.

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha.


Bukak satu blog, duk citer pasal raya haji, bukak lagi satu blog duk citer pasal lembu mati kene semelih, bukak lagi satu blog, duk citer blaja masak sup gearbox. adeh, sume da citer pasal raya haji ni. ingatkan bukak blogspot ni, aku nak ngepost entry raya haji gak. tapi sume da citer pe yang aku nak citer. so aku amek lap citer pasal kepsi di raya haji. ade jugak point raya haji tu. 


Haa, sape yang tarik rambut? uish, bukan aku. aku tak main r tarik2 rambut ni, pakai tudung litup beb. tarik2 rambut ni nanti kedut lak tudung syria aku. haha. boloks giler.


Ni alkisah hari raya aji gak, raya petama tu. disebabkan da penat duk potong daging lembu ari tu, petang raya aji, aku, angah n family, kak, abang, n teh buat plan baek punya. kitorang plan nak g karoke. aku bab2 nak baling suara ni aku kurang siket. so yang pempuan ni pakat nak p main boling. ha, kite tengok sape ratu longkang.


Skip citer pasal boling, aku nak citer pasal kepsi. well, kata raya kan. sume kedai makan tutup. sampai beserah kitorang pi, satu kedai pon tak jumpe. eh silap, ade. tapi kedai yang jual cikbab baek punya. sory beb, cikbab takcun di mata kitorg. so, last skali kitorg terpaksa la singgah kepsi kat beserah tu.


Sampai kepsi tu, fuh ramai giler duk beratur. skip citer beratur, kisah tarik rambutnya bermula gini.



Cik kepsi: ye, slmt datang. nak makan pe kak? (hampeh tol panggil aku akak. elo, aku baru 19 ok. ye, aku tipu.)

Aku: nak kepsi bucket. ade x?(saje tanya soalan ni. sebab nampak ayamnya da tak banyak.)

Cik kepsi: emm. bucket ye? sebenarnya ayam da tak banyak kak. kitorang tak dapat nak kuarkan ayam dalam kuantiti yang banyak.

Aku: ok kalau camtu. bagi snake plate 6 set. 

Cik kepsi: emm. snake plate 6set. same jugak kn.

Aku: tau pon.

Cik kepsi: tunggu jap ye kak.



5minit pastu. dia datang balik. time tu memang da ramai giler la yang beratur belakang aku. sebelah aku ade abang ipar n adek aku. 


Cik kepsi: ok. nak bucket kan tadi. lagi ade lagi nak tambah?

Abang ipo: kentang putar kecik, nak 2.

Aku: kak nak nasi ayam. (cakap kat abang ipo aku.)


Tetibe..


Cik kepsi: boleh cepat siket tak kak? ramai yang beratur kat belakang tu!

Aku: helo, takyah nak marah marah. bukan salah kitorg, korang yang lambat.


Time ni aku nak marah giler. kelat pahit payau sume ade terpapar kat muka comel aku. da hilang kecomelan da masa tu. 


Memang masa tu ramai giler yang beratur belakang kitorg. tapi da ko yang lambat, pehal nak sound2 aku? huh. aku jarang angin ngan orang. tp ko kurang ajar sangat. waddehel, aku pun tunggu lama kot. masa aku datang tu, depan aku ade hampir 10 orang kot. sejam lebih jugak kot aku duk beratur tu. tibe2 ko sound aku camtu, sape tak hangin beb?


Aku malas nak marah sangat kat sini. emo sangat da ni. tapi tu la. siyes aku jarang hangin ngan orang, tapi bile orang kurang ajar main sound-sound aku camtu, time aku da penat giler beratur sejam lebih, memang la aku nak marah. yang paling tak tahan, ngan abang ipo aku boleh lak ko cakap baik-baik kan. adeh la. da name pun pempuan.


Spoil selera aku nak makan ayam kepsi time tu. da la thai sauce pon limit giler. p carik kat sume meja, sume botol da tinggal 1/4 sos. haa. memang kepsi tu tak maju pon. still pakai botol-botol segala lagi. sebab tu la camtu. orang lain da sampai puncak, ko duk terhegeh-hegeh lagi nak panjat. bak kata abang aku, ni la first tym makan kepsi xcukup sos. memang tak penah jadik!


