Wednesday, October 20, 2010

pakwe aku vs pakwe hang



Hatiku dirundung pilu. Sakit. Tapi hati kalau aku bawak p klinik pun, xdenye doctor nak x-ray nk buh ubat. So sakit hati aku ni terpaksa la aku tanggung sendiri.

Bila sebut soal hati dan perasaan, aku jadi sedih. Entah la. Bagi aku bila aku da sayang seseorang, aku rasa kasih sayang aku hanya untuk dia je. (Statement ini hanya merujuk kepada yang bukan mahram bagi aku je ye. So family aku dikecualikan sebab memang dorang la yang paling aku sayang kat dunia yang fana ini.)

Aku sayang dia. Jap-jap, bila sebut pasal sayang dan sesi meluahkan perasaan ni kan. Aku terfikir jugak. Napela kawan-kawan kita sekarang ni kan, suka sangat post kt wall fesbuk dorang. Contohnye la kan, yang selalu aku tengok:

1. “Saya sayang dia”

Ni yang biasa je. Xde la yang komen sangat kan. Abes hebat pon, akan ada yang prasan. Contohnya cmni : “ awak sayang saya?sukenye saya.” Tapi kira okay la tu. Ade lagi yang lagi hebat.

2. “ Bie, bile nak jumpa ni? I rindu la.”

Haha, amacam? Hebat kan? Aku bukan nak kata la kan. Tapi bagi aku, xyah la sampai nak post kat fesbuk segala. Nak manje2 camni dalam message cukup. Xyah la sampai nak satu dunia tau yang hang duk kapel ngan dia tu. Then nak orang tau yang hang panggil dia bie. Hehe, geli kowt. haha.

3. Lagi satu yang xley blah kan. Ada jugak yang cmni:

“ sayang.. di depan berjuta-juta orang dalam fesbuk ni, I nak melamar u jadik makwe i.”

Haha. Hebat kn? Baru makwe kot, kalau nak melamar jadik bini, fuh! Maunye tak tido malam si makwe tu. Hahahaha.

Bia la ngan dunia fesbuk ni. Alam maya ni. Kita tinggalkan dulu. Sekarang aku nak cakap tentang hidup di alam nyata.

Bukan nak mengata la kan. Tapi aku rasa lumrah kot. Dia ade pakwe, konon macam nak gtaw 1 dunia yang dia ade pakwe.


*********************

Ni ade la satu cerita tentang hamba Allah tu. Ni cerita benar ni. And still berlaku sampai sekarang.

Bese la duk hostel kan. 1 rumah adela dalam dua tiga bilik. Ade sorang ni, aku bagi nama A jela. A ni slalu la cite kat aku. Ade la osmet dia sorang, aku bagi B lak, slalu duk bgayut tepon ngan pakwe dia. Tu bkn msalahnya. Yang jadik masalah nye kan, dia bergayut dekat2 ngan si A ni. Macam nak je A tu dengar dia duk manje2 ngan pakwe dia tu. A ni lak xde pakwe. Kalau x boleh la dia balas balik kt si B td tu. Si B ni pulak, duk gayut lama-lama, kuat-kuat. Xyah cakap si A, kalau aku kena pon aku bengang kot. Mujur si A ni penyabar, kalau x, da kena sound da si B tu.

gambar hiasan semata-mata

**********************


Ntah la. Kadang-kadang pelik jugak perangai manusia kita sekarang. Nak bangga sangat yang dia ada pakwe, ada makwe. Mayb dia bangga la. Kononnya dia laku. Hehe. Tapi kan hakikatnya, aku nak cakap jugak la kat sini kan. Pakwe tu xsemestinya jadik suami hang dan makwe tu xsemestinya jadik isteri hang. Ke gane?hehe. Kalau betol la camtu, mesti stiap orang kena wat borang. Yela, nk pilih pakwe..lalala

gambar ni saje je nak mencantikkan entry aku..

Tapi terpulang la. Hak masing-masing sebenarnya. Aku cakap ni pon bagi pihak aku. Pe yang aku rasa. Xde pon niat aku nak perli sape2. Masing-masing boleh fikir kan.

So, kalau ada yang terasa, seribu maaf aku pohonkan. Aku just nak ingatkan, especially kepada kaum hawa. Kita perempuan. So berjaga-jagalah. Jangan terlalu mudah percaya kepada orang. Tak sume orang berniat baik. Tapi xsume jugak berniat jahat.

Eh, aku rasa macam aku nak crite benda laen td. Duk mengarut sampai da panjang-panjang camni. Tak pe la. Lain kali aku sambung. Part 2 lak. Tak best lak rasenye wat entry panjang-panjang. Macam xsyok je.

p/s: Si A masih mencari cinta sejati. So, kepada sapa-sapa yang berminat boleh sms aku, mintak no fon si A. jangan risau, die cun wooo!haha

Saturday, October 16, 2010

Air mata wanita

**********************************

"Insan berkasih kerana Allah, Bertemu berpisah kerana cintaNya" Kesatlah air matamu,wahai wanita. "Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami." Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Kubulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi..... idaman setiap wanita.


***************************************

Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya. "Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika. "Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku. "Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `' Aku tersenyum mendengar bicaranya.Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya. Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya. Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya,seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini. Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku. `' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku. Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, kusalami dan kucium tangannya. Lama. Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya. "Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu dihadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan.Erat terasa genggamannya. "Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku. "Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu. `'Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya." `'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `' `'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.'' Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku. Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku. membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar kusambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan. Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami?Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'. Lalu, kucium tangannya, kupohon ampun dan maaf. Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik! Ahhh....dia pandai mengambil hatiku.Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami. `' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu . `'Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata. Makan minumnya kujaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki. Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri. ' Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.' `' Ain baik, cantik. Abang sayang Ain. `' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah. Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku. Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

*********************************

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga. "Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain." "Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu.Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka. "Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya. "Ain......abang.....abang nak minta izin Ain...... untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata. "A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku. Tanpa bicara, dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini. `' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `' Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah. Orangnya aku kenali baik budi pekerti,sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah. " A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku. "Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain." "Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah.... bermakna..... sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi." "Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami. Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `' Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi. Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya. Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu. Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya! Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu. abila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi disebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian. Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka. Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya. Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?`


Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku. Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ?

Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela. Biarlah. Bukan cinta manusia yang kukejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku? Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah. "Ain?......Ain serius?" "Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya. Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya.Malah dia juga mesra dengan anak-anakku. `'Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.`'Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya. "Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?" "Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk. "Pernah dia cakap dia sukakan Izah?" "Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `' 'Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan kalimah itu. "Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `'Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu.Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?" Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku. Demi untuk memudahkan urusan jemaah,untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku. "Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya kulihat berkaca-kaca. "Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain." "Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain. "Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda. `'Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain." "Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain... Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `' "Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu." "Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah." Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.' Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang. Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku.Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua. "Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah. "Kenapa?" "Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang.Abang terharu. Abang....malu dengan Ain." "Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira.Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'`'Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain." "Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin." "Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas. Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan. `' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut. "Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan. `'Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku. `'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `' Aku menduga keikhlasan bicaranya. 'Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `' Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku. Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya. Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-siakan kasih sayangku padanya. Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik.Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain.Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri. Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain.Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku.Kerana sabda Rasulullah s.a.w "Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah). Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu.KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan. Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.


Beburung berzikir di sangkar raudhah, Menyahut azan di tabir senja, Insan berkasih kerana Allah, Bertemu.. berpisah kerana cintaNya


p/s: cerita ini bukan tentang diriku..kerana aku tidak setabah insan ini..

Tuesday, October 12, 2010

Answer the question


Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang diberikan.