So, aku nasihatkan la. yela aku pon tak ok sangat nak nasihat-nasihat orang. tapi kan, behave urself la. customers olwes rite ok. mujo aku ni taknak panjang-panjang citer. kalo ko jumpe customer lagi hangen dari aku, dorang p repot jbtn hal ehwal pengguna, tak ke nahas ko?



Ok, aku stop sini la. lain entry takmo bikin panas lagi la. tamo tamo tamo. haha. gedik giler.




p/s: ayam kepsi pon rasa takbest ritu. aku tak makan banyak, 2ketul je.;p

Friday, October 28, 2011

Sayu.


Assalamualaikum dan hai.


28 Oct 2011. ni entry yang ke 100. caye tak? selama lebih kurang 2taun aku berblogging, ni baru entry yang ke 100. yup, baru ke 100.

Asalnya, masa aku post entry ke 99 ari tu. dalam hati aku duk pikir, nanti entry yang ke 100 aku nak post entry yang best-best. yang hepi-hepi. tapi ntahla, ari ni aku menulis, hati aku rasa serabut, sayu dan macam nak nangis. terlalu banyak perkara yang buat aku stress. mungkin aku yang terlalu pikir pasal poblem-poblem ni. tapi sumenye datang pada masa yang sama. rasa macam aku tak cukup kuat nak hadapi segalanya sorang diri. tapi selepas aku blogwalk jap tadi, aku ade terbace satu blog. lepas baca blog tu, baru la aku rasa tenang cket. special thanks untuk penulis blog tu. maybe kita tak saling kenal, tapi entry ko seolah olah bagi aku satu harapan dan semangat baru. walaupun tak banyak, terima kasih sangat.


Susah rasanya nak type sume masalah aku kat sini. sebenarnya dalam hati ni nak sangat luahkan semuanya. tapi rasanya hati dan jari tak sehaluan. jari tak nak hati aku sedih. sedangkan hati perlukan jari jemari untuk melorekkan entry suram ni. biarla. cukup sekadar memberi gambaran kesedihan dan kesayuan tu ke wall blog ni. well, life is beautiful right? a lots of ingredients, sweet and sour are the tastes.


Otak aku rasa serabut. dalam hati lagi la. sume ade. sedih. marah, geram, stress. sape ade ubat untuk sume ni? plis tolong aku. aku ketawa, aku gelak. tapi dalam hati hanya Allah yang tau. 



aku amek quote ni dari satu blog yang wat aku senyum je bile bace entry-entry beliau. yup, i just folo her.




p/s: da lama tak tulis entry suram takde lampu camni. adeh, sebak le plak.huhu.

Sunday, October 23, 2011

Tahniah terengganu.

Assalamualaikum dan selamat petang.


Yuhuu, ganu menang doe! haha. walaupun aku duk jauh di perantauan. tp aku still nak share kemenangan ni same-same ngan sume rakyat jelata terengganu darul iman.



Ni ha. manaf score. dengan tapak kaki je wa cakap sama lu. haha.



saje mengeshare. bangga ni bangga ni.



p/s: aku sampai abes kedit kol adik aku nak tau perkembangan bola malam tadi. fanatik tak fanatik tak.hehe

Sunday, October 16, 2011

Budak sekolah.



Hai dan assalamualaikum.


Kabare sumenye? adeh. time ni den tongah poning ni. weekend ni terisi ngan pengadapan journal je. kalah student master. degree je pon. journal plak fuh dia punya ayat, amerika sungguh. aku rasa da macam omputeh da aku. tapi kan siyes. bm aku pon tak brape tajam da skarang. kalau p clas, lecturer bagi slide dalam bm, boikot doe suh tukar bi. haha. bajet genius ni.


Genius aku skarang tak same ngan genius masa sekolah rendah dulu. haa. baru ingat. kalau entry aku seblom ni aku ade stori mori pasal sekolah tak bape nak tinggi aku, ni lak alkisah skolah menengah aku.