**************************************

Anda dan si dia da kapel lebih kurang setahun. Anda sayang si dia sangat-sangat. Boleh la nak katakan yang sepanjang anda kapel ngan si dia tu, anda xpernah pun layan laki lain. Jauh skali nak curang. Hampir setahun berlalu, si dia da abes blaja dan mendapat tawaran pekerjaan di sebuah syarikat swasta di ibu kota. Jauh di sudut hati anda, anda teringin sekali menghalang si dia untuk pergi jauh dari anda. Tapi siapalah anda. Disebabkan si dia yang betol-betol sedang memerlukan pekerjaan pada masa itu, anda beralah. Membiarkan dia pergi jauh dari anda. Seribu janji dipegang kononnya anda dan si dia akan setia antara satu sama lain.

Pada suatu hari, anda dan si dia bergaduh besar. Semuanya gara-gara sikap anda yang terlalu mengada- ngada dan terlalu memerlukan perhatian dari si dia. Ini kerana sejak si dia bekerja di sana, anda seringkali diabaikan. Oleh sebab itu, anda merasa begitu sedih kerana anda betol-betol memerlukan perhatian dari si dia. Rindu anda pada si dia sudah tidak dapat dibendung lagi. Ini kerana setiap hari anda akan melihat kawan-kawan anda akan kuar dating ngn kekasih masing-masing. Sedangkan anda, walaupun mempunyai kekasih, anda tidak dpat bersamanya.

Peristiwa gaduh itu berlarutan sehingga dia menyatakan sesuatu yang amat menggores hati dan perasaan anda.

  1. Yes, saya fedup ngn perangai awk!
  2. Saya nak awk selalu amek berat pasal saya. Tanya camne ngn keje saya. Tapi awak hanya mementingkan diri sendiri sahaja!

Bagaimanakah perasaan anda terhadap tuduhan itu? Sedangkan selama ini anda la yang menjadi pendengar setia kepada setiap masalhnya. Kenape die ckap smpai cmtu skali?

**************************************

Saya merasa amat…………………………………………………………………………………………………………………..

(tidak lebih 1500 patah perkataan)

Thursday, October 7, 2010

Track yang biadap

Waahh..segar rasenye. Baru pas mandi. Lega sangat. Hilang segala kemengantukan aku. Emm, sepatutnya time2 camni aku da siap pakai cun2, ade class kt dragon ball, tapi tiba2 kelas cancel lak. So, dengan berat hatinya aku tak p la kelas ari ni. Sedih tol. Punyela semangat nak p clas ni. Kononnye la..

***********************

Dengan kepala duk berbungkus kononnya nak keringkan rambut, aku mula menaip entry yang tak seberapa ni. Ditemani bunyi kipas berputar seperti helikopter tak mau berenti, ditemani seorang amoi yang kehilangan sayap (kawan dia xde, so dia sorang la). Kalau tak, mau pecah umah ni dengan hilai tawa dorang yang sudah macam pontianak layaknya. Alah, aku berani kutuk la. Sure punye dorang tak baca entry aku ni. Blog name Beautiful Life ni pon tak pernah dorang dengar rasanya. Dan mungkin jugak, bagi dorang, blog2 ni tak main la. Well, amoi punye style maaaa!


***********************

Ahh..biaq p la dorang. Aku peduli ape. Lagipun aku memang anti ngan geng-geng amoi ni kalau korang nak tau. Ishh, tak tau la nape. Sejak semester lepas lagi sebenarnya. Tunggu aku tak post kat blog kesayangan aku ni lagi. Ada niat sebenarnya cuma tak sampai mase je lagi.

Huh! Anti gilerrrr siot!!

(Tak suke)3x..[gaya gedixs].haha.

**********************

Emm, sebenarnya da xlame da nak final exam. Aku seolah-olah still tak tau pape yang belaja. Ntah la. Aku tak tau nape, dalam fikiran aku ni terbayang aku da dapat lesen kete PDL. Wahh, haha. Tu yang aku tunggu sebenarnya. Bengong kn?haha.

ni bukan aku nyer tau..sekadar gambar hiasan~

Aduyai..padahal baru dua kali latihan bawak kete. Alhamdulillah, dari aku yang langsung tak tau bawak kete ni, akhirnya terbukti kehebatan aku walaupun hanya di track. Untuk korang-korang yang tak pernah duk di tempat driver tu kan, korang patot rasa sendiri camne rasenye menjadi seorang pemandu yang berkaliber macam aku. Best giler tau.

Kalau korang nak tau, aku bukan amek lesen kete je, ngan moto2 skali la. Tapi bukannya apa, aku sensitif sikit bile sebut pasal bawak moto ni. Siyes!

Bukan aku tak pernah bawak, tapi da lama tak bawak. Maklumlah bak kata cikgu sekolah menengah aku kan......

" Awak tau bawak moto fiza?"
" Mestila sir. Sir tak pecaye ek?"
" Hehe. Memang saya tak pecaye. Orang selembut awak tau bawak kete? Kelakar."

Lembut???? Aku ni lembut??? Wahh..kali kedua orang kata aku ni lembut. Beberapa hari yang lepas..

" Fiza kan lembut......."

Hahahahaha. Pecah tawa geng-geng aku 8orang bile sorang dari mereka, Aton, cakap aku ni lemah lembut. Adoyaii..(blushing)

Ok..berbalik pada cite sir aku tu. Tak abes takat tu tau. Lagi satu ayat die tak ley blah.

" Awak ni ada style kelembutan macam Siti Nurhaliza gtu."


Tuuu dia!! Puji tahap Gunung Kinabalu ni. Haha.. Mujur cakap dalam fon, kalau tak mesti sir tu perasan hidung aku kembang kempis dengan muka ala-ala malu plus berbangga yang amat sangat. Hahaaha.

************************

Da la tu puji aku. Aku nak masok part lesen aku lak.

Hari tu hari pertama aku p latihan kete dan moto. Punya la excited nak bawak kete. Tapi bila masok time nak bawak moto, hati aku dup dap dup. Berdebar kemain. Ntah la. Aura excited nak bawak kete tu tak ade masa aku nak bawak moto. Tapi da alang-alang aku datang kan, takkan aku takmo sentuh barang sesaat dua kan?

So, aku dengan muka konfiden nye amek la moto satu. Siap ngan helmet busuk (yela, da bape ribu kepala masok dalam helmet tu kan? Tambah lak 1/2 duk gelabah macam aku. Mestila keluar peluh2 jantan betina sume). Tapi aku tabahkan hati memakai helmet tu. Dan paling penting, jaket keselamatan!haha.

Berpeluh-peluh aku stat moto, tak hidup. Hampeh tol punya moto. Petanda awal mungkin! Tibe-tibe lak awan mula menitiskan air. Da berat sangat da, tak tertahan oleh beliau. So, turun la ujan dengan bangganya. Aku ni konon hebat, terus masok gear1 nk masok pusingan 8. Masok tak sampai 1/4 pn, gedegang! Aku jatuh atas tayar2 tu. Aaahhhhhhh! Gelap terasa duniaku. Sakitnya langsung tak terasa disebabkan rasa malu yang melampau. Nak dijadikan cerita, aku tak larat nak angkat moto tu. Masa tu ujan da lebat. Tiba- tiba datang seorang hero(konon-konon macam cite hindustan gtu) tolong angkat moto tu. Dengan penuh rasa kemaluan, aku heret moto tu kuar dari track. Dalam hati duk menyumpah track cilake tu. Huh!

*************************

Waaaaaaaa..Sumpah aku tak mo bawak moto lagi. Trauma. Aku da buat keputusan, aku takkan sambung wat latihan moto tu lagi. Cukupla sampai ctu. Aku halalkan jela duit yang aku bayar untuk amek lesen moto tu. Cukupla sekadar lesen LDL. Tu pn da cukup wat aku berbangga dengan diri aku sendiri. Alhamdulillah..

p/s: Aku tak sempat nak berkenalan dengan hero yang tolong angkat moto aku tu. Tapi yang pasti, die tu lagi muda dr aku. Budak lepasan SPM agaknye.. huh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...