Entry seblom ni aku ade citer pencapaian terhebat aku zaman kecik-kecik. upsr 5A je pon, takde pape la. so consequences dari tu, bila masok skola menengah, aku diwajibkan masok clas first. lagi satu system takleh blah, konon-konon student upsr yang pandai macam aku, kire compulsory la duk clas ni. kelas KRK. skolah korang ade? KRK stands for kelas rancangan khas. tobak aku rasa masa tu macam oku je. duk kelas khas-khas ni. 


Aku rasa kisah sekolah menengah aku takde la sebest skolah rendah aku. tapi siyes untuk kali kedua, time aku form1 aku p jugak interbiu pengawas sekolah. mula-mula kami 10 orang yang p, sume terpilih. tapi malang tol nasib aku, aku tersingkir untuk kedua kalinya. dan untuk kedua kalinya jugak, aku diofer untuk jadik pengawas perpustakaan. time ni aku da jadi minah library cket, so aku terima la ofer tu. salah satu sebab len aku terima, baju pengawas skolah kaler ijau. haha.ijau putih. da macam orang politik aku ase.



Tapi tak lame pon karier aku jadik librarian tu, blom abes form 3 aku senang ati je letak jawatan. boring doe duk library. haha. time ni cikgu library bengang giler kot ngan aku. yela. mayb dia baru ingat nak lantik aku jadik penolong ketua librarian, so bile aku da drop jwtn tu, secara otomatiknya hilang la seorang yang berkaliber kan. haha. sian dia.


Aku rasa karier skolah menengah aku takde la best sangat selain aku adalah sorang yang sangat nerd masa skolah dulu. siyes, nerd! henfon pon takdek ko tau. tak macam sekarang. adek aku baru form4 da ade 3jenis enset. tu pun da 3 or 4 kali tuka. betol! fakta ni. kalo dulu nak ngorat-ngorat pon tak main la aipek ataupon tachskrin macam skarang. stakat surat tulis cibai-cibai pon jadik, pastu letak bedak sebakul, fuh boleh cair jugak tu. tapi aku tak penah dapat surat cinta. haha. sadis lagi. sebabnya masa skolah menengah aku tak bape tergolong ngan golongan gedik nak kapel lagi. well, tym tu baik lagi kan.


Memang aku tak penah kapel. tapi kan, dulu aku penah jugak dikenen-kenenkan dengan sorang dak clas aku. mula-mula marah la jugak kan. tapi lama-lama suke lak. haha. tym ni da gedik cket. masa ni kan, siyes aku malu-malu je ngan dia. tapi kan, dalam clas tu dia la dak laki yang paling rapat ngan aku. sebab tu la kot kawan aku suke kenenkan aku ngan dia. meja dia kat depan. slalu kalau tym cikgu takde, aku suke p kat meja dia. haha. gedik giler kan? bila pikir balik, napela tak malu sangat aku masa tu.


Paling sedih, masa tu lak dak laki tu cakap yang dia ade minat kat sorang budak satu dorm skali ngan aku. dan-dan dia mintak aku jadik posmen! haha. giler sedih aku masa tu. hatiku bagai dirobek-robek.haha. sadis gila lagi skali. tapi aku redha. aku jadik posmen yang paling bagus masa tu. surat mesti sampai tepat pada masa. ade info pape cepat je aku infom. senang citer kalau aku keje jadik posmen, knpem 1 hari da abes surat aku anta. haha. bongok jugak perumpamaan ni. tapi tu kisah dulu. semua tu tersemat kemas dalam kamus hidup aku. kadang-kadang bila bukak balik memori hidup aku, senyum sorang-sorang je. sumenye da tinggal sejarah. siyes aku rindu zaman sekolah.


Disebabkan kenerdan aku masa sekolah, aku jadik kesayangan cikgu aku. sir hamdan, cikgu shidi, ustazah latifah. wah siyes rindu dulu-dulu.



 ni aku. kawan aku tak comei cket je dari aku.haha. koya.



Ok babai.




p/s: aku ade tulis diari dulu. tapi da diselongkar oleh adek aku. so aku terus bako. kite bako je!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...